Hikmah Dibalik Kisah Sufi: Imam Al Ghazali dan Seekor Lalat (Jangan Remehkan Amalan Kecil)
Gambar hiasan |
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’i (450 H –505 H) atau lebih kita kenal sebagai Imam Al Ghazali atau Al Ghazali, adalah seorang Guru Sufi, filosof dan teolog muslim Persia (Iran), yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.
Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak dalam berhujjah, sehingga ia digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati kerana keluasan ilmunya. Banyak sekali karya besarnya, antara lain : Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama) ygmerupakan karyanya yang terkenal; Kimiya as-Sa’adah (Kimia Kebahagiaan); Misykah al-Anwar ; Maqasid al-Falasifah; Tahafut al-Falasifah; Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul; Mi`yar al-Ilm;
al-Qistas al-Mustaqim serta Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq dlsb.
Pada suatu ketika Imam al-Ghazali menulis kitab. Pada waktu itu orang menulis menggunakan tinta dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam tinta baru kemudian dipaakai untuk menulis, jika habis dicelup lagi dan menulis lagi. Begitu seterusnya.
Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk tinta Imam al- Ghazali. Lalat itu tampaknya sedang kehausan. Ia meminum tinta di mangkuk itu.
Melihat lalat yang kehausan itu, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum tintanya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.
Ketika Al-Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya itu bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.
Al-Ghazali menjawab, ” Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik “.
“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu ? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.
Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya karena pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “
Dari kisah sufi tersebut memberi kita hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong mahluk Allah. Bayangkan hanya sekedar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia. bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.
Dalam hadits lain, diriwayatkan bahawa Nabi bercerita ada seorang pelacur bisa masuk Syurga kerana memberi minum seekor anjing. Juga jangan remehkan dosa kecil kerana alam hadits diriwayatkan bahawa ada seorang wanita masuk neraka kerana memelihara seekor kucing lalu mendzaliminya.
Jadi, jangan remehkan amal kecil kerana sebesar zarah pun akan diperhitungkan di akhirat kelak.
Allah Swt berfirman :” Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (QS. 99: 7-8)
Kisah di atas juga mengajari kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan (kebaikan) sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, bisa jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan mengantarkan kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa (yang dianggap kecil) bisa menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. a’udzubillahimindzalik.
Akan tetapi, terkadang kita terlalu mengejar amal-amal besar dan meremehkan amal kecil, padahal ketika beramal kecil seringkali kita mudah berasa ikhlas.
Kebaikan (Amal) itu tidak semestinya selalu kita menyumbang ke masjid, tapi sekedar membuang duri di jalanan atau sekedar memungut sampah, sekedar mengucap salam kepada sesama muslim yang belum kita kenal, sekedar senyum pada sahabat kita, tidak ada yang sia-sia. Jika kita boleh melakukan amal-amal ringan, kenapa harus menunggu kesempatan untuk beramal besar? Bukankah juga Allah itu menyukai amalan yang berterusan ( istiqamah ) meskipun sedikit?
Boleh jadi amalan kecil yang pernah kita lakukan merupakan amalan paling ikhlas sehingga boleh menyelamatkan kita di hari akhirat kelak. Boleh jadi amalan kecil tersebut menjadi pelindung kita dari siksa kubur, dan boleh jadi amalan kecil tersebut boleh menjadi perantara bagi dikabulkannya doa-doa kita. Boleh jadi juga amalan kecil tersebut menjadi penghapus dosa-dosa kita.
Kerana itu marilah mulai saat ini, lakukanlah secara dawam (konsisten) suatu amal ibadah yang kecil yang dilakukan ikhlas kerana Allah Swt semata-mata.
Allah Swt menyukai terhadap hambaNya yang melakukan amalan secara dawam (konsisten) dan ketika kita berhalangan (uzur syar’i) dan kita tidak dapat melakukan amal yang biasa kita dawamkan tersebut, In sya Allah, Allah SWT akan tetap memberi pahala seperti kita melakukan amalan tersebut di hari lainnya.
Semoga Allah Swt memudahkan kita dan anak-anak keturunan kita untuk melakukan amalan-amalan kecil secara dawam dan memberikan keistiqamahan kepada kita menjalaninya dalam kehidupan ini, sehingga dapat mengundang keredaan dan kasih sayang dari Allah Swt, Dan semoga Allah Swt menerima dan melipatgandakan pahala amalan-amalan kita baik yang kecil mahupun yang besar,. Aamiin.
Allahumma shali ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan