Gambar Hiasan |
Firaun raja Mesir memiliki pekerja yang bekerja menyikat rambut anak-anak perempuannya. Masitah nama pekerja tersebut. Pada suatu hari dengan kehendak Allah terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah hingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun ditakdirkan terjatuhlah sikat itu dari tangannya. Lantas secara spontan terkeluarlah perkataan, “Dengan nama Allah, celakalah Firaun” dari mulutnya.
Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu lalu berkatalah ia kepada Masitah: “Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain dari bapaku?”. Masitah menjawab “Ya” memang ada!. Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah,” Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?”. Masitah pun menjawab ringkas “Ya” baiklah”. Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya akan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut Firaun pun memerintahkan supaya Masitah di bawa menghadapnya.
Apabla Masitah datang menghadapnya, Firaun pun bertanya kepadanya. Katanya , “Apakah ada Tuhan selain dariku?. Masitah menjawab dengan tegas.“Tuhanku ini adalah Allah ( Wajibal Wujud ). Mendengar jawapan itu Firaun pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah agar merobah atau membuangkan keimanannya itu. Setelah bermacam-macam cara pujukan dilakukan , Masitah masih tetap utuh pendiriannya, sebaliknya Masitah memberikan jawapan dengan tegas “ Allah Tuhanku dan Tuhan kamu semua”.
Mendengar yang demikian bertambah murkalah Firaun sampai digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. Beta akan bunuh sekalian keluargamu, gertak Firaun!. Baiklah jawab Masitah. “ Akan tetapi ada permintaan hamba yang harus tuanku tunaikan, iaitu hamba mahu sekiranya tuanku membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini disatu perkuburan”.
Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum Masitah, anak-anak serta suaminya.
Anak-anak Masitah dan suaminya dilontarkan ke dalam belanga besar dengan panasan minyak yang mendidih. Tinggalah Masitah bersama dengan anak kecilnya yang maish menyusu di pangkuannya. Betapa sedih dan pilu keadaan ketika itu, tidak dapat digambarkan.
Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk masuk ke dalam minyak yang amat panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun, kerana melihat anaknya yang masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.
Dengan kudrat kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya: “ Wahai ibuku masuk sajalah ke dalam belanga ini, sesungguhnya ibu berada di pihak yang benar”
.
Sebaik mendengar kata-kata anak kecilnya, Masitah semakin yakin dan berani. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut. Berakhirlah eiwayat hidup Masitah di dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT.
Firaun memerintahkan hulubalangnya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum dia dibunuh.
Keteguhan iman terhadap Allah tidak sedikit pun tergugat walau diancam bunuh oleh Firaun. Allah mengurniakan balasan syurga kepada hamba-Nya yang teguh, taat imannya kepada-Nya. Kubur Masitah sekeluarga mengeluarkan bau harum sampai bertahun-tahun lamanya.
Begitulah kukuhnya iman Masitah sekeluarga.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:” Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “ Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Wallahua'lam
Petikan; Kisah-Kisah Benar
Subhanaallah, ujian iman memang berat. Insyaallah, kita dimudahkan urusan dunia akirat. Amin,ya Robb. Mk th.2004 sy sholat tahajud; fajar & ber haji th.2007. Skr usia sy 66th. Tiap hr sy menimba ilmu di gogle. Hp 081310344202.
BalasPadam