Jumaat, 5 Ogos 2011

KISAH DUA ORANG PEMUDA

Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang darinya kuat beribadat kepada Allah manakala 
seorang lagi selalu berbuat maksiat dan kejahatan.

Pada suatu hari saudara yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian, datanglah syaitan kepadanya lalu berkata: “Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu, kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi di dunia dan akhirat.sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah,katanya: “Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telahpun merugikan diriku beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku besam-samanya memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan ekmbali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu.”

Selepas itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah. Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilakukannya. 

Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan, badan serta pakaiannya telah kotor berlumuran najis serta terlantar pula di debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka berkatalah hatinya : “Oh.. sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis umurku di dalam kancah maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta berlaku bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang mendapat kenikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku…nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat .Aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya”.

Maka diapun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudara itu pula turun dengan  niat untuk melakukan kerjaa-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu 
jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa. Akhirnya kedua-duanya pun mati di situ juga.

Di hari akhirat nanti kedua-dua saudara itu akan  dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan dibangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan dibangkitkan atas berbakti kepada Allah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Akan dibangkitkan tiap-tiap hamba menurut keperihalan
matinya” (baik  atau buruk).

Di samping itu sentiasa sedarlah bahawa syaitan itu adalah musuh yang paling ketat untuk selama-lamanya sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu”.

Semua orang tahu syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua orang tahu bahawa pada hari ini ramai orang mengikuti langkah –langkah syaitan!

Allah s.w.t memberi kita akal untuk berfikir.
Terpulanglah kepada kita untuk memikirkannya atau membekukan fikiran kita.

 Wallahua’alam.
Sumber: Kisah-Kisah Benar 7. NurulHas

RABIATUL ADAWIYAH PERINDU ALLAH


Gambar Hiasan

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut.  Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri.  Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba bergantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang dalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya.

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNAH RASULULLAH s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA



MUQADDIMAH

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, saya diamanahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka untuk membantangkan satu kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Ramadhan Menurut Sunnah Rasulullah ε Dan Para Sahabat: Peluang, Cabaran Dan Tips Menanganinya. Justeru saya bahagikan kertas kerja ini berdasarkan kerangka berikut:
i. Muqaddimah.
ii. Takrif puasa, ramadhan dan pensyariatannya.
iii. Penghayatan Ramadhan menurut sunah Rasulullah ε dan para sahabat.
iv. Peluang, cabaran dan tips menanganinya.
v. Penutup.
vi. Rujukan.

TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA

Dalam bahagian ini dipecahkan kepada tiga tajuk utama. 

Pertama: Takrif Puasa

Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:

Maksudnya:
Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Kedua: Takrif Ramadhan
Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.

Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan ﺷﻬﺮ diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.
Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut  sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan. 

Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya).

Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah    ﻡ ﺭ yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir.

Al‐Qurtubi berkata : Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ﺍﻹﺭﻣﺎﺽ yang bermaksud membakar. Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya dari kepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.


Ketiga: Pensyariatan Puasa

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185:

Maksudnya : Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.


PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN PARA SAHABAT 

Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah.

Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:

1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. 

2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
Maksudnya : Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawaNabi bersabda:
Maksudnya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat.
Firman Allah  dalam hadith qudsi:

ﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ ﻭﺃﺯﻳﺪ، ﻭﺍﻟﺴﻴﺌﺔ ﻭﺍﺣﺪﺓ ﻭﺃﻮﻫﺎ، ﻭﺍﻟﺼﻮﻡ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺮﻱ ﺑﻪ، ﺍﻟﺼﻮﻡ ﺟﻨﺔ ﻣﻦ ﻋﺬﺍﺏ               
ﷲ ﻛﻤﺠﻦ ﺍﻟﺴﻼﺡ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻴﻒ  

Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah,
Rasulullah  bersabda:

ﻟﺼﻴﺎﻡ ﻧﺼﻒ ﺍﻟﺼ، ﻭﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﺷﻲﺀ ﺯﻛﺎﺓ، ﻭﺯﻛﺎﺓ ﺍﺴﺪ ﺍﻟﺼﻴﺎﻡ

Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatumempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:

Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.

7. Hadith riwayat Ibn Majah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi εbersabda:

ﺻﻤﺖ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺗﺴﺒﻴﺢ ﻭﻧﻮﻣﻪ ﻋﺒﺎﺩﺓ ﻭﺩﻋﺎﺅﻩ ﻣﺴﺘﺠﺎﺏ ﻭﻋﻤﻠﻪ ﻣﻀﺎﻋﻒ 

Maksudnya : Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:

Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan: 
  
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.


PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA

Setiap ibadat sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain‐lain supaya ibadat tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t . Justeru jadilah ibadat sia‐sia disamping natijah taqwa yang terhasil daripada ibadat puasa tidak kesampaian. Di sini dikemukakan beberapa hadith yang menunjukkan cabaran dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah:

1. Hadith riwayat al‐Nasa`ie, Ibn Majah, daripada Abu Hurairah, Allah s.w.t. berfirman: Maksudnya: Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbukadia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa gembira dengan puasanya.

2. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah:
ﻛﻞ ﻋﻤﻞ ﺍﺑﻦ ﺁﺩﻡ ﻳﻀﺎﻋﻒ، ﺍﺴﻨﺔ ﺑﻌﺸﺮ ﺃﻣﺜﺎﺎ، ﺳﺒﻌﻤﺎﺋﺔ ﺿﻌﻒ ﺇ ﻣﺎ ﺷﺎﺀ ﺍﷲ:  ﻗﺎﻝ  ﺍﷲ:
ﺇﻻ ﺍﻟﺼﻮﻡ ﻓﺈﻧﻪ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺰﻱ ﺑﻪ، ﻳﺪﻉ ﺷﻬﻮﺗﻪ ﻭﻃﻌﺎﻣﻪ ﻣﻦ ﺃﺟﻠﻲ، ﻟﻠﺼﺎﺋﻢ  ﻓﺮﺣﺘﺎﻥ:  ﻓﺮﺣﺔ ﻋﻨﺪ 
ﻓﻄﺮﻩ ﻭﻓﺮﺣﺔ ﻋﻨﺪ ﻟﻘﺎﺀ ﺭﺑﻪ، ﻠﻮﻑ ﻓﻢ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺃﻃﻴﺐ ﻋﻨﺪ ﺍﷲ ﻣﻦ ﺭﻳﺢ ﺍﺴﻚ 
 
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Berdasarkan dua hadith di atas dapatlah disimpulkan beberapa pengajaran antaranya:
i. Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t.
ii. Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had.
iii. Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya.
iv. Puasa sebagai perisai.
v. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.
vi. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan.

Antara adab‐adab puasa ialah;
a. Tidak melakukan rafas iaitu mutlak maksiat atau lagha.
b. Tidak melakukan sakhab iaitu bertempik dan dikehendaki dengannya meninggalkan maksiat  begitu juga bercakap sia‐sia kecuali membaca al‐Quran dan zikir.
c. Berkata kepada musuhnya; sesungguhnya aku berpuasa. Untuk mengelakkan daripada tercemarnya maksud puasa dan dari mendapat natijah taqwa.

Hal ini berbetulan dengan sebuah hadith yang menggambarkan puasa kerana Allah yang layak dan berhak dibalas dengan kelebihan. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh al‐Tabarani, daripada Abu Hurairah dan lainnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

ﺇﻻ ﺍﻟﺼﻮﻡ، ﻭﺍﻟﺼﻮﻡ ﻭﺃﻧﺎ ﺃﺟﺰﻱ ﺑﻪ، ﻳﺪﻉ ﻃﻌﺎﻣﻪ ﻭﺷﺮﺍﺑﻪ ﻭﺷﻬﻮﺗﻪ ﻣﻦ ﺃﺟﻠ

Maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan beramal dengannya maka tiadalah bagi Allah keperluan dengan sebab beliau meninggalkan makan dan minumnya. 

Oleh kerana itu bagi menjadikan puasa yang sahih dan mendapat pahala hendaklah bermula dengan pembetulan nawaitu yang benar‐benar ikhlas selaras dengan firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Bayyinah, ayat 5:

Maksudnya: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali semata‐mata mengabdikan kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan bagi agamanya dan suci, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan yang demikian itu merupakan agama yang unggul.

Seterusnya mempelajari hukum fiqh al‐Siyam mengikut amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat supaya ianya benar‐benar menepati kehendak syarak sama ada yang membabitkan amalan sunat atau wajib. Begitu juga dengan adab dan etikanya. Justeru perkara seumpama ini bukanlah mustahil untuk mencapai hakikat puasa yang menatijahkan taqwa.


 PENUTUP

Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepada‐Nya tanpa memandang  kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.  
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjungperintah Allah s.w.t   dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah.

Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

RUJUKAN
1. Fiqh Manhaji, Dr. Mustafa al‐Khin, Dr. Mustafa al‐Bugha, Ali al‐Sarbaji. Cetakan Pertama Mei 2005. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
2. Fiqh al‐Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al‐Zuhaili. Dar al‐Fikr al‐Mu`asir.
3. Fi Zilal al‐Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub. Cetakan Pertama 2000M/ 1420H. Pustaka Aman Press Sd. Bhd.
4. Al‐Jami’ li Ahkam al‐Quran, Al‐Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin.
5. Lisan al‐`Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al‐Hadith.
6. Tuhfah al‐Kiram Syarh Bulugh al‐Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al‐Da`ie.
7. Terjemahan Bulugh al‐Maram, Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah. Cetakan Keempat, 2001. Thinkers Library
8. Ithaf Ahl al‐Islam Bikhususiyat al‐Siyam oleh Ibn Hajar al‐Haithami. Cetakan Pertama 1410H/ 1990M. Maktabah Toyyibah, Madinah al‐Munawwarah.

