30 Pesanan Saidina Ali ibn Abi Talib kepada kita untuk mendidk hati ke arah "mardhatillah".
1. Sifat menahan kemarahan adalah
lebih mulia daripada membalas dendam.
2. Mengajar adalah belajar.
3. Berkhairatlah mengikut kemampuan
mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
4. Insan terbahagi kepada 3 :
a) mereka yang mengenal Allah..
b) mereka yang mencari kebenaran
c) mereka yang tidak berpengetahuan
dan tidak mencari kebenaran.
6. Janganlah kamu takut kepada
sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
7. Mereka yang mencari kesilapan
dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.
8. Harga diri seseorang itu adalah
berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
9. Manusia sebenarnya sedang tidur
tetapi akan bangun bila ia mati.
10. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
11. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.
12. Sifat seseorang tersembunyi
disebalik lidahnya.
13. Kejahatan itu mengumpulkan
kecelaan yang memalukan.
14. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.
15. Barangsiapa yang mencari apa yang
tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
16. Mereka yang mendengar orang yang
mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
17. Kegelisahan adalah lebih sukar
dari kesabaran.
18. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
19. Orang yang dengki marah kepada
orang tidak berdosa.
20. Putus harapan adalah satu
kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
21. Pendapat seorang tua adalah lebih
baik daripada tenaga seorang muda.
22. Menyokong kesalahan adalah
menindas kebenaran.
23. Kebesaran seseorang itu
bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.
24. Mereka yang bersifat pertengahan
dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
25. Jagailah ibubapa kamu, nescaya
anak-anakmu akan menjagai kamu.
26. Bakhil terhadap apa yang ditangan
adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah.
27. Kekayaan seorang bakhil akan
turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang
yang bakhil.
28. Seorang arif adalah lebih baik
daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.
29. Ilmu adalah lebih baikdaripada
kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu.
30. Jagalah harta bendamu dengan
mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan itu dengan mendirikan sembahyang.
http://gbseridusun.blogspot.com/2010/03/30-pesanan-saidina-ali-ibn-abi-talib.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan