Memaparkan catatan dengan label Imam Al-GHAZALI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imam Al-GHAZALI. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Hikmah Dibalik Kisah Sufi: Imam Al Ghazali dan Seekor Lalat

Hikmah Dibalik Kisah Sufi:  Imam Al Ghazali dan Seekor Lalat (Jangan Remehkan Amalan Kecil)

Gambar hiasan
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’i (450 H –505 H) atau lebih kita kenal sebagai Imam Al Ghazali atau Al Ghazali, adalah seorang Guru Sufi, filosof dan teolog muslim Persia (Iran), yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan.

Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak dalam berhujjah, sehingga ia digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati kerana keluasan ilmunya. Banyak sekali karya besarnya, antara lain : Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama) ygmerupakan karyanya yang terkenal; Kimiya as-Sa’adah (Kimia Kebahagiaan); Misykah al-Anwar ; Maqasid al-Falasifah; Tahafut al-Falasifah; Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul; Mi`yar al-Ilm;

al-Qistas al-Mustaqim serta Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq dlsb.

Pada suatu ketika Imam al-Ghazali menulis kitab. Pada waktu itu orang menulis menggunakan tinta dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam tinta baru kemudian dipaakai untuk menulis, jika habis dicelup lagi dan menulis lagi. Begitu seterusnya.

Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk tinta Imam al- Ghazali. Lalat itu tampaknya sedang kehausan. Ia meminum tinta di mangkuk itu.

Melihat lalat yang kehausan itu, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum tintanya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.

Ketika Al-Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya itu bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.

Al-Ghazali menjawab, ” Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik “.

“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu ? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.

Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya karena pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum tintaku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “

Dari kisah sufi tersebut memberi kita hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong mahluk Allah. Bayangkan hanya sekedar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia. bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.

Dalam hadits lain, diriwayatkan bahawa Nabi bercerita ada seorang pelacur bisa masuk Syurga kerana memberi minum seekor anjing. Juga jangan remehkan dosa kecil kerana alam hadits diriwayatkan bahawa ada seorang wanita masuk neraka kerana  memelihara seekor kucing lalu mendzaliminya.

Jadi, jangan remehkan amal kecil kerana sebesar zarah pun akan diperhitungkan di akhirat kelak.

Allah Swt berfirman :” Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula” (QS. 99: 7-8)

Kisah di atas juga mengajari kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan (kebaikan) sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, bisa jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan mengantarkan kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa (yang dianggap kecil) bisa menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. a’udzubillahimindzalik.

Akan tetapi, terkadang kita terlalu mengejar amal-amal besar dan meremehkan amal kecil, padahal ketika beramal kecil seringkali kita mudah berasa ikhlas.
 
Kebaikan (Amal) itu tidak semestinya selalu kita menyumbang ke masjid, tapi sekedar membuang duri di jalanan atau sekedar memungut sampah, sekedar mengucap salam kepada sesama muslim yang belum kita kenal, sekedar senyum pada sahabat kita, tidak ada yang sia-sia. Jika kita boleh melakukan amal-amal ringan, kenapa harus menunggu kesempatan untuk beramal besar? Bukankah juga Allah itu menyukai amalan yang berterusan ( istiqamah ) meskipun sedikit?

Boleh jadi amalan kecil yang pernah kita lakukan merupakan amalan paling ikhlas sehingga boleh menyelamatkan kita di hari akhirat kelak. Boleh jadi amalan kecil tersebut menjadi pelindung kita dari siksa kubur, dan boleh jadi amalan kecil tersebut boleh menjadi perantara bagi dikabulkannya doa-doa kita. Boleh jadi juga amalan kecil tersebut menjadi penghapus dosa-dosa kita.

Kerana itu marilah mulai saat ini, lakukanlah secara dawam (konsisten) suatu amal ibadah yang kecil yang dilakukan ikhlas kerana Allah Swt semata-mata.

Allah Swt menyukai terhadap hambaNya yang melakukan amalan secara dawam (konsisten) dan ketika kita berhalangan (uzur syar’i) dan kita tidak dapat melakukan amal yang biasa kita dawamkan tersebut, In sya Allah,  Allah SWT akan tetap memberi pahala seperti kita melakukan amalan tersebut di hari lainnya.

Semoga Allah Swt memudahkan kita dan anak-anak keturunan kita untuk melakukan amalan-amalan kecil secara dawam dan memberikan keistiqamahan kepada kita menjalaninya dalam kehidupan ini, sehingga dapat mengundang keredaan dan kasih sayang dari Allah Swt,  Dan semoga Allah Swt menerima dan melipatgandakan pahala amalan-amalan kita baik yang kecil mahupun yang besar,. Aamiin.

Allahumma shali ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad.

Sabtu, 28 Mei 2011

SABAR DAN SAKIT

BARANGSIAPA ingin selamat daripada azab Allah,mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping SABAR atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang SABAR. SABAR mempunyai banyak macam.  SABAR melaksanakan perintah (taat). SABAR meninggalkan larangan-larangan-Nya. Dan sABAR ketika mendapat bencana.
Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari Kiamat Allah akan memberikannya tiga ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Akhirat Allah anak memberinya enam ratus darjay. Tiap darjat antara langit dan bumi ke tujuh.  Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di Syurga . tiap-tiap darjat di antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi SAW,sesungguhnya baginda bersabda,”Allah telah berfirman:
“Barangsiapa ditimpa,bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku-tutup semua pintu langit baginya.”
Maka bagi orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan Akhirat. Sesungguhnya  bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.
Junaid al-Baghdadi r.a. telah berkata, “Bala merupakan pelita orang arif,menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman, sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda,
“Barangsiapa sakit semalam,dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir daripada perut ibunya. Jika engkau sakit ,janganlah segera meminta sembuh.”
Telah berkata Adl Dlahak r.a.”Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan satu bala,kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.”
Daripada Muaz bin Jabal r.a. beliau berkata, “Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana. Dia berkata kepada (Malaikat) pencatat amal buruk, “Hapuskan catatan daripadanya.” Dan berkata kepada pencatat amal baik,”Tuliskan untuk hamba-Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat.”
Tersebut pula dalam sebuah hadis. Daripada nabi SAW, baginda bersabda,
“Ketika seeorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu,lalu berkata,”Aku berjanji untuk hamba_Ku. Jika Aku mematikannya,Ku masukkan dia ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya.”
Tersebut dalam satu kisah. Ada salah seorang lelaki fasik daripada Bani Israel.orang sekampung tidak dapat lagi membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah. Lalu Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa a.s. bahawa di antara Bani Israel itu ada seorang pemuda fasik. Kemudian Musa mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehingga mereka tidak terjilat api (Neraka) oleh kefasikannya. Maka pergilah pemuda itu ke suatu kampung. Kemudian Allah memerintahkan lagi agar Nabi Musa a.s. mengusirnya. Maka bagindapun mengusir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman,binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tiada pula yang menolong. Dia jatuh ke tanah. Dia meletakkan kepalanya sambil berkata,”Kalaulah kepalaku ini di pangku oleh ibuku, tentulah dia mengasihi. Tentulah dia menangis meratapiku. Kalaulah ayahku ada di sini, pastilah dia akan menolong dan merawatku. Kalaulah isteriku ada di sini ,tentu akan menangisi kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka akan tersedu-sedu mengiringkan jenazahku, lalu mereka akan berdoa, “Ya, Tuhan, ampunilah ayahku ini. Yang lemah, fasik, derhaka, yang terusir dari kota kampung ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia dan ke akhirat tanpa harapan suatu apa pun. Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anak-anaku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah Engkau bakar hati ini dengan Neraka-Mu kerana kemaksiatanku.” Kemudian Allah mengutuskan Bidadari menjelma menyerupai ibunya. Dan Bidadari lain menyerupai isterinya. Begitu Ghilman ( anak-anak Syurga) menjelma menjadi anak-anaknya. Serta mengutus Malaikat seolah-olah menjadi bapanya. Mereka duduk di sisinya dan meratapinya.lalu lelaki itu berkata, :”Sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku, anak-anakku telah hadir di sisimu.” Maka legalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa, “ Pergilah ke suatu padang di sebuah tempat di sana. Di situ telah mati seorang wali. Maka hadir dan uruslah dia!”  Ketika Musa a.s. datang di tempat itu, baginda melihat pemuda yang diusirnya dari kota dan dari kampung dengan perintah Allah. Juga baginda melihat para Bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata, “Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari sebuah kota dan dari sebuah kampung atas perintah-Mu?” Allah berkata,”Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmati dan mengampuninya. Sebab dia meratap di tempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak-anak dan isterinya. Maka Aku utus para Bidadari menjelma sebagai ibu dan isterinya. Malaikat sebagai bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihininya sedangkan Aku Maha Pengasih?
Jika seseorang menghadapi sakaratul maut di permusafiran. Allah akan berkata, “Wahai MalaikatKu, ini adalah orang asing yang sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak dan isteri dan orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangis dan meratapinya.” Kemudian Allah menjadikan seorang Malaikat menyerupai bapanya, seorang lagi menyerupai ibunya, seorang lagi menyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mereka masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah hatinya. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarkannya ke kubur dan mereka mendoakannya sampai hari Akhirat.
“Allah Maha Halus (Penyantun) kepada hamba-hamba-Nya…” (Q.S. Asy Syura :19)
Ibnu Aththok berkata, “Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang dusta. Meskipun orang yang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam Hadis Qudsi:
“Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku !”
Wahab bin Munabbah bercerita : Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama 50 tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengampunimu.” Dia bertanya. “Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?” Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitandan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihal itu kepada Allah. Maka pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu.”
Petikan : IMAM AL-GHAZALI Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...