AMALAN SELAWAT YANG BOLEH MENYEBABKAN WUSHUL [ MA’RIFAT ] KEPADA ALLAH DI AKHIR ZAMAN: SESUNGGUHNYA SELAWAT ITU, BOLEH MENGHANTARKAN PENGAMALNYA UNTUK MA’RIFAT KEPADA ALLAH, MESKIPUN TANPA MURSYID.
Al-Allamah Sayyid Abdurrohman bin musthofa Al-Idrus ( tinggal di Mesir ), menyatakan (dalam penjelasan Beliau tentang selawatnya Sayyid Ahmad Al-Badawi. Komentar ini ditulis dalam kitab yang berjudul ” Miraatu Al-Syumus fi manaqibi Aali Al-Idrus “):
Bahawa di akhir zaman nanti, ketika sudah tidak ditemukan seorang murobbi (Mursyid) yang memenuhi syarat, tidak ada satu pun amalan yang boleh menghantarkan seseorang wushul (ma’rifat) kepada Allah kecuali bacaan Selawat kepada Nabi SAW, baik dalam keadaan tidur mahupun terjaga. Kemudian setiap amalan itu mungkin diterima dan mungkin juga ditolak kecuali bacaan selawat kepada Nabi SAW yang pasti diterima, kerana memuliakan kepada Nabi SAW.
Sayyid Abdur Rohman meriwayatkan keterangan tersebut berdasarkan kesepakatan ulama’.
Ketahuilah sesungguhnya para ulama’ telah sepakat atas diwajibkannya membaca “Selawat dan Salam” untuk Baginda Nabi SAW. Kemudian mereka berselisih pendapat mengenai “bila” kewajiban itu harus dilaksanakan?. Menurut Imam Malik, cukup sekali dalam seumur.
Menurut Asy-Syafi’i, wajib dibaca pada tasyahud akhir dalam solat fardhu. Menurut ulama’ lainnya, wajib dibaca satu kali dalam setiap majlis. Ada juga ulama’ yang berpendapat, wajib dibaca setiap kali mendengar nama nabi disebut. Dan ada juga yang mengatakan wajib memperbanyak selawat, tanpa had atau bilangan tertentu. Secara umum, membaca selawat kepada nabi, merupakan hal yang agung dan keutamaannya pun sangat banyak.
Membaca selawat, merupakan bentuk ibadah, yang paling utama dan paling besar pahalanya, sehingga sebahagian kaum “arifin”, mengatakan : “sungguhnya selawat itu, boleh menghantarkan pengamalnya untuk ma’rifat kepada Allah, meskipun tanpa guru spiritual ( mursyid )”.
Kerana guru dan sanadnya, langsung melalui Nabi. Ingat ! setiap selawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada baginda dan baginda membalasnya dengan do’a yang serupa ( ertinya nabi tahu siapa saja yang membaca selawat kepada baginda dan nabi menjawab selawat dengan do’a yang serupa kepada pembacanya tadi ).
Hal ini berbeza dengan zikir-zikir ( selain selawat ) yang harus melalui bimbingan guru spiritual/mursyid, yang sudah mencapai maqom ma’rifat. Jika tidak demikian, maka akan dimasuki syaitan, dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun”. ( Hasyisyah Ash-Showi ‘la Al-Jalalain, Hal :287,Juz III, Toha Putra )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan