Gambar hiasan |
Manusia itu terbahagi kepada dua bahagian :
Pertama : Yang menjual dirinya kepada Allah dengan cara mengerjakan amal saleh. Maka dengan perbuatannya ini Allah merdekakakan mereka dari kesengsaraan azab.
Kedua : Yang menjual dirinya kepada syaitan dan kepada hawa nafsu dengan mengikuti kehendaknya. Maka dengan usahanya ini dia sendiri membinasakan dirinya .
Maka nyatalah bahawa tiap-tiap manusia ada yang berusaha untuk membaiki dirinya dan ada pula yang berusaha untuk merosakkannya. Orang yang berusaha untuk taat kepada Allah bermakna menjual dirinya kepada Allah , dan ia dibebaskan dari sengsara. Sebaliknya orang yang bekerja untuk melakukan maksiat kepadanya bermakna menjual dirinya dan menukarnya dengan kebinasaan. Akibatnya ia menerima kesusahan.
http://hikmah.org.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan