5 Wanita Terbaik Dunia Akhirat - by oleh NUR AINA
Gambar sekedar hiasan sahaja |
Mereka adalah pemimpin para wanita di syurga dan sepatutnyalah menjadi contoh bagi wanita-wanita lainnya dalam setiap gerak-gerinya.
Allah berfirman "Allah telah membuat isteri Fir'aun sebagai perumpaan bagi orang-orang yang beriman ketika ia berkata, 'Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga, selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. Dan Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatannya , maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari roh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kitab-kitab-Nya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat." (Qs At-Tahrim: 11-12)
Rasulullah shallallahualaihi wasallam telah menerangkan kepada kita tentang wanita-wanita sempurna yang utama itu. Baginda bersabda "cukuplah wanita-wanita ini sebagai ikutan kalian iaitu Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiyah binti Muzahim isteri Fir'aun. HR. Ahmad.
Kita harus tahu, tidaklah para wanita di atas mendapat keutamaan ini kecuali kerana keimanan, keindahan budi pekerti dan kesabaran mereka saat menghadapi pedihnya azab. dan benarlah Fatimah Az-Zahrah ketika berkata "telah dilimpahkan padaku berbagai penderitaan. Seandainya penderitaan itu dilimpahkan atas hari-hari, niscaya ia menjadi malam kembali.
Mereka adalah wanita-wanita mulia yang suci, yang dipilih oleh Allah dan dijadikan ikutan bagi seluruh wanita di dunia ini sepanjang zaman. Agar mereka menjadi pelita yang menerangi, dan sinar yang menunjukkan kepada jalan lurus pada setiap sisi kehidupan, dalam hal kasih sayang, belas kasih, kesucian, keiffahan, kemuliaan dan keturunan jugga tawadhu dan ketabahan.
http://duniaislamaina.blogspot.com/2011/03/4-wanita-terbaik-dunia-akhirat.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan