By: Roslina Hassan
“Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada LIMA tempat iaitu:-
1. Makkah
2. Madinah
3. Baitul Maqdis
4. Perkuburan orang-orang Muslim
5. Majlis kaum Muslimin
1- Kata Malaikat yang turun ke Mekkah.
“INGATLAH! Sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya
ia akan terlepas daripada Rahmat-Nya.”
ia akan terlepas daripada Rahmat-Nya.”
2- Kata Malaikat yang turun ke Madinah.
“INGATLAH! Sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w, sesungguhnya
mereka akan terlepas daripada syafaatnya di akhirat kelak.”
mereka akan terlepas daripada syafaatnya di akhirat kelak.”
3- Kata Malaikat yang turun ke Baitul Maqdis.
“INGATLAH! Sesiapa yang memakan harta yang haram, sesungguhnya amalan yang
dikerjakannya tidak akan diterima.”
4- Kata Malaikat yang turun ke kubur orang Mukminin
“WAHAI ahli kubur! Apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan?”
JAWAB ahli kubur.” Kami menyesal kerana kami tidak sempat untuk menambahkan amalan kami. Sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu berada di atas dunia dahulu. Kami merasa sungguh iri hati dengan orang-orang yang sedang mengerjakan solat berjemaah, membaca Al-Quran, berselawat serta beristighfar, sedangkan kami sudah tidak boleh untuk berbuat demikian lagi.”
5- Kata malaikat yang turun di masjid orang Muslimin.
‘WAHAI orang yang beriman! Bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allahlah yang akan memberi balasan. Akan sesiapa yang takutkan akan hukuman Allah, maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat ke atas segala dosa-dosanya. Kalaulah tidak ada orang-orang yang khusyuk, bayi-bayi yang masih disusukan ibunya, binatang peliharaan , serta orang-orang yang bersolat, nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yang pedih.”
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan