۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Seorang peniaga datang kepada Habib Ahmad Mashur Al-Haddad seraya berkata, “Habib, berdoalah untuk saya kerana terlalu ramai yang membenci saya kerana cemburu dan iri hati!”
Habib mengangkat tangannya dan berkata, “Ya ALLAH, ambillah harta orang ini sehingga tidak ada yang cemburu kepadanya!”
Ahli perniagaan itu tiba-tiba risau dan gementar. Dia mula berkata, “Tidak! Tidak! Tidak! Saya tidak mahu harta saya dirampas!”
Jadi Habib memandangnya dan berkata, “NABI ﷺ mengatakan bahawa setiap orang yang diberkati ALLAH dan dikurniakan sesuatu yang baik akan dicemburui orang. Jadi bertenanglah!”
Tidak ada sesiapa yang akan cemburu kepada orang tidak memiliki apa-apa. Orang yang tidak menyukai anda kerana keberkatan anda adalah suatu hal yang biasa, jadi bertenanglah. Letakkan pergantungan anda kepada ALLAH dan nikmati perjalanan rahmat-NYA.
Siapa yang dapat mengambil apa yang ALLAH berikan?
Siapa yang dapat menurunkan yang ditinggikan oleh ALLAH?
Siapa yang boleh tidak menghormati yang telah dihormati oleh ALLAH?
Berhentilah memberi tumpuan kepada mereka yang membenci anda dan mulailah memberi tumpuan kepada Tuhan yang mengasihi anda.”
[Syeikh Mohammed Aslam]
Sumber : FB Shaykh Mohammed Aslam & FB An Nisa Lee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan