Selasa, 7 Julai 2020

JAUHi KUNCi-KUNCi iNi


1.       KUNCI Segala kejahatan adalah cintakan dunia
2.       KUNCI segala dosa adalah arak
3.       KUNCI zina adalah merasa diri sudah kaya
4.       KUNCI asyik adalah merenung gambar-gambar
5.       KUNCI kekecewaan dan pengharaman daripada mendapat rezeki adalah malas dan suka berehat
6.       KUNCI kekufuran adalaha maksiat
7.       KUNCI pendustaan adalah nifak
8.       KUNCI bakhil, memutuskan tali silaturrahim dan mendapat harta dengan cara yang tidak halal adalah kedekut dan rakus
9.       KUNCI bid’ah dan kesesatan ialah lari daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

Kredit: Segera Beribadat Sebelum Terlambat – Dr.Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

REBUTLAH KUNCi-KUNCi iNi



1.       KUNCi Solat adalah bersuci
2.       KUNCi haji adalah ihram
3.       KUNCi kebajikan adalah benar
4.       KUNCi syurga adalah tauhid
5.       KUNCi ILMU adalah bersoal-jawab dengan cara yang baik  dan mendengar dengan teliti
6.       KUNCi kemenangan adalah sabar
7.       KUNCi pertambahan nikmat adalah syukur
8.       KUNCi dikasihi Allah, adalah cinta kepada Allah dan ZiKiR
9.       KUNCi kejayaan adalah takwa
10.   KUNCi taufik, adalah kesukaan kepada Allah dan kegerunan kepada-Nya
11.   KUNCi diperkenankan permintaan adalah doa
12.   KUNCi keinginan untuk mendapatkan akhirat adalah zuhud terhadap dunia
13.   KUNCi keimanan adalah bertafakkur pada perkara yang diminta oleh Allah supaya bertafakkur terhadap-Nya
14.   KUNCi menghadap Allah, adalah menyerahkan hati dan mengikhlaskan cinta kepada-Nya, benci kepada sesuatu kerana-Nya dan meninggalkan sesuatu juga kerana-Nya
15.   KUNCi hidup hati adalah tadabbur Al-Quran, merendah diri kepada Allah pada waktu sahur dan meninggalkan dosa-dosa
16.   KUNCi mendapat rahmat adalah ihsan di dalam melakukan ibadah dan berusaha memberi manfaat kepada hamba-hamba Allah  
17.   KUNCi rezeki adalah berusaha di samping beristighfar dan menjauhi sumber haram
18.   KUNCi kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya
19.   KUNCi persediaan ke akhirat memendekkan angan-angan kosong
20.   kUNCi setiap kebaikan adalah keinginan kepada Allah dan hari Akhirat

Kredit: Segera Beribadat Sebelum Terlambat – Dr.Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari




Isnin, 15 Jun 2020


‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
“Jika seorang berada disamping kekasihnya, maka ia akan selalu tersenyum senang, sesuatu yang pahit terasa manis. Begitu juga seorang Waliyullah (kekasih Allah) jika turun kepadanya bala, mereka sentiasa tersenyum dan merasa aman kerana sesuatu yang buruk tersebut datangnya dari Sang Kekasih Pencipta Alam Semesta." Habib Ali Al-Masyhur bin Hafidz Rahimahullah Taala. 
.

Jumaat, 12 Jun 2020

KEWALIAN MBAH MOEN TERUNGKAP...!! Mahasiswa al Azhar Saksikan Karomah Mb...

PESAN SAYYIDIL HABIB UMAR BIN HAFIDZ DI BULAN RAJAB.

11 langkah amalan hendaknya diraih di bulan Rajab ini yang telah disebutkan oleh Al-Habib Umar bin Hafidz.

Hendaknya bagi setiap kaum Muslim untuk tidak mensia-siakan keutamaan bulan yang sangat mulia ini dengan beberapa perkara, di antaranya:

1. Perbanyakan membaca Istighfar dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubah.

2. Kesungguhan didalam mengejar redha Allah سبحانه وتعالى dengan melaksanakan ketaatan, dan meninggalkan kemaksiatan yang dilarang Allah.

3. Memandang keadaan dirinya, kemudian memperbaikinya serta membangun kehidupannya di atas peneladanan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

4. Memperhatikan keadaan dirinya dalam menjalankan kewajiban yang Allah wajibkan kepadanya secara terperinci dan di dalam menjalankan sunnah-sunnah serta rawatib, dan memperhatikan kehadiran hatinya di dalam menjalankan semua itu.

5. Berusaha untuk selalu solat berjamaah di saf pertama dan berusaha untuk selalu mendapatkan takbiratul ihram setelah imam.

6. Hendaknya memiliki saham yang besar di dalam membaca Al-Quran, mentadabburi ayat-ayatnya, serta dalam mengamalkan tuntunannya.

7. Merutinkan pembacaan zikir di pagi dan di petang hari dan zikir seusai solat lima waktu.

8. Memperhatikan dirinya dalam pergaulan yang baik dengan rumahtangga, sahabat, teman, keluarga, tetanggga dan kepada seluruh makhluk.

9. Berpuasalah di bulan ini, khususnya di hari Isnin dan Khamis, dan juga di Ayyamul Bhidh (13, 14, 15 di bulan Hijriah).

10. Hendaknya memiliki saham besar dalam bersedekah dan memenuhi hajat orang-orang faqir dan miskin, dan berbuat baik kepada mereka.

11. Hendaknya mengambil kesempatan emas di malam-malam bulan Rajab ini untuk beribadah, khususnya di waktu akhir malam, maka alangkah baiknya jika di bulan ini kita berada di dalam keadaan yang mulia disaat akhir malam, dimana Allah berfirman: "Dan di saat sahar (akhir malam) mereka meminta pengampunan).",

dan Allah juga berfirman: "Orang yang selalu menginfakkan hartanya dan yang meminta pengampunan di malam hari.",

dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya mereka sebelumnya adalah orang-orang yang baik, yang sedikit dari malam-malamnya tertidur dan di malam hari selalu beristighfar meminta pengampunan Allah."

Kami memohon kepada Allah untuk memberikan bahagian besar dari kemuliaan malam-malam bulan yang mulia ini, dan menjadikan kita dari hamba-hamba yang diterima ibadahnya dan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ.

"Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan."

العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله
_

Selasa, 9 Jun 2020

NUKILAN SYEIKH MANSUR AL HALLAJ - HAKIKAT NABI MUHAMMAD SAW


Suatu cahaya terbit dari Cahaya Yang Maha Ghaib,
Cahayanya lebih terang daripada cahaya-cahaya yang lain,
ianya suria yang menyinarkan cahaya lebih terang daripada..
..segala cahaya bintang yang lain.
Ianya sebuah suria yang rumahnya di langit,
Allah namakan dia "ummi",
Badannya berada di Mekah,
Ia tidak berkata-kata kecuali menurut pandangan batinnya,
Ia tidak menyuruh orang menurut perangainya kecuali kerana..
..perangai itu benar belaka.
Ia duduk di majlis yang Maha Esa,
Ia membawa orang lain duduk bersamanya,
Ia menyampaikan maklumat daripada apa yang dilihat,
Ia diutus sebagai pembimbing manusia,
ia menunjukkan akhlak yang patut dicontohi semua.
Tiada siapa yang tahu hakikatnya kecuali mereka yang ikhlas dan mengenalnya,
Allah menunjukkan hakikatnya kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
cahaya kenabian terbit dari cahayanya,
cahayanya terbit daripada yang Maha bercahaya.
Tidak ada cahaya lain seterang cahayanya,
Wujudnya mendahului "sebelum wujud",
namanya mendahului qalam a'la,
Tidak ada yang lebih mulia, lebih bijaksana, lebih adil..
..lebih pengasih dan lebih taqwa daripadanya.
Gelarannya penghulu segala makhluk,
Namanya Ahmad, sifatnya Muhammad,
Ajarannya jelas, zat dirinya agong, sifatnya hebat.
Dia dahulu dan dia sekarang,
dia yang awal dan dia yang akhir,
Ia dikenangi sebelum adanya "sebelumnya",
Ia diingati selepas adanya "selepas".
Zatnya nur,
kata-katanya bersifat kenabian,
Ilmunya bersifat kelangitan,
cara bahasanya bahasa Arab,
Asal bangsanya "bukan dari timur dan bukan dari barat".
Mata melihat jelas tanda-tandanya,
Rahsia diri terserlah oleh adanya ia,
Allah lah yang membuatkan ia berkata-kata..
..dan membuktikan kesahihan kata-katanya.
Allah lah yang mengutuskannya,
Dialah bukti dan dialah juga yang dibuktikan,
Ia menghilangkan dahaga hati yang dahaga,
Dialah yang membawa qalam Ilahi untuk makhluk semua,
Ia bersatu dengan Allah tanpa bercerai tanggal,
Ia menghapuskan kegelapan hati dan menyinarkan nur..
..ketuhanan kepada minda insan.
Ia terbatas dan terhad dari segi badaniah,
Ia wira gagah perkasa,
Ia menerima perintah menghancurkan berhala,
Ia menyedarkan manusia siapa musuh sebenarnya.
Semua ilmu adalah setitik air dari lautan ilmunya,
Semua hikmah hanya segelas air dari lautan hikmahnya,
semua waktu hanya seketika sahaja daripada tempoh hayatnya.
Allah beserta dengannya sentiasa,
Ia terawal sekali dalam kesatuannya dengan Yang Maha Esa,
Ia terakhir diutus sebagai rasul,
Dari segi hakikat, ianya batin,
Dari segi makrifat ianya zahir,
Tidak ada si alim yang menyamai ketinggian ilmunya,
Tidak ada failasuf yang mencapai ketinggian hikmahnya.
Alah jadikan kata-katanya terzahir dan meluaskan ..
..tanda-tandanya dan membuatkan buktinya diketahui,
Allah turunkan "Furqan" kepadanya,
Allah lancarkan lidahnya berkata-kata,
Allah menerangkan hatinya,
Tiada siapa yang dapat meniru isi Al Quran yang dibawanya.

SAJAK MAULANA JAMI


Kamu, hanya Kamu tersembunyi dan terhijab,
Kamu dalam hati dan dalam jiwa,
Di mana pun aku mencariMu,
Di sana ada Kamu.
Aku balik-balikkan halaman kitab alam raya,
Aku membacanya,
Kelihatan Kamu dan kerjaMu dalam kitab itu,
Kewujudan Kamu ibarat lautan,
Ombak di permukaan lautan itu adalah dunia,
Yang sentiasa bertukar dan berubah.
Berapa lama lagi tuan puan hendak bicara,
Tentang fizik, geometri,
Berapa lama lagi hendak bicara,
Tentang geologi, zoologi dan botani.
Wahai tuan dan puan,
Satu Zat yang esa itulah Hakikat,
KerjaNya dan sifatNya itulah sumber "yang banyak",
Alam semesta ini hanya satu mimpi,
Tetapi di situlah hakikat menzahirkan diri,
setiap ketika siang dan malam.
Dalam alam semesta hanya satu cahaya yang wujud,
cahaya itu bersinar menerangi semua yang kelihatan,
Allah itu cahaya dan alam ini penzahiranNya,
Inilah hakikat tauhid.
carilah realiti dan makna sebenar dalam kata-kata,
makna itu realiti yang terkandung dalam kata-kata,
Pandanglah melampaui alam zahir dan perbatasanNya,
kalau hendak membuang kejahilan,
carilah kunciya dalam apa yang zahir.
Benda-benda adalah bekas yang diperbuat dari kaca berwarna,
Yang di suluh oleh Matahari Wujud,
Jika kaca itu merah dan hijau,
Cahaya itu kelihatan seperti warna tersebut.
Hatiku diluar perbatasan maya,
Di luar sempadan dimensinya,
hatiku jauh daripada bayangan sifat,
Ia mencerminkan tajalli Zat.
Aku tiada apa-apa, kosong semata,
Apa yang ada dalam kekosongan,
Jika aku bicara tentang Hakikat,
Itu hanya kata-kata sahaja,
Hakikat itu tidak akan tercapai ,
Kecuali anak kunci Wujud membukakan,
Hakikat itu ibarat lautan,
kata-kata hanya fatamorgana dan maya.
Alangkah bahagianya mereka yang dapat keluar,
Keluar daripada alam dalamana dan alam luaran,
Mereka mengatasi kesentosaan minda dan kesengsaraan badan,
Mereka duduk diam di penjuru "Tidak Wujud".
Aku duduk di alam cinta,
Di sana aku mabuk ingat kepadaMu,
Di sana aku cinta dalam cintaMu,
Bersatu dan berpadu, aku dan Kamu.

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...