Jumaat, 19 Ogos 2011

Kisah Para Auliya': Wali Allah Dituduh Mencuri - Raja Mahadi


Bercakap mengenai kisah para wali, pemikiran kita akan tertarik kepada perkara-perkara ajaib yang diluar jangkaan akal manusia yang mana kadang-kadang menjadi tanda tanya yang sukar untuk mendapatkan jawapan yang logik dan tepat..di antara kisah yang ingin saya kongsikan adalah satu cerita yang diberitakan oleh salah seorang wali Allah Zin-Nun Al Misri rahimahullah..

Zin-Nun Al-Misri memulakan ceritanya dengan berkata : saya bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari sesuatu barang yang saya perlukannya dari sana. Saya pun menempah suatu tempat di sebuah kapal, ketika mahu  bertolak, saya melihat ramai sekali penumpang di atas kapal tersebut, sehingga kapal itu penuh sesak..lalu saya terus mengamati wajah-wajah penumpang itu,saya terlihat di antaranya ada seorang pemuda yang sangat kacak rupanya. Wajahnya sinar bercahaya dan dia duduk di tempatnya dalam keadaan tenang sahaja, manakala penumpang-penumpang lain terus mundar-mandir di atas kapal...

Kehilangan barang
Pada mulanya kapal itu belayar dengan tenang sekali..kerana barangkali lautnya tenang tidak bergelombang,dan angin pun tidak bertiup kencang dan kalau ada pun hanya ombak ombak kecil yang biasa dihadapi.dalam keadaan yang begitu tenang di atas kapal..tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu pemberitahuan umum yang mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilangan suatu barang yang sangat berharga.dan diminta kepada semua penumpang kapal duduk di tempat masing-masing kerana satu penggeledahan akan dilakukan tidak lama lagi untuk mencari barang yang hilang itu.

Kini semua penumpang kapal kecoh berbicara antara satu sama lain mengenai barang yang hilang itu. Masing-masing cuba mengeluarkan...

Pendapat bagaimana barang itu boleh hilang. Saya sendiri berasa hairan!! bagaimana barang nakhoda itu boleh hilang?  Apakah dicuri orang? ataupun barangkali keciciran kerana penumpang di atas kapal itu terlalu ramai. Kemudian nakhoda kapal itu mengumumkan "semua penumpang hendaklah berada di tempatnya, kerana kami akan memulakan penggeledahan sekarang juga."

Penggeledahan pun dimulakan oleh beberapa orang pegawai kapal itu. Penumpang-penumpang itu semuanya panik.Lalu penggeledahan dan pemeriksaan dijalankan seorang demi seorang dengan sangat rapi. Setelah beberapa jam kemudian, barang itu masih belum ditemui.

Akhirnya sampailah giliran seorang pemuda tampan tersebut  untuk dibuat pemeriksaan. Pada mulanya pemuda itu duduk di tempatnya dengan tenang sekali, tetapi kerana dia adalah orang yang terakhir diperiksa maka semua penumpang menumpukan perhatian kepadanya dan bersangka mungkin pemuda inilah pencuri barang yang hilang itu.

Setelah pemuda tersebut dikasari oleh pegawai-pegawai kapal itu dalam pemeriksaan maka dia pun melompat ke tepi dan berkata "Saya bukan pencuri, kenapa saya diperlakukan sebegini?"

Lantaran kerana pemuda itu adalah satu-satunya orang yang membantah, maka pegawai-pegawai kapal tersebut telah menyangka dialah pencuri barang itu. Mereka mahu menangkapnya. Pemuda itu pun meronta-ronta lalu terjun ke laut.  Semua penumpang menyerbu ke pinggir kapal untuk melihat pemuda yang terjun ke dalam laut itu. Yang menghairankan mereka ialah  pemuda itu tidak tenggelam? Sebaliknya dia duduk di atas permukaan laut itu sebagaimana dia duduk di atas kerusi dan tidak tenggelam.  Pemuda itu lalu berkata dengan suara yang keras :

"Ya Allah ! Mereka sekalian menuduhku sebagai pencuri !  Demi Zat Mu,wahai Tuhan Pembela orang yang teraniaya!! Perintahkanlah semua ikan-ikan di laut ini supaya timbul dan membawa di mulutnya permata-permata yang berharga !

Penumpang-penumpang terus merenungkan pandangannya ke laut di sekitar kapal itu kerana ingin melihat jika benar ikan-ikan itu membawa di mulutnya permata yang berharga. Saya juga turut memerhatikan ikan-ikan itu. Memang benar dengan kuasa Allah permintaan pemuda itu dikabulkan, malah beribu-ribu ikan yang timbul di permukaan air dengan membawa di mulutnya batu-batu putih yang bercahaya sehingga membuatkan mata-mata yang memandangnya silau kerananya,semua orang di situ bersorak sambil bertepuk tangan kepada pemuda itu.

Saya  kehairanan, tercenggang dan tidak berkata apa-apa pun.Nakhoda kapal dan pegawai-pegawai kapal itu bingung seolah-olah tidak percaya apa yang dilihat mereka. Lalu pemuda itu berkata" Apakah kamu masih menuduhku yang mencuri barang itu ? Padahal segala perbendaharaan Allah ada di tanganku,  Jika aku mahu aku boleh ambil begitu sahaja”. Kemudian pemuda itu memerintahkan ikan-ikan itu supaya kembali ke tempatnya, maka tenggelamlah kesemua ikan tadi. Sementara orang-orang di atas kapal itu terus bersorak. Pemuda itu lalu berdiri di permukaan air itu, kemudian berjalan di atasnya secepat kilat, sementara lidahnya terus mengucapkan :
اياك نعبدواياك نستعين
Maksudnya :Hanya padaMu sahaja lah Ya Allah kami sembah dan hanya padaMu jualah tempat kami meminta pertolongan. ( Surah Al-Fatihah : ayat 4 )

Kemudian dia terus menjauhi kami. Sehingga hilang dari pandangan kami. Saya sama sekali tidak menduga bahawa pemuda ini berkemungkinan termasuk di kalangan Para Wali Allah, yang pernah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W : 

Maksudnya:"Akan tetap ada dalam umatku sebanyak 30 orang lelaki, yang mana hati-hati mereka sepadan dengan hati Nabi Allah Ibrahim A.S. Setiap mati seseorang di antara mereka maka akan diganti oleh Allah seorang yang lain di tempatnya"
Mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dari kisah ini dan memberi kesan yang mendalam di dalam diri kita..
..wallahu a'lam..

Sesungguhnya semulia-mulia manusia di antara kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa...
Sumber: http://al-haibah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...