Berikut beberapa keutamaan selawat dan hal-hal yang berkenaan dengannya yang di kutip dari Kitab Nashaihud Diniyyah Wal Washayal Imaniyah, Karya Al Habib Abdullah Bin Alawi Al Haddad, seorang ulama besar abad 17.
Selawat untuk Rasulullah SAW memiliki keutamaan yang besar dan menghasilkan manfaat yang banyak di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang banyak mengucapkannya. Allah Ta’ala dalam Firman Nya yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah penghormatan kepadanya”.
[Al Ahzab:56]
[Al Ahzab:56]
Cukuplah bagimu apa yang di sebutkan Allah SWT di atas sebagai penghormatan dan pengagungan bagi Nabi Nya serta dorongan bagi para hamba Nya yang mu’min untuk mengucapkan selawat dan salam baginya.
Nabi Muhammad SAW Bersabda “Barangsiapa berselawat untukku sekali, maka Allah Bershalawat untuknya 10 kali.”
Seorang alim berkata, “Andaikata Allah berselawat untuk hamba sepanjang umurnya sekali, niscaya hal itu telah cukup baginya sebagai kehormatan dan kemuliaan.”
Maka bagaimana dengan 10 selawat untuk setiap selawat yang di ucapkan muslim untuk Nabinya? Maka Segala Puji bagi Allah atas kurnia Nya yang banyak dan pemberian Nya yang besar.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berselawat untukku sekali, maka Allah berselawat untuknya 10 kali, dan mengangkat baginya 10 daajat, menulis baginya 10 kebaikan dan menghapus darinya 10 kesalahan.”
Nabi SAW juga bersabda “Orang yang paling banyak mendapat perhatianku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak selawatnya untukku”.
Nabi SAW bersabda “Barangsiapa mengucapkan; Allahumma Shalli ‘Alaa Muhammad Wa Anzilhu al-Maq’adal Muqarrab ‘indaka Yaumal Qiyaamah. (Ya Allah berselawatlah untuk Muhammad dan tempatkan dia di tempat yang dekat di sisi Mu pada hari kiamat), maka Wajiblah ia mendapat syafa’atku”.
Dalam sabdanya SAW,”Barangsiapa mengucapkan, “Jazallahu ‘Anna Muhammad Maa Huwa Ahluhu” ( Semoga Allah membalas jasa Muhammad terhadap kami sebagaimana mestinya ), maka ia pun telah memayahkan 70 malaikat menulis selama 1000 pagi”
Rasulullah SAW bersabda “Berselawatlah kalian untukku di mana pun kalian berada, kerana selawat itu sampai kepadaku.”
Di riwayakan bahawa Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang berkeliling bumi menyampaikan kepada Nabi SAW, selawat dari ummatnya yang berselawat untuknya.
Diriwayatkan pula bahawa tidaklah seorang dari ummatnya memberi salam kepadanya, melainkan Allah mengembalikan ruhnya yang mulia kepadanya hingga menjawab salamnya. Telah di riwayatkan pula jawapan yang berganda atas siapa yang memberi salam kepadanya SAW.
Nabi SAW bersabda, “Telah menjadi hina orang yang namaku disebut di dekatnya, namun ia tidak berselawat untukku”
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang aku disebut di dekatnya, namun tidak mengucapkan selawat untukku, ia pun telah menyimpang dari jalan syurga”
Nabi SAW bersabda, “Perbanyaklah mengucapkan selawat untukku pada hari Jumaat, kerana selawat untukku ditunjukkan kepadaku pada setiap Jum’at. Maka yang terdekat di antara mereka kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku”.
Nabi SAW juga bersabda, “Berselawatlah kalian untukku pada malam yang cemerlang dan hari yang indah.” Yakni, malam Jum’at dan siangnya.
Oleh kerana itu setiap mu’min patut memperbanyak selawat untuk Rasul SAW dalam seluruh waktunya dan pada malam Jum’at dan siangnya secara khusus. Hendaklah ia menggabungkan salam dengan selawat untuknya. Allah telah menyuruh mengucapkan keduanya bersama-sama.
Di sebutkan dalam hadits dari Allah Ta’ala bahawa Dia berkata kepada Nabi SAW, “Barangsiapa berselawat untukmu, Aku pun berselawat untuknya. Dan siapa mengucapkan salam untukmu, Aku pun mengucapakan salam untuknya”.
Barangsiapa mengucapkan selawat dan salam untuk Nabi SAW, hendaknya ia ucapkan selawat dan salam untuk keluarga Nabi SAW sesudahnya, kerana Baginda SAW menyukai hal itu bagi mereka. Telah di riwayatkan banyak hadits mengenai hal itu.
Disebutkan dalam suatu atsar bahawa selawat yang di dalamnya tidak terdapat shalawat untuk keluarga Nabi Muhammad SAW maka selawat tersebut dinamakan selawat yang tidak sempurna. Wallahu A’laam..
Disarikan dari terjemahan Kitab Nashaihud Diniyyah Wal Washaya Imaniyyah Sayyid Zaid Husain Al Hamid. Diterbitkan oleh Mutiara Ilmu Surabaya. Cetakan Pertama, Shafar 1423 H.
Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Alih Wa Shahbihi Wa Sallim
http://pondokhabib.wordpress.com/2013/09/12/berikut-beberapa-keutamaan-shalawat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan