Rasulullah saw bersabda: "Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?" Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulallah!" baginda menjawab:
"(yang haram tersentuh api neraka adalah) orang yang *Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl*."
(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).
1. *Hayyin* -Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya.
2. *Layyin*- Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semaunya sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia.
3. *Qarib*-Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.
4. *Sahl*-Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan.
_"Telah aku sampaikan, YA RABB."_
Ahad, 13 Ogos 2017
Sabtu, 5 Ogos 2017
PESAN SHEIKH IBN ARABI UNTUK RENUNGAN HATI YANG TERDALAM
![]() |
| Gambar hiasan |
2. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar
(harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada
Yang Maha Perkasa (Allah).
3. Tidak akan memperoleh puncak keredhaanNYA seorang yang di
dalam hatinya ada sesuatu yang selainNya.
4. Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah dari orang yang
tidak mengikuti Rasululllah SAW.
5. Janganlah engkau mengambil ilmu kecuali dari orang yang
mengamalkannya.
6. Selama engkau dalam pencarian al-Haq (Allah), maka janganlah
berdiri bersama makhluk.
7. Barangsiapa yang ikhlas niatnya karena Allah semata-mata,
maka Allah dan para malaikatNYA akan melindunginya.
8. Barangsiapa yang tidak mengambil jalan ini (jalan menuju
kepada Allah) daripada para rijal (ahli ma’rifah), maka ia terus berpindah dari
mustahil kepada mustahil.
9.Janganlah engkau bersahabat kepada para rijal melainkan
orang yang halnya (perilaku zahir dan batinnya) menterjemahkan dirinya, bukan
perkataannya.
10. Hakikat itu tidak dapat diucapkan oleh lisan, bahkan ia
adalah perasaan batin (zauq) dan emosi yang halus (wujdan).
11. Barangsiapa telah mengenal al-Haq (Allah), maka ia tidak
lagi memerlukan makhluk.
12. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah dalam semua urusan
dan taat setia kepadaNYA, maka Allah akan mendatangkan rezekinya dari sumber
yang ia tidak sangka-sangka dan Allah akan melindunginya.
13. Janganlah engkau bersahabat kepada teman-teman melainkan
yang jujur perkataannya.
14. Memakan yang subhat itu dapat mewariskan hati yang keras.
15. Barangsiapa yang menerima hatinya (qana’ah) dengan dunia
(harta) yang sedikit, maka akan mudah baginya segala kesulitan.
16. Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah, maka Allah akan
memutuskan dia dari segala sesuatu selainNYA.
17. Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan membuat dosa serta
melazimi istighfar.
18. Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya menghadap kepada Allah
(sidq tawajjuh) maka Allah akan memberikannya segala yang ia harapkan.
19. Barangsiapa yang takut kepada Allah sebagai Tuhannya, maka
akan takut kepadanya segala yang selainNYA.
DOA RINTIHAN RASULULLAH KETIKA DI THAIF
Kelihatan seorang lelaki
bersembunyi di sebuah kebun anggur dengan penuh kelelahan. Kedua-dua kakinya
basah dengan darah dek kerana luka. Dari wajahnya terpancar kesedihan yang
mendalam. Usahanya selama 10 hari ternyata sia-sia belaka. Dengan mata
berkaca-kaca beliau berdoa:
"Ya Allah, kepada-Mu
aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di
hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau
Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau
hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam
terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku? "
"Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan
kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang
yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku
ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang
menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli.
Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang
menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat,
daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku.
KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk
melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali
denganMu "
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan
daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa
Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada
keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku
asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku
berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan
menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia
dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau
turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau
ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
"Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka
kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada
cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia
dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana
tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu."
Doa rintihan hati ini dipanjatkan Rasulullah s.a.w. berikutan misi dakwahnya di
daerah Thaif ditolak mentah-mentah oleh kaum Bani Tsaqif. Bukan sahaja ditolak,
bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti sehinggakan Baginda terpaksa
menyembunyikan dirinya disebuah kebun anggur milik Uthbah bin Rabiíah.
Peristiwa bersejarah Thaif ini berlaku pada tahun 691M pada masa yang disebut
sebagai Tahun Kesedihaní bagi Baginda Rasulullah.s.a.w. di mana pada tahun itu
juga ketika Baginda berumur 50 tahun, tahun kesepuluh kenabiannya, Baginda
kehilangan isteri tercinta, Siti Khadijah dan pakcik tersayang, Abu Talib.
Dikatakan Rasulullah menerima tentangan hebat daripada kaum musyrik Quraisy
selepas kematian pakciknya yang menjadi pelindung Baginda selama ini.
Sebelum peristiwa Thaif, berlaku peristiwa-peristiwa menyedihkan yang dialami
Rasulullah s.a.w. antaranya pemulauan total kaum musyrik Quraisy terhadap Bani
Hashim dan Bani Abdul Muttalib sehingga menyebabkan kaum Muslimin mati
kelaparan. Peristiwa ini berlaku selama tiga tahun.
Menurut sirah, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengalah atau berputus asa jauh
sekali membalas setiap tentangan dan cacian daripada kafir musyrikin. Baginda
akan mengharungi segala tentangan dan memperjuangkan dakwahnya dengan jalan
sabar dan tabah dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.
Ketika Rasulullah s.a.w. mula bergerak bagi menyebarkan syiar Islam secara
terang-terangan di Bukit Shofa, Baginda mendapat tentangan pertama daripada
pakciknya, Abu Jahal. Sejurus daripada itu, Baginda terus-menerus mendapat
tentangan daripada Bani Quraisy yang tidak dapat menerima baik dakwah
Rasulullah kerana tidak mahu meninggalkan agama warisan nenek moyang mereka
yang telah diwarisi turun-temurun itu.
Sifat sabar dan tabah Baginda Rasulullah s.a.w. semakin hari, semakin menebal
dalam memperjuangkan syiar Islam sehinggakan ada suatu masa, ketika Baginda
sedang berjalan disebuah lorong di Kota Mekah, Baginda diejek dan dihina
sehinggakan kepala Baginda ditaburkan dengan pasir. Walaupun begitu, Baginda
tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba dirumahnya. Melihat kepada keadaan
Baginda, puteri Baginda, Fatimah menangis sambil membersihkan kepala Baginda.
Dengan penuh ketabahan, Rasulullah berkata kepada puterinya, Wahai puteriku,
janganlah kamu menangis kerana sesungguhnya Allah akan melindungi ayahmu ini.
Kehidupan manusia tidak kira pada zaman mana sekalipun akan tetap bersifat
kompleks dan sarat dengan pelbagai ragam. Ada yang mengajak kepada kebenaran
dan ada juga yang tidak senang dengan keharmonian yang dikecapi umat Islam
lantas mengajak dan melakukan kebatilan. Sudah menjadi kehendak-Nya, dunia ini
tidak lari daripada kuasa positif dan negatifnya, hitam dan putihnya sama juga
dengan terciptanya pengajaran daripada kisah-kisah Adam dan Iblis, Ibrahim dan Raja
Namrud, Musa dan Firaun dan nabi Allah Muhammad s.a.w. dan Abu Jahal.
Allah s.w.t. berfirman, ìDan demikianlah Kami jadikan bagi tiap Nabi itu musuh,
iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin sebagai mereka
membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan indah untuk menipu
(al-Anaam: 112)
Melihatkan kepada maksud ayat ini, jelas bahawa musuh-mush Islam akan
senantiasa membisikkan kejahatan. Penerangan tentang Islam dan keindahannya
perlu dilakukan dengan jalan sabar dan tabah sepertimana yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. selain itu, penerangan tersebut perlu dilakukan dengan
kemantapan hujah yang dilakukan secara teliti dan tidak semberono dengan
memahami latar belakang sasaran dan keadaannya.
Allah berfirman, maksudnya, ìSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan
hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang
lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang
sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk (Surah
al-Nahl: 125).
Zaman di mana Islam disalahfahamkan dan ëdifobiakaní ini memerlukan pendekatan
yang bersungguh-sungguh dan berkesan. Program-program agama yang disiarkan di
media massa kini misalnya, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam
menghadapi persoalan sejauh mana ia mampu menghadapi cabaran kerencaman fikiran
dan tanggapan yang pelbagai terhadap Islam. Adakah ia benar-benar berkesan
dalam menangkis tanggapan-tanggapan negatif ini atau menambahkan lagi tanggapan
tersebut atau lebih parah, menambahkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri.
Tanggapan dan tohmahan daripada musuh Islam ini akan terus-menerus dilontar.
Hanya umat Islam sendiri yang mampu membuktikan dan menunjukkan kepada dunia
bahawasanya Islam adalah suatu agama yang lengkap dan murni serta umat Islam
bukan umat yang ganas dan menganjurkan keganasan. Perkara ini hanya boleh
dicapai sekiranya umat Islam menunjukkan dalam amalan mereka kemurnian dan
kesucian Islam ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan sahabat telah tunjukkan
semasa zaman kegemilangan Islam dahulu dengan jalan sabar dan tabah serta tidak
meninggalkan solat dan senantiasa memohon doa kepada-Nya.
Setelah segalanya ini dilaksanakan, maka kita telah melaksanakan amanah Allah
s.w.t. dalam mempertahankan kemurnian dan kesucian Islam. Sekiranya masih lagi
tidak dapat diterima dan ditolak, soal hidayah tidak berada di dalam tangan
kita, terpulang kepada Allah s.w.t jua sudahnya. Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud, Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. (iaitu)
orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka
akan kembali kepada-Nya.(al-Baqarah:
45-46).
"Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku? "
"Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali denganMu "
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
"Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu."
Doa rintihan hati ini dipanjatkan Rasulullah s.a.w. berikutan misi dakwahnya di daerah Thaif ditolak mentah-mentah oleh kaum Bani Tsaqif. Bukan sahaja ditolak, bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti sehinggakan Baginda terpaksa menyembunyikan dirinya disebuah kebun anggur milik Uthbah bin Rabiíah.
Peristiwa bersejarah Thaif ini berlaku pada tahun 691M pada masa yang disebut sebagai Tahun Kesedihaní bagi Baginda Rasulullah.s.a.w. di mana pada tahun itu juga ketika Baginda berumur 50 tahun, tahun kesepuluh kenabiannya, Baginda kehilangan isteri tercinta, Siti Khadijah dan pakcik tersayang, Abu Talib. Dikatakan Rasulullah menerima tentangan hebat daripada kaum musyrik Quraisy selepas kematian pakciknya yang menjadi pelindung Baginda selama ini.
Sebelum peristiwa Thaif, berlaku peristiwa-peristiwa menyedihkan yang dialami Rasulullah s.a.w. antaranya pemulauan total kaum musyrik Quraisy terhadap Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib sehingga menyebabkan kaum Muslimin mati kelaparan. Peristiwa ini berlaku selama tiga tahun.
Menurut sirah, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengalah atau berputus asa jauh sekali membalas setiap tentangan dan cacian daripada kafir musyrikin. Baginda akan mengharungi segala tentangan dan memperjuangkan dakwahnya dengan jalan sabar dan tabah dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.
Ketika Rasulullah s.a.w. mula bergerak bagi menyebarkan syiar Islam secara terang-terangan di Bukit Shofa, Baginda mendapat tentangan pertama daripada pakciknya, Abu Jahal. Sejurus daripada itu, Baginda terus-menerus mendapat tentangan daripada Bani Quraisy yang tidak dapat menerima baik dakwah Rasulullah kerana tidak mahu meninggalkan agama warisan nenek moyang mereka yang telah diwarisi turun-temurun itu.
Sifat sabar dan tabah Baginda Rasulullah s.a.w. semakin hari, semakin menebal dalam memperjuangkan syiar Islam sehinggakan ada suatu masa, ketika Baginda sedang berjalan disebuah lorong di Kota Mekah, Baginda diejek dan dihina sehinggakan kepala Baginda ditaburkan dengan pasir. Walaupun begitu, Baginda tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba dirumahnya. Melihat kepada keadaan Baginda, puteri Baginda, Fatimah menangis sambil membersihkan kepala Baginda. Dengan penuh ketabahan, Rasulullah berkata kepada puterinya, Wahai puteriku, janganlah kamu menangis kerana sesungguhnya Allah akan melindungi ayahmu ini.
Kehidupan manusia tidak kira pada zaman mana sekalipun akan tetap bersifat kompleks dan sarat dengan pelbagai ragam. Ada yang mengajak kepada kebenaran dan ada juga yang tidak senang dengan keharmonian yang dikecapi umat Islam lantas mengajak dan melakukan kebatilan. Sudah menjadi kehendak-Nya, dunia ini tidak lari daripada kuasa positif dan negatifnya, hitam dan putihnya sama juga dengan terciptanya pengajaran daripada kisah-kisah Adam dan Iblis, Ibrahim dan Raja Namrud, Musa dan Firaun dan nabi Allah Muhammad s.a.w. dan Abu Jahal.
Allah s.w.t. berfirman, ìDan demikianlah Kami jadikan bagi tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin sebagai mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan indah untuk menipu (al-Anaam: 112)
Melihatkan kepada maksud ayat ini, jelas bahawa musuh-mush Islam akan senantiasa membisikkan kejahatan. Penerangan tentang Islam dan keindahannya perlu dilakukan dengan jalan sabar dan tabah sepertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. selain itu, penerangan tersebut perlu dilakukan dengan kemantapan hujah yang dilakukan secara teliti dan tidak semberono dengan memahami latar belakang sasaran dan keadaannya.
Allah berfirman, maksudnya, ìSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).
Zaman di mana Islam disalahfahamkan dan ëdifobiakaní ini memerlukan pendekatan yang bersungguh-sungguh dan berkesan. Program-program agama yang disiarkan di media massa kini misalnya, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam menghadapi persoalan sejauh mana ia mampu menghadapi cabaran kerencaman fikiran dan tanggapan yang pelbagai terhadap Islam. Adakah ia benar-benar berkesan dalam menangkis tanggapan-tanggapan negatif ini atau menambahkan lagi tanggapan tersebut atau lebih parah, menambahkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri.
Tanggapan dan tohmahan daripada musuh Islam ini akan terus-menerus dilontar. Hanya umat Islam sendiri yang mampu membuktikan dan menunjukkan kepada dunia bahawasanya Islam adalah suatu agama yang lengkap dan murni serta umat Islam bukan umat yang ganas dan menganjurkan keganasan. Perkara ini hanya boleh dicapai sekiranya umat Islam menunjukkan dalam amalan mereka kemurnian dan kesucian Islam ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan sahabat telah tunjukkan semasa zaman kegemilangan Islam dahulu dengan jalan sabar dan tabah serta tidak meninggalkan solat dan senantiasa memohon doa kepada-Nya.
Setelah segalanya ini dilaksanakan, maka kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. dalam mempertahankan kemurnian dan kesucian Islam. Sekiranya masih lagi tidak dapat diterima dan ditolak, soal hidayah tidak berada di dalam tangan kita, terpulang kepada Allah s.w.t jua sudahnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.(al-Baqarah: 45-46).
Jumaat, 4 Ogos 2017
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Walaupun lidah tak berdzikir, akan tetapi hatinya akrab dan terpaut dengan mengingati Allah, Ini hakikat dzikir." [Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari]
"Kita perlu belajar menerima bahawa, hakikat dunia ini tidak pernah menjanjikan apa-apa, dan juga mengharapkan segala impian kita itu untuk tertunai. Kerana dunia ini hanyalah bersifat sementara. Yang kekal hanyalah Dia, Allah." -[Ibn Al-Muari]
"Bagaimana seseorang itu, boleh mengatakan, sesuatu itu berlaku secara kebetulan? Ini adalah perkataan orang yang tidak percaya kepada Tuhan. Sesungguhnya, setiap sesuatu yang terjadi adalah, dengan izin Tuhanmu."[Maulana Ilyas رحمه الله تعالى]
"Jalan mencapai kesucian hati, adalah dengan kerendahan hati. Tidakkah Tuhanmu pernah bertanya; "Bukankah, Aku Tuhanmu? Dan dengan kerendahan hati, kamu menjawab "Ya." [Maulana Jalaluddin Rumi رحمه الله تعالى]
Rabu, 2 Ogos 2017
Untuk Diri
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Tanpa Cinta, semua ibadah itu, hanya lah bebanan, dan semua kerjaan (pekerjaan) itu, hanya lah tugasan."[Maulana Jalaluddin Rumi رحمة الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Ibadah dengan cinta, seberat biji sawi, lebih aku sukai, daripada beribadah tujuh puluh tahun, tanpa cinta."[Yahya bin Muadz]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Manusia memiliki dua sisi otak, agar apa? Agar kita tidak memikirkan diri sendiri, akan tetapi memikirkan orang lain juga."
[Habib Haidar Al-Haddar]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Membaca wirid tidak akan memberikan manfaat, bagi si pembacanya jikalau, dia tidak istiqomah. Begitu juga, tidak akan memberikan bekas didalam hatinya, jikalau dia tidak hadir dan khusyuk, didalam membacanya."
[Imam Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad رحمه الله تعالى]
Khamis, 27 Julai 2017
NASiHAT AGAMA
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Apabila kamu dapat melakukan ketaatan, hendaklah kamu bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan apabila kamu terjerumus ke dalam maksiat, maka pohonlah keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Itu menunjukkan bahawa, tiadalah daya upaya untuk kamu melakukan ketaatan, melainkan dengan izin Allah سبحانه وتعالى." [Ibn Athoillah As-Sakandari رحمه الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih SUKAR daripada HATIku sendiri, adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku".[lmam Al-Ghazali رحمة الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
“Tubuh badan kita ini ibarat sangkar burung, ataupun kandang binatang. Justeru, fikirkan tentang dirimu, daripada jenis yang manakah antara dua perumpamaan itu?
Jika engkau jenis daripada burung yang terbang tinggi, maka sebaik sahaja engkau mendengar paluan rebana: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redha dan diredhai”, maka teruslah terbang tinggi sehingga engkau menduduki kemuncak menara syurga."[Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq رضى الله عنه]
NASiHAT AGAMA
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Terkadang ahli maksiat lebih mengenali Allah, berbanding ahli ibadah melalui taubatnya diatas kesalahannya. Manakala ahli ibadah terkadang menyembah akan dirinya sendiri, tanpa disedarinya. Demikian perlunya taubat kepada syirik hati yang tersembunyi."[Ibn Al-Muari]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Kehebatan seseorang terdapat pada 3 perkara :
1. Kemampuan menyembunyikan kemelaratan, sehingga orang lain menyangkamu bercukupan kerana kamu tidak pernah meminta.
2. Kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang mengiramu merasa ridha.
3. Kemampuanmu menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengiramu selalu senang."
[Imam Asy-Syafi'e رحمة الله تعالى]
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
"Ketahuilah orang yang paling sering memberi nasihat kepada kamu, itulah orang yang paling mencintai kamu".[Habib Nabiel Fuad Al-Musawwa]
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...
-
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. Te...
