Rabu, 18 Mac 2020

JANGAN TUDUH ULAMA BERSALAH MESKIPUN DIPENJARA ATAU DIBUNUH.

IMAM SYAFI'IE
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI
Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

IMAM MALIKI
Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

IMAM HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN AT TSAURI
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

SAID BIN JUBAIR
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL-BUSTAMI
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

ABUL HUSIN AN-NURI
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

IMAM NAWAWI
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Subhanallah Allahu Akbar La haula wala quwwata illa billah.

قل الحق ولو كان مرا

Katakanlah yang haq walau pun pahit.

#IRSpreadPositivity ✨
@IRSpreadPositivity 🌈

Selasa, 17 Mac 2020

Peringatan Buat yang Takut kepada Corona, tetapi tidak takut kepada Allah

0leh Habib Umar Ben Hafidz";

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ (الرحمن: 46)
"Dan Barangsiapa yang takut akan keagungan Allah, maka akan di berikan Allah kepadanya dua syurga",.. inilah Takut yang akan di jamin Allah keamanan yang sebenar bagi kita.

وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ..(الزمر: 36)
Dalam ayat yang Lain Allah berkata, "mereka (Orang Kafir) akan takutkan kamu akan selain Allah".., dengan itu termasuklah keadaan sekarang orang kafir yang sentiasa usaha untuk menakut-nakutkan kita (Orang Islam) termasuklah dengan penyakit Corona ini atau apapun segalanya.

Cukuplah kita Takut kepada Allah, Dan Pasti Allah akan selamatkan kita dari Corona , segala musuh, segala mala petaka, dan segala kesusahan yang lain.

Biarkanlah kita takut hanya kepada Allah, pasti Allah akan selamatkan kita dari segala kejahatan. Jadikanlah kerisauan kita hanyalah untuk mencari keredhaan Allah, maka Allah tenangkan kita dari segala kerisauan lain.

Inilah satu perkara yang termahal bagi kita (Org beriman), Iaitu Saat Engkau Takut kepada Allah, pasti Allah akan hilangkan segala Kerisauan Dunia & Akhirat.
Di dalam Hadith Qudsi, Allah berkata: " Wahai HambaKu, Taatlah Engkau, dan tidak perlu Engkau beritahu Aku apa yang terbaik untuk Kalian, Kerana Aku Lebih mengetahui Apa yang terbaik Untuk Kalian."

Maka Allah ingatkan kita, bahawa Allah mengetahui apa yang sedang terjadi di atas muka bumi, dan Allah tahu apa yang baik dan yang terbaik untuk kalian, yang penting Engkau itu bangunlah Untuk Taat kepada Allah, berlaku jujurlah engkau kepadaNya, maka Allah akan balas dan berikan yang terbaik bagi kalian.

Semoga Allah kurniakan Istiqamah kepada kita, dan berkati kita dan hilangkan segala Takut dari hati kita, daripada takut penyakit, takut Orang kafir, takut musuh, takut kepada orang jahat, takut Bala dan mala petaka dan sebagainya.. Dan di mantapkan di hati kita sifat takut hanya kepadaNya, Sehingga di jauhkan kita segala bala dan penyakit zahir & batin.

Semoga Allah jadikan malam-malam ini sebab kedekatan kepada Allah, dikurniakan cinta suci kepada hati kita, Diangkat segala Kesusahan kepada ummat Islam, Dan di perbaiki Keadaan Seluruh ummat Islam di utara dan selatan.

Wahai Tuhan yang dapat mengubah segala, ubahkanlah keadaan Kami, serta keadaan orang-orang Islam kepada Sebaik-baik keadaan. Dijadikan malam-malam ini adalah malam pemberian dan anugerah dari Allah, diperbaiki keadaan kami dunia dan Akhirat. Amin

Terjemahan rakaman ringkas Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz, disalah satu majlis Maulid di Kota Tarim, Pada bulan Rejab, baru-baru ini.

Jumaat, 24 Januari 2020

Teman Yang Paling Mengenali Kelemahan Kita

Kalam 144

مَا صَحِبَكَ الاَّ مَنْ صَحِبَكَ وَهُوَ بِعَيْبَكَ عَلِيْمٌ، وَلَيْسَ ذَلِكَ إلاَّ مَوْلاَكَ الكَرِيْمُ.
Tiada teman yang menemani mu yang paling mengenali keaiban diri mu melainkan Tuhan mu yang Maha Mulia.

Setelah nyata pada kita bahawa yang sebenarnya yang memuliakan kita dengan memperlihatkan kebaikan kita dengan menutup keaiban dan kekurangan kita walaupun Dia mengetahui akannya ialah Allah.

Justeru Dialah yang selayaknya dijadikan teman dengan senantiasa mengintai-ngintai keberadaan Nya di mana jua kita berada.

Ketahui oleh mu duhai para salik kepada Allah! Sesungguhnya sebenar-benar teman mu ialah Allah, oleh itu Hendaklah engkau mengetahui hakikat bersuhbah dengan Nya dan sentiasa melazimi adab bersama Nya pada zahir dan batin mu.

Malulah kepada Nya apabila Dia mendapati dirimu berada dalam perkara yang ditegah Nya dan mencari mu pada perkara yang diperintahkan Nya.

Berasa Malu Kepada Allah

Al Hakim di dalam kitabnya Al Mustadrak meriwayatkan sebuah hadis :

عَبْدِاللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ: "لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ".

Abdullah bin Masud r.a berkata : sabda Rasulullah s.a.w :" hendaklah kamu berasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, kata beliau : kami menjawab : ya Rasulullah! Kami sudah malu kepada Nya Alhamdulillah!

Lalu Baginda bersabda : bukan begitu... Sebenar-benar malu kepada Allah itu ialah bahawa engkau memelihara fikiran yang masuk ke otak mu, apa yang memasuki perut mu, bahawa engkau mengingati mati dan hal ehwal kubur, sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah sebenar-benarnya malu kepada Allah.

Teman yang sentiasa menemani mu dan sangat mengenali keiaban mu itu dapat mencegah mu dari bersifat pura-pura dan riya' dalam beragama, tiada sesiapa yang mampu melakukan demikian melainkan Tuhanmu.

Tuhan yang sentiasa Memerhatikan zahir dan batin mu, gerak dan diam mu, tawa dan tangis mu. Tuhan yang apabila engkau menderhakainya akan menutupnya dan apabila engkau memohon kemaafan Nya pasti akan memaafkan mu.

Bersuhbah dengan Allah itu bermula dengan Bersuhbah dengan para AhliLLah. Hal ini kerana kebanyakan manusia tiada mampu mendapat pedoman langsung dari Allah melainkan melalui perantaraan sahabat, guru dan sebagainya.

كن مع الله فان لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فانه يوصلك الى الله
“Hendaklah engkau selalu bersama Allah. Jikat tidak mampu, berusahalah selalu bersama orang-orang yang dekat dengan Allah. Kerana situlah yang akan
menyampaikanmu kepada Allah.”
(HR. Abu Daud).

Maka bersuhbah dengan mereka juga seperti bersuhbah dengan Allah, maka jika engkau malu kepada mereka juga seperti engkau malu kepada Allah dan seterusnya.

Mereka jugalah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w :
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَنْ أَوْلِيَاءُ اللَّهِ ؟ قَالَ : الَّذِينَ إِذَا رُؤُوا ذُكِرَ اللَّهُ
أخرجه ابن أبي الدنيا في الأولياء ( 0/11 برقم 27 )

Rasulullah s.a.w ditanya siapakah Awliya' Allah? Baginda menjawab : " mereka yang apabila dipandang wajahnya akan mengingatkan kepada Allah".

Khamis, 23 Januari 2020

Ghibah, Gosip Perbuatan Tercela

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah  SAW pernah bertanya:

 "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnahnya."
(HR Muslim No: 4690)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1.  Perbuatan ghibah atau mengumpat atau gossip  adalah berdosa.
2.  Ghibah atau mengumpat adalah menceritakan sesuatu yang buruk yang ada pada diri orang lain. Sesuatu yang diceritakan mengenai orang lain itu mungkin berkaitan  tubuh badan seseorang, agamanya, dunia, diri, akhlak, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, pakaian, cara jalan, gerak-gerik, wajah atau segala hal yang berkaitan dengannya.

3.  Imam al-Ghazali mengatakan ghibah itu bermaksud: ‘…engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunannya, akhlaknya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, atau dunianya hatta pakaiannya, rumahnya atau haiwannya..’.
(Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)

4.  Ghibah atau Mengumpat atau Gossip boleh berlaku melalui lisan, tulisan atau melalui bahasa isyarat.
5.  Walaupun yang diperkatakan itu betul pada orang tersebut, ia adalah ghibah atau mengumpat yang diharamkan. Jika yang dibicarakan itu tidak benar, maka ia adalah fitnah.
6.  Dunia sosial hari ini mudah terdedah dengan mengumpat dan fitnah melalui media sosial sama ada melalui FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Bila di post atau forward akhirnya ianya mengundang komen dan umpatan netizen walaupun ia betul  atau boleh menjadi fitnah jika tidak benar.
Marilah bersifat RAHMAH dengan orang lain. Jauhi perbuatan mengumpat, mengata, mencela, menceritakan aib orang lain termasuk juga memfitnah.

Selasa, 21 Januari 2020

PESANAN IMAN - FUDHAiL bin IYADH

Gambar hiasan
*Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata* kepada seseorang yang telah mencapai umur 55, 60,70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : *"Berarti  kamu sekarang  berjalan menuju Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat  dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!"*

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani *umur yang sudah mencapai 55,60,70 tahun*

*JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat*

*JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN*

*JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yg kurang diperlukan utk mendukung amal shalih*

*JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kpd kita*

*JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yg dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat*

*JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dgn rasa sabar dan bersyukur*

*PERBANYAK doa mengharap keridha-an Allah agar Husnul Khatimah (mati dlm kesudahan yg baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yg tak baik)*

*TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya*

*Siapkan/tuliskan  WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu*

*Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang renggang sebelumnya*

*MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*

*TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati*

*MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu*

*Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain*

*Berhentilah dari semua MAKSIAT!!!*

*MATA, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat*

*Berbaik sangkalah kepada Allah atas segala sesuatu yg terjadi dan menimpa*

*Penuhi terus hati dan lisan kita dgn istighfar; taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu*

*Semoga bermanfaat bagi kita semua...* dan info ini agar di share kepada Saudara dan kerabat kita.

Selasa, 14 Januari 2020

Golongan Penghuni Syurga


عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ الْمُجَاشِعِيِّ رضي الله عنه عن النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال  وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ
وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ

Daripada Aiyadh bin Himar al Mujasyai RA daripada Nabi SAW bersabda: "Penghuni syurga itu terdiri daripada tiga golongan; iaitu penguasa yang berlaku adil, gemar bersedekah dan diberi kurnia taufik (Allah), seorang yang penuh kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim, dan seorang yang suci dan miskin namun menjaga dirinya dari meminta-minta”
(HR Muslim No: 2865) Status : Hadis Sahih

Pengajaran
Antara golongan yang akan menjadi penghuni Syurga ialah:
1.  Penguasa atau pemimpin yang adil, sentiasa pemurah dengan bersedekah dan diberi kurnia taufik oleh Allah dalam menjalankan tanggungjawab.
2.  Orang yang memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada setiap kerabat dan sesama muslim yang lain
3.  Orang yang suci hatinya walaupun miskin namun menjaga dirinya dari menjadi peminta sedekah.
Semoga kita berusaha memiliki ciri-ciri golongan penghuni syurga.

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...