MUQADDIMAH
Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, saya diamanahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka untuk membantangkan satu kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Ramadhan Menurut Sunnah Rasulullah ε Dan Para Sahabat: Peluang, Cabaran Dan Tips Menanganinya. Justeru saya bahagikan kertas kerja ini berdasarkan kerangka berikut:
i. Muqaddimah.
ii. Takrif puasa, ramadhan dan pensyariatannya.
iii. Penghayatan Ramadhan menurut sunah Rasulullah ε dan para sahabat.
iv. Peluang, cabaran dan tips menanganinya.
v. Penutup.
vi. Rujukan.
TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA
Dalam bahagian ini dipecahkan kepada tiga tajuk utama.
Pertama: Takrif Puasa
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:
Maksudnya:
Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Kedua: Takrif Ramadhan
Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.
Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan ﺷﻬﺮ diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.
Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan.
Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya).
Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ﺽ ﻡ ﺭ yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir.
Al‐Qurtubi berkata : Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ﺍﻹﺭﻣﺎﺽ yang bermaksud membakar. Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya dari kepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.
Ketiga: Pensyariatan Puasa
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185:
Maksudnya : Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.
PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN PARA SAHABAT
Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah.
Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:
1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.
2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya : Puasa sebagai perisai.
3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawaNabi bersabda:
Maksudnya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.
4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat.
Firman Allah dalam hadith qudsi:
ﺍﳊﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ ﻭﺃﺯﻳﺪ، ﻭﺍﻟﺴﻴﺌﺔ ﻭﺍﺣﺪﺓ ﻭﺃﳏﻮﻫﺎ، ﻭﺍﻟﺼﻮﻡ ﱄ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺮﻱ ﺑﻪ، ﺍﻟﺼﻮﻡ ﺟﻨﺔ ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ
ﺍﷲ ﻛﻤﺠﻦ ﺍﻟﺴﻼﺡ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻴﻒ
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.
5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah,
Rasulullah bersabda:
ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ ﻧﺼﻒ ﺍﻟﺼﱪ، ﻭﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﺷﻲﺀ ﺯﻛﺎﺓ، ﻭﺯﻛﺎﺓ ﺍﳉﺴﺪ ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatumempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.
6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.
7. Hadith riwayat Ibn Majah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi εbersabda:
ﺻﻤﺖ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺗﺴﺒﻴﺢ ﻭﻧﻮﻣﻪ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﻭﺩﻋﺎﺅﻩ ﻣﺴﺘﺠﺎﺏ ﻭﻋﻤﻠﻪ ﻣﻀﺎﻋﻒ
Maksudnya : Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.
8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.
9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.
PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA
Setiap ibadat sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain‐lain supaya ibadat tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t . Justeru jadilah ibadat sia‐sia disamping natijah taqwa yang terhasil daripada ibadat puasa tidak kesampaian. Di sini dikemukakan beberapa hadith yang menunjukkan cabaran dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah:
1. Hadith riwayat al‐Nasa`ie, Ibn Majah, daripada Abu Hurairah, Allah s.w.t. berfirman: Maksudnya: Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbukadia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa gembira dengan puasanya.
2. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah:
ﻛﻞ ﻋﻤﻞ ﺍﺑﻦ ﺁﺩﻡ ﻳﻀﺎﻋﻒ، ﺍﳊﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ ﺃﻣﺜﺎﳍﺎ، ﺇﱃ ﺳﺒﻌﻤﺎﺋﺔ ﺿﻌﻒ ﺇﱃ ﻣﺎ ﺷﺎﺀ ﺍﷲ: ﻗﺎﻝ ﺍﷲ:
ﺇﻻ ﺍﻟﺼﻮﻡ ﻓﺈﻧﻪ ﱄ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺰﻱ ﺑﻪ، ﻳﺪﻉ ﺷﻬﻮﺗﻪ ﻭﻃﻌﺎﻣﻪ ﻣﻦ ﺃﺟﻠﻲ، ﻟﻠﺼﺎﺋﻢ ﻓﺮﺣﺘﺎﻥ: ﻓﺮﺣﺔ ﻋﻨﺪ
ﻓﻄﺮﻩ ﻭﻓﺮﺣﺔ ﻋﻨﺪ ﻟﻘﺎﺀ ﺭﺑﻪ، ﳋﻠﻮﻑ ﻓﻢ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺃﻃﻴﺐ ﻋﻨﺪ ﺍﷲ ﻣﻦ ﺭﻳﺢ ﺍﳌﺴﻚ
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
Berdasarkan dua hadith di atas dapatlah disimpulkan beberapa pengajaran antaranya:
i. Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t.
ii. Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had.
iii. Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya.
iv. Puasa sebagai perisai.
v. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.
vi. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan.
Antara adab‐adab puasa ialah;
a. Tidak melakukan rafas iaitu mutlak maksiat atau lagha.
b. Tidak melakukan sakhab iaitu bertempik dan dikehendaki dengannya meninggalkan maksiat begitu juga bercakap sia‐sia kecuali membaca al‐Quran dan zikir.
c. Berkata kepada musuhnya; sesungguhnya aku berpuasa. Untuk mengelakkan daripada tercemarnya maksud puasa dan dari mendapat natijah taqwa.
Hal ini berbetulan dengan sebuah hadith yang menggambarkan puasa kerana Allah yang layak dan berhak dibalas dengan kelebihan. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh al‐Tabarani, daripada Abu Hurairah dan lainnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ﺇﻻ ﺍﻟﺼﻮﻡ، ﻭﺍﻟﺼﻮﻡ ﱄ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺰﻱ ﺑﻪ، ﻳﺪﻉ ﻃﻌﺎﻣﻪ ﻭﺷﺮﺍﺑﻪ ﻭﺷﻬﻮﺗﻪ ﻣﻦ ﺃﺟﻠ
Maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan beramal dengannya maka tiadalah bagi Allah keperluan dengan sebab beliau meninggalkan makan dan minumnya.
Oleh kerana itu bagi menjadikan puasa yang sahih dan mendapat pahala hendaklah bermula dengan pembetulan nawaitu yang benar‐benar ikhlas selaras dengan firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Bayyinah, ayat 5:
Maksudnya: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali semata‐mata mengabdikan kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan bagi agamanya dan suci, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan yang demikian itu merupakan agama yang unggul.
Seterusnya mempelajari hukum fiqh al‐Siyam mengikut amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat supaya ianya benar‐benar menepati kehendak syarak sama ada yang membabitkan amalan sunat atau wajib. Begitu juga dengan adab dan etikanya. Justeru perkara seumpama ini bukanlah mustahil untuk mencapai hakikat puasa yang menatijahkan taqwa.
PENUTUP
Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepada‐Nya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.
Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjungperintah Allah s.w.t dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah.
Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
RUJUKAN
1. Fiqh Manhaji, Dr. Mustafa al‐Khin, Dr. Mustafa al‐Bugha, Ali al‐Sarbaji. Cetakan Pertama Mei 2005. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
2. Fiqh al‐Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al‐Zuhaili. Dar al‐Fikr al‐Mu`asir.
3. Fi Zilal al‐Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub. Cetakan Pertama 2000M/ 1420H. Pustaka Aman Press Sd. Bhd.
4. Al‐Jami’ li Ahkam al‐Quran, Al‐Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin.
5. Lisan al‐`Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al‐Hadith.
6. Tuhfah al‐Kiram Syarh Bulugh al‐Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al‐Da`ie.
7. Terjemahan Bulugh al‐Maram, Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah. Cetakan Keempat, 2001. Thinkers Library
8. Ithaf Ahl al‐Islam Bikhususiyat al‐Siyam oleh Ibn Hajar al‐Haithami. Cetakan Pertama 1410H/ 1990M. Maktabah Toyyibah, Madinah al‐Munawwarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan