Ahad, 27 Jun 2021

𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧


Solat itu ada dua keadaan iaitu yang hidup dan yang sebaliknya di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Solat yang hidup ialah solat yang dihiasi dengan khusyuk.

Adapun segala pengertian khusyuk yang disifatkan sebagai nyawa bagi solat itu jika disimpulkan hanya kepada enam perkara.

Pertama, Hudurul Qalbi (hadir hati atau al-ma’anil batinah atau al-hayatus solah)

Kedua, At-Tafahhum (berusaha untuk mengerti apa yang diucap dan dilakukan)

Ketiga, At-Takzim (rasa agung Tuhan yang disembah)

Keempat, Al-Haibah (rasa gerun)

Kelima, Ar-Roja’ (menaruh harapan besar)

Keenam, Al-Haya’ (rasa malu)

Enam perkara di atas, jika diadun semasa solat maka hati seorang tidak akan lalai, hati dan tubuh badan mereka akan sebati dalam melaksanakan kewajipan mengingati Allah سبحانه وتعالى.

Ini akan menjadikan solatnya sempurna zahir dan batin.

Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...