Isnin, 30 September 2013

Kelebihan Berselawat:

Kelebihan Berselawat:

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ”

2. Mendapat rahmat dari ALLAH – Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH berselawat kepadanya sepuluh kali. ”

3. Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’. Berikut merupakan 42 kelebihan tersebut:
1. Melaksanakan perintah ALLAH.
2. Bersamaan dengan selawat ALLAH kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada ALLAH atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada ALLAH bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh ALLAH sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh ALLAH sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh ALLAH.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan ALLAH serta akan ditutup segala keaiban.
11. ALLAH akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. ALLAH dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada ALLAH dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya                           nama ALLAH dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian ALLAH apabila disebut (di dalam doa), maka akan                     disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh ALLAH pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada ALLAH.
31. Mendapat keberkatan daripada ALLAH.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah ALLAH dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati ALLAH.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping         itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat ALLAH yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah         s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan                           oleh ALLAH.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada ALLAH,  ke atas Rasulullah       s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah               s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh ALLAH maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...