Isnin, 1 September 2014

Menjauhkan Perkara Samar-Samar

Gambar hiasan 
Numan bin Basyir berkata, Saya mendengar Nabi Muhammad bersabda: 
Percayalah, perkara yang halal itu jelas. Perkara yang haram pun jelas juga. Antara perkara yang halal dan perkara yang haram, terdapat perkara yang samar-samar. Majoriti manusia tidak dapat mengenal perkara yang samar-samar.

Sesiapa yang menghindari perbuatan yang samar-samar, beliau sudah menjauhkan dirinya daripada perkara yang mencemarkan agamanya dan kehormatannya.

Lakukan perkara samar-samar sudah terjatuh perkara haram

Sesiapa yang melakukan perkara yang samar-samar, beliau sudah terjatuh dalam perkara yang haram, ibarat gembala yang mengembala dekat kawasan larangan, hampir-hampir sahaja ternakannya makan di kawasan larangan itu.

Ingatlah, semua raja mempunyai kawasan larangannya. Ingatlah, kawasan larangan Allah adalah perkara yang diharamkan oleh-Nya. Ingatlah, dalam badan manusia ada seketul darah beku. Apabila benda itu baik, baiklah seluruh badan. Apabila benda itu rosak, rosaklah seluruh badan. Ingatlah benda itu adalah hati. (Riwayat Bukari dan Muslim)

Justeru, dalam setiap tindakan kita, perlu dinilai kesannya terhadap diri dan juga orang lain. Muhasabah wajar dijadikan amalan supaya apa yang terlintas dalam hati dan diterjemahkan melalui perbuatan adalah perkara yang baik-baik saja.

Beri manfaat kepada orang lain 

Islam menegaskan kepada umatnya, manusia yang terbaik dalam kalangan mereka adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Oleh itu, pastikan setiap tindakan kita memberi kebaikan kepada orang lain. Jika diam itu yang terbaik, maka seeloknya kita berdiam diri.

http://epondok.wordpress.com/2014/08/23/menjauhkan-perkara-samar-samar/

CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI DAJJAL

Al Kahfi 1-10
Telah dijelaskan sebelum ini menjelangnya kemunculan Dajjal, kaum muslim mempunyai kekuatan yang besar dan terlibat dalam peperangan dan berjaya. Dajjal muncul untuk menghancurkan kekuatan Islam yang telah berjaya mengalahkan negara terkuat pada masa itu, yakni bangsa Rom. Kaum muslim juga berjaya merebut kembali Konstantinopel.

Pada saat itu, syaitan berteriak bahawa dia telah menjamin (harta) anak keturunan kaum muslim, sehingga mereka meninggalkan harta ghanimah dan kembali ke kampung halaman mereka. Kemudian Dajjal muncul, maka kaum muslim tidak meletakkan senjata mereka. Ketika Nabi Isa turun, dia melihat kaum muslim “bersiap sedia untuk berperang dan merapatkan barisan.” Tidak ragu lagi, pada ketika itu, setiap muslim bergabung dengan kekuatan Islam yang memikul bendera jihad fisabilillah dan berpegang teguh di atas kebenaran walaupun apa jua ujian yang menimpa. Inilah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW yang menceritakan kemunculan Dajjal, “Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).

Setiap muslim tidak dibenarkan mendatangi Dajjal, walau pun dia percaya pada dirinya sendiri. Sebab, Dajjal mempunyai tipu daya yang boleh menggoncangkan iman. Dalam hadis Abi Dawud diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Imran ibn Husain bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa mendengar ada Dajjal, hendaklah dia menjauhi dirinya. Demi Allah, seorang lelaki mendatanginya dengan rasa percaya diri sebagai seorang mukmin, namun akhirnya dia mengikuti Dajjal, kerana tipu daya yang dilakukannya. “

Orang yang tidak mampu melawannya boleh lari. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada masa itu. Dalam Shahih Muslim diriwayatkan bahawa Ummu Syarik berkata, “Aku mendengar Nabi SAW bersabda, ‘Orang-orang akan lari ke gunung kerana (takut) Dajjal’.”

Bila seorang mukmin terpaksa menghadapinya, dia harus melawan dengan kebenaran dan hujjah (argumentasi yang kuat). Dalam hadis disebutkan, “Bila dia (Dajjal) muncul dan aku bersama kalian, aku akan berdebat dengannya. Bila dia muncul ketika aku tidak bersama kalian, seseorang akan berdebat dengannya, dan Allah menjadi penggantiku atas setiap muslim.”

Rasulullah SAW memberikan pengetahuan tentang Dajjal. Dajjal mempunyai fizikal yang boleh melihat, makan, minum, sedangkan Allah tidak dapat dilihat di dunia, suci dari makan dan minum. Dajjal mempunyai cacat di matanya. Dalam hadis dinyatakan, “Dia adalah pemuda berambut kerinting pendek, matanya menonjol seolah-olah dia mirip dengan Abdul ‘Uzza ibn Quthn.

Oleh itu, tuntutan orang yang demikian sebagai Tuhan merupakan dusta dan bohong. Rasulullah SAW memerintahkan orang yang bertemu dengannya agar membaca surah al-Kahfi. Sabda Rasul SAW, “Siapa yang menemuinya, hendaklah dia membaca surat al-Kahfi.”

Dalam hadis Abu Umamah dinyatakan, “Sesungguhnya di antara fitnahnya, dia (Dajjal) mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, surganya adalah neraka. Siapa diuji dengan nerakanya, hendaklah ia mohon pertolongan kepada Allah dan membaca awal surat al-Kahfi…”

Dalam hadis sahih disebutkan, “Orang yang hafal sepuluh ayat dari surat al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Menurut sebahagian hadith, diterangkan bahawa yang dimaksudkan adalah surah awal al-Kahfi dan menurut sebahagian lagi adalah akhir surat al-Kahfi.

Kenapa membaca awal dan akhir surat al-Kahfi boleh melindungi kita dari Dajjal? Sebahagian ulama menjawab: Itu kerana Allah memberitahu di awal surah ini bahawa Allah melindungi para pemuda al-Kahfi dari penguasa zalim yang hendak membinasakan mereka. Jadi, Allah menyambung bahawa keadaan orang yang membaca ayat-ayat ini sama seperti keadaan para pemuda itu, yakni diselamatkan dari Allah.

Ada lagi pendapat yang menyatakan bahawa itu kerana di awal surah al-Kahfi ada keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda yang meneguhkan hati orang yang membacanya, sehingga dia tidak terkena fitnah Dajjal, serta tidak merasa aneh, tidak tertipu dan tidak terpengaruh dengan apa yang dibawa Dajjal.

Di antara perkara yang dapat melindungi kaum muslim dari Dajjal adalah berlindung ke Mekah atau Madinah, kerana Dajjal tidak boleh masuk ke dalam bandar tersebut.

Rasulullah SAW telah menyebutkan kepada kita bagaimana orang lelaki yang soleh menghadapi Dajjal dengan kebenaran dan dia bersikap dan berkata tegas kepada Dajjal, sebagaimana dijelaskan dalam hadis di atas.

Hal lain yang dapat menyelamatkan diri dari Dajjal adalah berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Hadis-hadis nabi memerintahkan seorang muslim untuk berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata, “Aku mendengar Rasulullah berlindung dalam solatnya dari fitnah Dajjal.”

Rasulullah SAW selalu bertaawuz dari fitnah Dajjal setelah tasyahud. Beliau berdoa (maksudnya): “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah hidup dan mati, serta fitnah Almasih Dajjal.”

http://epondok.wordpress.com/2014/09/01/cara-menyelamatkan-diri-dari-dajjal/

Sabtu, 30 Ogos 2014

BuAt KeBAiKaN SeMaSa HiDuP

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
he he
MENJADI seorang yang beramal, beriman dan bertakwa sangatlah payah jika tidak mempunyai ilmu. Justeru, ilmu memandu kita ke arah kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Agama Islam adalah agama yang menganjurkan kepada penganutnya untuk berfikir dan mendorong mereka agar berbuat kebaikan dalam semua perkara. Justeru, sebagai umat Islam perlu bersyukur kerana diberikan nikmat iman dan Islam.

Nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia adalah kesihatan tubuh badan, keamanan dan kemakmuran, iman, Islam dan kemerdekaan serta kesempurnaan fizikal dan mental.

Berkaitan dengan Islam, Sufyan bin Abdullah berkata: Ya Rasulullah, terangkan kepadaku tentang Islam. Aku tidak akan bertanya lagi kepada orang lain.” Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ikrarkanlah (katakan): Aku beriman kepada Allah, kemudian berlakulah jujur (istiqamah). (riwayat Muslim)

Melakukan kebaikan juga adalah ibadat. Banyak jenis amal kebaikan atau ibadat, daripada sekian banyak ibadat itu tidak sama pahalanya. Ada yang tergolong kecil sedikit pahalanya dan ada yang tergolong sederhana dan ada yang lebih besar pahalanya. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan sama pahalanya seperti orang yang melakukannya. (riwayat Bukhari)

Ada jenis amal kebaikan dan ibadat yang dijanjikan dengan balasan syurga, ada ibadat yang dikerjakan akan menghapuskan dosa dan banyak lagi fadilat atau kegunaan lainnya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa melapangkan kesusahan (kesempitan) untuk seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melapangkan baginya kesusahan daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat dan barang siapa memudahkan kesukaran seseorang maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat.

Menutup aib

Barang siapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba yang suka menolong kawannya. Barang siapa menempuhi jalan menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Suatu kaum yang berkumpul dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, bertilawah al-Quran dan mempelajarinya bersama, maka Allah akan menurunkan ketenteraman dan menaungi mereka dengan rahmat. Para malaikat mengitari mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka dalam kalangan para malaikat di sisi-Nya. Barang siapa lambat dengan amalan-amalannya maka tidak dapat dipercepat dengan mengandalkan keturunannya. (riwayat Muslim)

Oleh itu, dalam melakukan amalan yang baik kita sepatunya menyegerakannya. Segala kebaikan yang kita lakukan pastinya mendapat balasan pahala daripada Allah SWT. Telah dijelaskan kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya sedikit.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang membuat kebaikan untuk Islam, maka baginya pahala orang yang melakukan setelahnya dan pahala mereka tidak dikurangi sedikit pun. Dan barang siapa yang membuat keburukan untuk Islam, maka baginya dosa dan dosa mereka tidak dikurangi sedikit pun. (riwayat Imam Muslim)

Jangan sesekali kita melakukan keburukan, kerana keburukan itu bukan sahaja menambahkan dosa, malah menjadikan seseorang itu sukar untuk berbuat kebaikan kepada dirinya dan juga orang lain. Antara dosa besar yang mesti dihindari, menghina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, menipu dan berbohong, mencuri dan merompak, riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, mengumpat dan memfitnah.

Sementara, dosa besar yang membawa kehancuran umat antaranya minum arak dan menagih dadah, melakukan zina, menuduh zina, liwat dan musahaqah, dan membunuh diri yang mesti dijauhi.

http://epondok.wordpress.com/2014/08/29/buat-kebaikan-semasa-hidup/

Ahad, 24 Ogos 2014

Best Sufi Meditation Music... Vol. I موسيقى صوفية

Gambaran Dunia Menurut Hasan al-Bashri

Sekedar hiasan
Hasan al-Bashri pernah menuliskan surat kepada Umar bin Abdul Aziz untuk menggambarkan dunia kepada Umar, Ia berkata : "amma ba'du. wahai Amirul mukminin, Dunia ini hanyalah tempat berlalu dan sementara, bukan tempat untuk menetap selamanya. Adam diturunkan ke dunia sebagai hukuman baginya, maka waspadalah terhadapnya. Orang yang menginginkan dunia pasti akan berpisah dengannya, orang yang berkecukupan di dunia tetap saja fakir dan memerlukan orang lain, sementara orang yang bahagia di dunia adalah orang yang tidak rakus akan dunia. Maka dunia itu hanyalah ujian bagi orang-orang yang pintar dan cerdas, ia akan melihat bahawa dunia hanya akan merendahkan orang orang yang memuliakan dunia. Dunia itu laksana racun yang dimakan oleh orang yang tidak mengetahuinya, dan diinginkan oleh orang yang tidak mengenalnya, padahal dunia hanya akan membuat dirinya binasa.

KERANA itu wahai amirul mukminin, hiduplah di dunia seakan orang yang terluka hingga harus berlindung sejenak, kerana takut luka itu semakin parah dan berkepanjangan, bersabarlah atas segala larangan(pantangannya)nya dan bersabarlah atas pedihnya luka tersebut. orang yang cerdas pasti mewaspadainya dan tidak tergoda dengan segala kenikmatan yang ada di dalamnya, karena semua itu hanyalah sekadar fatamorgana yang menipu dan memperdayakan. Angan-angan yang indah dan mimpi-mimpi yang penuh hiasan layaknya seperti seorang pengatin yang cantik, dimana mata ingin selalu memandang dan hati ingin selalu memiliki, padahal pengantin tersebut termasuk "black widow" yang akan menghabisi pasangannya. maka waspadalah selalu wahai amirul mukminin akan rayuan dan berhati-hatilah akan bujukannya, kebahagiaan yang ditawarkan akan mengantarkanmu pada musibah dan kesengsaraan yang berkepanjangan, keabadian yang diiming-imingi hanya akan menjebloskanmu pada penderitaan dan kebinasaan.

ketahuilah wahai amirul mukminin, semua angan-angan yang indah itu hanyalah dusta belaka, semua mimpi-mimpi yang penuh hiasan itu tidak akan berubah menjadi nyata, dan orang yang bersikeras memegangnya akan tenggelam dan binasa. Bersikaplah bijak terhadapnya, dan hanya orang yang cerdas dan pandai akan takut dengan ancaman Allah serta berhati-hati dengan peringatan-Nya. Hanya tinggal sesaat lagi kamu akan pindah dari tempat tinggal yang fana ini ke tempat tinggal yang abadi, sedangkan keyakinan(iman) yang datang setelah kematian itu tidak lagi berguna.

Wahai Amirul mukminin, dunia ini adalah tempat ujian, namun mereka yang berakal pendek hanya menjadikannya tempat untuk mengumpul harta, mereka yang berilmu dangkal akan terpedaya dan jatuh pada rayuannya. Sementara orang yang pintar dan cerdas akan menganggapnya sebagai obat, mereka bersabar dengan rasa pahitnya yang sesaat, kerana mereka mengharapkan kesembuhan yang jauh lebih lama, mereka takut dengan akibat kesenangan yang sedikit di dunia dan takut akan kesengsaraan yang abadi.

Demi Allah, wahai Amirul mukminin aku bersumpah, dunia hanyalah alam mimpi, sedangkan akhirat alam terjaga, ditengah-tengah antara keduanya adalah kematian. Manusia saat ini berada dalam mimpi yang kosong, dan aku ingin mengatakan kepadamu wahai amirul mukminin seperti apa yang di katakan oleh al-Hakim:

"apakah kamu bisa membebaskan diri dari mimpi yang kosong ini?? apabila kamu tidak bisa maka kamu tidak akan terselamatkan".

ketika surat ini dibaca oleh Umar bin Abdul Aziz, ia terlihat bersedih dan menagis tersedu-sedu, lalu ia berkata : "semoga Allah selalu memberikan rahmatnya kepada Hasan, karena ia selalu membangunkan kita dari tidur dan menyadarkan kita dari kealpaan. Sungguh terpuji orang yang menegur dengan kasih sayang dan menasehati dengan fasih dan benar ini".

dikutip dari buku "Umar bin Abdul Aziz -Khalifah Pembaharu dari Bani Umayyah-" karya Dr.Ali Muhammad ash-Shalabi.

ttp://catatankecilanne.blogspot.com/2012/11/hasan-al-bashri-pernah-menuliskan-surat.html

Rabu, 20 Ogos 2014

CINTA ALLAH MENGATASI SEGALANYA

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Dunia adalah Ujian
ALHAMDULILLAH, dalam kehidupan kita sentiasa diuji sementelah lagi dunia ini sebagai tempat ujian terutama pautan dunia dan harta benda. Dengan semangat menginsafi akan hakikat kita sebagai khalifah Allah di muka bumi, sewajarnya kita memahami tugasan kita sebagai pendakwah dalam meninggikan syiar agama-Nya.

Dalam ruangan tafsir pada kali ini penulis menukilkan tafsiran daripada surah al-Taubah ayat 24 yang bermaksud: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan-Nya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya, Apa Ertinya Saya Menganut Islam berkata: “Orang-orang yang terdahulu daripada kita benar-benar mengetahui dan memahami bahawa dakwah mereka tidak akan mencapai kejayaan kecuali dengan jihad, pengorbanan, penyerahan harta kekayaan dan jiwa raga, lantas mereka pun mengorbankan diri dan harta benda mereka untuk perjuangan.”

Mereka berjihad pada jalan Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Mereka mendengar seruan Allah SWT ini.

Sebaik sahaja mendengar seruan yang berupa ugutan itu, mereka pun terus menyambutnya. Mereka membebaskan diri mereka daripada segala sesuatu yang mereka cintai dengan penuh kerelaan hati, malahan mereka bergembira dan merasa bahagia dengan janji setia yang mereka berikan kepada Allah SWT.

Ada daripada kalangan mereka yang bertarung dengan maut tetapi masih menyeru: “Maralah menuju Allah yang tidak membawa sebarang bekalan.”

Ada juga dalam kalangan mereka yang mengorbankan seluruh harta benda mereka dengan berkata: “Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah SWT dan Rasul-Nya.”

Ada juga antara mereka yang bermadah, sedangkan mata pedang sedang berada di leher mereka: “Aku tetap tidak peduli, asalkan aku seorang Muslim, biarpun diriku dibunuh mati, untuk Allah kematian pasti.”

Jihad yang benar

Demikianlah yang telah berlaku kepada mereka yang berjihad dengan jihad yang benar, pengorbanannya besar, menyerah diri dengan bersungguh-sungguh dan kita juga akan melakukan perkara yang sama (dengan izin Allah SWT).

Atas dasar inilah selayaknya umat Islam menjadikan Ramadan lalu sebagai bulan tamrin dan latihan dalam mengatur dan menyusun langkah kehidupan di atas asas syariat Allah SWT.

Dalam saat kita baru melabuhkan tirai Ramadan dan sedang seronok diulit kemenangan Syawal, sudah pasti semangat Ramadan ini hendaklah kita bawa bersama sebagai mukadimah perubahan hidup kita ke arah yang lebih baik mengikut kehendak Allah SWT.

Begitu juga, Syawal menjadikan kita lebih bersyukur kepada Ilahi atas nikmat kurniaan kemampuan untuk melaksanakan ibadah-Nya dengan jaya. Amin.

Selain itu, terdapat banyak lagi catatan sejarah yang menunjukkan kemenangan tentera Islam pada bulan Ramadan. Justeru, sewajarnya bagi umat Islam mengambil semangat Ramadan yang mulia yang baru kita lepasi ini untuk meraih kemenangan, sama ada menentang hawa nafsu atau benar-benar menjadi hamba Allah SWT yang soleh.

Tidak dapat kita lupakan bahawa turunnya al-Quran yang menjadi mukjizat sepanjang zaman sehingga menjana perubahan dan membina peradaban ummah juga diturunkan, bermulanya pada bulan Ramadan. Ini merupakan tanda cahaya ilmu dan Islam diasaskan pada bulan penuh keberkatan itu.

Semoga Allah kurniakan kepada kita dengan kasihkan kepada-Nya dan cinta semata-mata untuk-Nya sahaja.

http://epondok.wordpress.com/2014/08/19/cinta-allah-mengatasi-segalanya/

HiAs DiRi DengAn SiFaT SaBaR

Marah itu mudah, Sabar itu indah.
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Ajal adalah rahsia yang tak seorang pun daripada kalangan manusia mengetahuinya, kecuali Allah SWT dan malaikat-Nya. Ketika, tiba-tiba nyawa tercabut daripada jasad, apakah kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap hidup kita jalani di dunia.

Kehidupan dunia yang selama ini kita tempuh adalah ujian Ilahi untuk membezakan siapakah manusia yang baik dan buruk amalnya. Manusia yang baik amalnya, maka jaminannya adalah syurga penuh kenikmatan, manakala yang buruk amalnya, akan dihumbankan ke dalam neraka penuh kesengsaraan.

Hidup di dunia diibaratkan ladang untuk mencari bekalan terbaik menghadap Allah yang Maha Besar. Untuk itu, ada sejumlah bekalan yang seharusnya dipersiapkan setiap insan yang beriman kepada Allah SWT. Pertama, bekalan paling utama untuk menghadap Allah adalah takwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa iaitu memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Bekalan takwa

Takwa adalah bekalan setiap insan yang beriman. Tanpa takwa, Allah SWT tidak akan reda dan tidak akan memberikan pertolongan kepada hamba-Nya. Tanpa takwa juga, Allah SWT tidak akan menerima amalan hamba-Nya.

Kedua, bekalan ilmu kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Surah Fathir, ayat 28)

Menuntut ilmu kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah. Jika kita enggan belajar dan menuntut ilmu, maka kita akan mudah melakukan kesilapan, tidak pula melakukan kebaikan, malah tidak bermanfaat kepada orang lain, tidak akan berjaya dalam hidupnya dan yang pastinya akan mudah tersesat.

Apatah lagi, orang rajin beramal tetapi tidak disertai dengan ilmu yang benar, maka dia adalah seperti seorang yang berjalan bukan pada jalannya. Pendek kata, kita kena beringat supaya jangan sampai amalan dilakukan hanya sia-sia kerana tidak didasari ilmu yang benar.

Ketiga, bekalan tawakal. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Thalaq, ayat 3)

Tawakal akan menanamkan dalam hati insan sifat kesungguhan, menggantungkan harapan hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap insan hanya berdaya berusaha, berikhtiar dan berdoa, manakala natijah dan hasil segala sesuatu itu Allah SWT yang menentukan.

Keempat, bekalan selanjutnya adalah syukur. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepada- Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).” (Surah al-Nisa’, ayat 147)

Bentuk syukur

Bentuk rasa syukur itu meliputi syukur dengan lisan, hati dan tindakan kita.

Ingatlah bahawa sesungguhnya nikmat itu akan lestari kerana syukur kita kepada Ilahi, sebaliknya ia akan hilang dengan kufur kita kepada nikmat dikurniakan.

Kelima, bekalan sabar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al- Baqarah, ayat 153)

Apa pun pekerjaan dan di mana juga berada, setiap insan sangat perlu menghiaskan diri dengan sifat sabar. Seorang guru sudah tentu dituntut bersabar mengajar anak didiknya. Begitu juga majikan mestilah bersabar berdepan pelbagai kerenah anak buahnya.

Bahkan, orang yang ditimpa musibah juga harus sentiasa bersabar. Jadikanlah sabar sebagai penolong kita kerana yakinlah bahawa Allah SWT bersama dengan orang yang bersabar terhadap ujian hidup di dunia ini.

Zuhud

Bekalan yang seterusnya adalah zuhud iaitu tidak mencintai dunia. Rasulullah SAW bersabda: “Zuhudlah kamu terhadap dunia, nescaya Allah akan mencintaimu dan janganlah kamu mencintai apa yang dimiliki manusia, nescaya sekalian manusia akan mencintaimu!” (Riwayat Ibnu Majah)

Mengutamakan akhirat adalah bekalan yang bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.” (Surah al-Isra’, ayat 19)

Demikianlah antara bekalan penting yang harus kita siapkan sebelum Allah SWT memanggil kita untuk menghadap-Nya. Yakinlah, bekalan inilah yang menolong kita memikul taklif kewajipan syariat dalam kehidupan dunia ini, mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan dunia akhirat.

http://epondok.wordpress.com/2014/08/20/hias-diri-dengan-sifat-sabar/

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...