Ahad, 9 Februari 2014

sOLaT KiTa...BaGaiMaNa....??

Gambar Hiasan
DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.

Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.

Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” 

Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” 

Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.

Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim.

Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meninggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan yang diucapkan.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...