Rabu, 25 Februari 2015

ANTARA Kamu dengan…

Masjid Quba
Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi (1911-1998 M, Tokoh Tasfir Mesir) ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim , aku bertanya kepada dia: "Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?" Pemuda: "Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka." 

Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?" Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka." Syeikh: "Ke mana syaitan ingin membawa mereka?" Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan"

Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka." 

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah saw.
ketika mana lalu jenazah yahudi di hadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya "Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?" Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!" Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah saw. yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yang lain!" 

Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...