Rabu, 27 September 2023

KISAH WALI ALLAH YANG DITUDUH MENCURI

 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Kisah ini diceritakan oleh Zun-Nun Al-Misri (r.a) di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barangan yang dihajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal menuju ke tempat yang dihajatinya tersebut.

Kapal yang dinaiki oleh Zun-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya.

Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mundar-mandir di atas kapal itu.

Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan penumpang. Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali, keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang.

Dalam suasana yang tenang itu tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh kapten kapal, bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga.

Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi. Semua penumpang diingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain.

Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan dilakukan seorang demi seorang, semua beg, barang-barang digeledah tetapi tidak menjumpai barang yang dicari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zun-Nun.

Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang diperiksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut.

Maka pemuda itu diperlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang dilakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri. 

Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang dilakukan oleh pegawai pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut. Penumpang-penumpang lain kehairanan memerhatikan tingkah laku pemuda itu. Walaupun ia terjun ke laut namun pemuda itu tidak tenggelam, malah ia terapung-apung di atas permukaan air.

Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras dan kuat sekali,

"Ya Allah! Mereka sekalian menuduhku pencuri, demi Zat-Mu, wahai Tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya."

Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul di permukaan laut dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya.

Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu. Kapten kapal dan pegawai-pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka lihat.

Pemuda itu berkata, "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya."

Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke-4 surah Al-Fatihah yang bermaksud, "Hanya kepada-Mu-lah aku menyembah dan hanya kepada-Mu pula aku meminta bantuan."

Kisah ini menunjukkan bahawa seseorang itu jangan terburu-buru dalam melemparkan tuduhan kepada orang lain, sentiasa bersangka baik sesama manusia kerana Allah menyembunyikan para wali-Nya d ikalangan hamba-Nya.

Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'

instagram | telegram : @kalam_ulama

Rabu, 5 Julai 2023

10 KEUTAMAAN ZIKIR Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil 'Azhim

  سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيْمِ

Zikir "Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Azhim" memiliki keutamaan yang sangat agung. Selain disukai Allah, juga dapat memperlancar rezeki bagi yang rutin membacanya.

Berikut 10 keutamaannya:

1. BERAT DALAM TIMBANGAN

Rasulullah SAW bersabda: "Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil 'Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung)."” (HR Al-Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072).

2. Sebaik-baik Ucapan kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik ucapan kepada Allah Ta'ala adalah kalimat Subhanallahi wa Bihamdihi." (HR Muslim dan Tirmidzi)

3. PERKATAAN YANG PALING UTAMA

Diriwayatkan dari Abi Dzar, Rasulullah pernah ditanya, "Perkataan apa yang paling utama?" Baginda menjawab: "Yang dipilih oleh Allah bagi para Malaikat dan hamba-hamba-Nya, iaitu Subhanallah wa Bihamdihi (Mahasuci Allah dengan segala puji bagi-Nya)." (HR Muslim)

4. Dosanya Diampuni Sebanyak Buih di Lautan

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mengucapkan Subhanallah wa Bihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut." (HR Muslim dan at-Tirmidzi)

5. Memperoleh Banyak Kebaikan

Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepada para sahabatnya: "Ucapkanlah Subhanallah wa Bihamdihi sebanyak seratus kali. Barangsiapa mengucapkannya satu kali maka tertulis baginya sepuluh kebaikan. Barangsiapa mengucapkannya sepuluh kali maka tertulis baginya seratus kebaikan. Barangsiapa mengucapkannya seratus kali maka tertulis baginya seribu kebaikan. Barangsiapa menambahnya maka Allah pun akan menambahnya, dan barangsiapa memohon ampun, niscaya Allah akan mengampuninya."

6. KALIMAT YANG SANGAT DICINTAI ALLAH

Dalam Kitab "Syarhul Washiyah" diterangkan sebuah hadis mengenai keutamaan Zikir Subhanallah wa Bihamdihi. Dikatakan bahawa kalimat Subhanallah wa Bihamdihi adalah kalimat yang sangat dicintai Allah dan merupakan kalimat paling utama dari kalimat-kalimat lainnya. Barangsiapa mengucapkannya maka akan tertulis baginya kebaikan yang banyak dan Allah akan menghapus dosa orang yang mengucapkannya walau dosa orang tersebut lebih banyak daripada buih yang ada di lautan.

7. MENDAPAT LIMPAHAN REZEKI

Dalam musnad Imam Ahmad diceritakan bahawa ketika menjelang kewafatan Rasulullah SAW, Baginda memanggil putrinya dan berkata: "Aku perintahkan engkau agar selalu mengucapkan Subhanallah wa Bihamdihi, kerana kalimat itu merupakan doa seluruh makhluk dan dengan kalimat itulah semua makhluk mendapat limpahan rezeki."

8. KALIMAT YANG DIPILIH ALLAH

Abu Dzar berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, amal apakah yang paling dicintai Allah. Baginda menjawab, "Yang telah dipilih Allah untuk para Malaikat-Nya, iaitu Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Azhim."

9. DUNIA AKAN MENGADATANGINYA

Diriwayatkan dalam "Shahih Al-Bukhari" bahawa suatu ketika datang seorang lelaki mengeluhkan keadaannya kepada Rasulullah SAW. Ia berkata, "Dunia ini telah berpaling dariku dan yang telah kuperoleh dari tanganku sangatlah sedikit." Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah engkau tidak pernah membaca doanya para Malaikat dan tasbihnya seluruh makhluk yang dengan itu mereka mendapat limpahan rezeki?"

Lelaki itu bertanya, "Doa apakah itu wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab, "Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil 'Azhim", dan beristighfarlah kepada Allah sebanyak seratus kali di antara waktu terbitnya fajar hingga menjelang waktu shalatmu. Dengan itu dunia akan tunduk dan merangkak mendatangimu. Allah menciptakan dari setiap kalimat tersebut Malaikat yang selalu bertasbih kepada Allah hingga hari kiamat dan untukmu pahalanya." (HR Al-Bukhari)

10. ZIKIR TERBAIK

Dalam hadits riwayat Imam Muslim, zikir dengan ucapan lafal "Subhanallahi wa bihamdihi 'Adada khalqihi, wa Ridhaka Nafsihi, wa Ziinata 'Arsyihi, wa Midada Kalimatihi' (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, dan sebesar ridha diri-Nya, dan seberat 'Arasy-Nya dan sebanyak hitungan kalimatNya). (HR Muslim)

Berikut Lafaznya: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيْمِ Subhanallahi wa Bihamdihi Subhanallahil 'Azhim "Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung".

Wallahu A'lam

Kredit: Rusman H Siregar

 

Khamis, 15 Jun 2023

BIOGRAFI NABI M U H A M M A D (S. A.W)

▪️Nama : Muhammad (SAW)
▪️Bapa : Abdullah
▪️Ibu : Aminah
▪️Tarikh Kelahiran :
12hb Rabi Ul - Awwal (571 M)
▪️Tarikh Kemangkatan:
08 Jun 632 M (11 after Hijra)
▪️Tempoh Usia : 63 tahun
▪️Tempat Kelahiran : Makkah
▪️Tempat Kemangkatan : Madinah
▪️Tempat Tinggal : Makkah kemudian berhijrah ke Madinah
▪️Pekerjaan : Ahli perniagaan, di angkat menjadi Rasul.
▪️Usia : 63 tahun
▪️Menetap di Makkah : 50 tahun
▪️Usia Nabowat : 40 tahun
▪️Menetap di Madinah : 13 tahun
▪️Tahun Berdakwah : 23 tahun

▪️Berniaga : 26 tahun 583–609 M
▪️Berdakwah :23 tahun 609–632 M

☆ TINDAKAN ☆
1) Sifat2 Kebaikan
2) Berdakwah
3) Berjihad didalam Islam

☆ SIKAP ☆
1) Kedamaian dan Keadilan
2) Suka kepada orangramai
3) Suka kepada orang Islam
4) Suka menderma
5) Menghormati semua makhluk

ISTERI2
1) Khadija bint Khuwaylid 595–619
(2) Sawda bint Zamʿa 619–632
(3) Aisha bint Abi Bakr 619–632
(4) Hafsa bint Umar 624–632
(5) Zaynab bint Khuzayma 625–627
(6) Hind bint Abi Umayya 625–632
(7) Zaynab bint Jahsh 627–632
(8) Juwayriyya bint al-Harith 628–632
(9) Ramla bint Abi Sufyan 628–632
(10) Rayhana bint Zayd 629–631
(11) Safiyya bint Huyayy 629–632
(12) Maymunah bint al-Harith 630–632
(13) Maria al-Qibtiyya 630–632

ANAK2
★ Lelaki
(1) Al-Qassem
(2) Abdullah
(3) Ibrahim

★ Perempuan
(1) Zainab
(2) Ruqayyah
(3) Ummu Kalthoom
(4) Fatima

10 mukjizat setiap orang perlu tahu berkenaan Nabi MUHAMMAD (S.A.W)

Selain AlQuran mukjizat agong baginda..

1) Tahukah anda >
"Tubuh Nabi SAW tidak pernah di hinggapi atau digigit oleh sebarang serangga spt lalat, serangga, semut

2) Tahukah anda >
Nabi SAW tidak pernah menguap sepanjang hayat Baginda.

3) Tahukan anda >
Binatang jinak dan buas tidak pernah menunjukkan rasa marah kpd Baginda (S.A.W)

4) Tahukah anda >
Semasa “tidur” Baginda boleh mendengar segala “perbualan”

5) Tahukah anda >
Baginda SAW boleh melihat segala pemandangan di hadapan dan di belakang pada waktu yang sama tanpa perlu menoleh.

6) Tahukah anda >
Baginda SAW sentiasa “satu kaki lebih tinggi” daripada sesiapa sahaja yang mendekati diri Baginda.

7) Tahukah anda >
Baginda SAW telah “di khatankan, di mandikan dan dibersihkan” didalam perut ibunya sebelum dilahirkan ke dunia lagi.

8) Tahukah anda >
Baginda SAW tidak mempunyai sebarang bayang daripada matahari, bulan atau sebarang pengcahayaan.

9)Tahukah anda >
Baginda SAW sentiasa dilindungi oleh awan setiap kali berjalan di kawasan terbuka.

Terdapat ganjaran pahala walaupun anda tidak berkongsi, tetapi sekiranya anda berkongsi, anugerah pahala adalah amat besar !!!

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد 

Rabu, 14 Jun 2023

JAGA & Bacalah aku ......

                                                                SHOLAT BERPESAN

Jagalah aku saat kamu di dunia maka kamu akan masuk syurga tanpa hisab

AL-MULK BERPESAN

Bacalah aku sebelum kamu tidur kelak aku akan menemani gelap di dalam penantian.

AYAT QURSY BERPESAN

Bacalah aku selepas sholat dan hanya kematianlah yang menjadi jarakmu dengan syurga.

AL-IKHLAS BERPESAN

Bacalah aku sebanyak 10x sehari agar dibangunkan untukmu istana oleh Allah Ta’ala di syurga.

SELAWAT BERPESAN

Bacalah aku setiap hari kelak kamu akan mendapatkan syafa’at dari Rasulullah.

Ahad, 30 Oktober 2022

ZIKIR YANG DIAJAR KEPADA JUWAIRIYAH

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat subuh dari rumah isterinya Saidatina Juwairiyah dan Baginda dapati, Juwairiyah sedang duduk di tempat solatnya.

  1. Apabila selesai solat subuh (ketika waktu Dhuha), Rasulullah pulang ke rumah dan mendapati Saidatina Juwairiyah masih di tempat duduknya (sama seperti keadaan Rasulullah keluar dari rumah tadi).
  2. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya: “Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?” Juwairiyah menjawab: Ya. Lalu Rasulullah mengajarkan Juwairiyah satu zikir yang sekiranya diucapkan tiga kali sahaja sudah sama pahalanya dengan apa yang Juwairiyah bacakan sepanjang hari. Lafaz zikir tersebut ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

  1. Menurut al-Qastalani, zikir ini mengandungi empat elemen utama yang meliputi (1) hitungan jumlah makhluk (2) keluasan redha Allah, (3) timbangan Arasy (4) jumlah kalimahNya. Seakan-akan kita berharap tasbih yang diungkapkan meliputi segenap aspek di atas.
  2. Mulla Ali al-Qari pula menjelaskan bahawa mereka yang mengungkapkan zikir ini akan memperolehi pahala yang luas sepanjang hari (atau sepanjang pagi atau lebih). Kata beliau:

لَتَرَجَّحَتْ تِلْكَ الْكَلِمَاتُ عَلَى جَمِيعِ أَذْكَارِكِ وَزَادَتْ عَلَيْهِنَّ فِي الْأَجْرِ وَالثَّوَابِ

“kalimah zikir yang diajarkan Baginda Nabi itu akan melampaui zikir-zikir yang dibaca oleh engkau (wahai Juwairiyah) bahkan lebih banyak pertambahan dari sudut ganjaran dan pahala.” (Mirqah al-Mafatih)

  1. Amalkan zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi buat isterinya ini. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam - 
www.indahnyaislam.my

 

Ahad, 23 Oktober 2022

Guru dan Pahala Yang Berterusan

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru dan Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.


Hak Muslim Keatas Muslim

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hak Muslim Keatas Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (Sahih  Muslim No: 4023) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Hak muslim sesama Muslim ada enam:

a.  Apabila bertemu dengan setiap Muslim hendaklah mengucapkan salam kepadanya.

b.  Apabila diundang atau dijemput kenduri seperti perkahwinan, kesyukuran dan lain-lain, hendaklah pergi memenuhi undangan selama tiada keuzuran.

c.  Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan. (Imam An-Nawawi berkata: Syarat memberi nasihat jika diminta, hanya terbatas pada masalah dunia. Tetapi jika bersangkutan dengan masalah agama, kita wajib memberi nasihat walaupun tidak dipinta). 

d.  Apabila dia bersin dan bertahmid اَلْحَمْدُ للَّه, maka tasymitkan (doakan) يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat keatas kamu). 

e.  Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan.

f.  Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur.

Marilah kita tunaikan hak Muslim saudara yang lain.


Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...