Rabu, 3 Ogos 2011

Huraian Al-Qur 'an Tentang Puasa (Bahagian 1) MARHABAN YA RAMADHAN


Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, kata "marhaban" diertikan sebagai "kata seru untuk menyambut atau menghormati tetamu (yang bererti selamat datang). "Ia sama dengan ahlan wa sahlan yang juga dalam kamus tersebut diertikan "selamat datang."
Walaupun kedua-duanya bererti "selamat datang" tetapi penggunaannya berbeza. Para ulama tidak menggunakan ahlan wa sahlan untuk menyambut datangnya bulan Ramadhan, melainkan "marhaban ya Ramadhan".
Ahlan terambil dari kata ahl yang bererti "keluarga", sedangkan sahlan berasal dari kata sahl yang bererti mudah. ​​Juga bererti "dataran rendah" kerana mudah dilalui, tidak seperti "jalan mendaki". Ahlan wa sahlan, adalah ungkapan selamat datang, yang dicelahnya terdapat kalimat tersirat iaitu, "(anda berada di tengah-tengah) keluarga dan (melangkahkan1 kaki di) dataran rendah yang mudah. ​​"
Marhaban diambil dari kata rahb yang bererti "luas" atau "lapang", sehingga marhaban menggambarkan bahawa tetamu disambut dan diterima dengan dada lapang, penuh kegembiraan serta dipersiapkan baginya ruang yang luas untuk melakukan apa saja yang diinginkannya. Dari akar kata yang sama dengan "marhaban", terbentuk kata rahbat yang antara lain bererti "ruangan luas untuk kenderaan, untuk mendapatkan pembaikan atau
keperluan pemandu guna melanjutkan perjalanan. "Marhaban ya Ramadhan bererti "Selamat datang Ramadhan" mengandung erti bahawa kita menyambutnya dengan lapang dada, penuh kegembiraan; tidak dengan merungut dan menganggap kehadirannya "mengganggu ketenangan" atau suasana nyaman kita.
Marhaban ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT.
Ada gunung yang tinggi yang harus ditelusuri untuk menemui-Nya, itulah nafsu. Di gunung itu ada lereng yang curam, belukar yang lebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak diteruskan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu, akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya, Allah SWT. Demikian lebih kurang perjalanan itu dilukiskan dalam buku Madarij As-Salikin.
Tentu kita perlu mempersiapkan bekal guna menelusuri jalan itu. Tahukah anda apakah bekalan itu? Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di lahan jiwa kita. Tekad yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara. Semoga kita berjaya, dan untuk itu mari kita buka lembaran Al-Quran mempelajari bagaimana tuntunannya .
PUASA MENURUT AL-QURAN
Al-Quran menggunakan kata puasa sebanyak lapan kali, kesemuanya dalam erti puasa menurut pengertian undang-undang syariat. Sekali Al-Quran juga menggunakan kata shaum, tetapi maknanya adalah menahan diri untuk tidak berbicara:
Sesungguhnya Aku bernazar puasa (shauman), maka hari ini aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun (QS Maryam [19]: 26).

Demikian ucapan Maryam a.s yang diajarkan oleh malaikat Jibril ketika ada yang mempersoalkan tentang kelahiran anaknya (Isa a.s). Kata ini juga terdapat masing-masing
sekali dalam bentuk perintah berpuasa di bulan Ramadhan, sekali dalam bentuk kata kerja yang menyatakan bahawa "berpuasa adalah baik untuk kamu ", dan sekali menunjuk kepada pelaku-pelaku puasa lelaki dan wanita, iaitu ash-shaimin wash- shaimat.
Kata-kata yang beraneka bentuk itu, kesemuanya diambil dari akar kata yang sama yakni sha-wa-ma yang dari segi bahasa maknanya berkisar pada "menahan" dan "berhenti atau" tidak bergerak ". Kuda yang berhenti berjalan dinamai faras shaim. Manusia yang berupaya menahan diri daripada satu aktiviti-apa pun aktiviti itu-dinamakan shaim (berpuasa).
Pengertian kebahasaan ini, disempitkan maknanya oleh undang-undang syariat, sehingga puasa hanya digunakan untuk "menahan diri dari makan, minum, dan upaya mengeluarkan sperma dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari ".
Kaum sufi, merujuk kepada hakikat dan tujuan puasa, menambahkan kegiatan yang harus dibatasi selama melakukan puasa. Ini merangkumi sekatan atas seluruh anggota tubuh bahkan hati dan fikiran dari melakukan segala macam dosa.
Betapa pun, puasa atau puasa-bagi manusia-pada hakikatnya adalah menahan atau mengendalikan diri. Kerana itu pula puasa dipersamakan dengan sikap sabar, baik dari segi pengertian bahasa (keduanya berarti menahan diri) mahupun esensi kesabaran dan puasa.
Hadis qudsi yang menyatakan antara lain bahawa, "Puasa untuk-Ku, dan Aku yang memberinya ganjaran "dipersamakan oleh banyak ulama dengan firman-Nya dalam surat Az-Zumar (39): 10.
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.
Orang sabar yang dimaksud di sini adalah orang yang berpuasa.
Ada beberapa macam puasa dalam pengertian syariat / hukum sebagaimana dibincangkan di atas.
1. Puasa wajib sebutan Ramadhan.
2. Puasa kaffarat, akibat pelanggaran, atau semacamnya.
3. Puasa sunnah.
Tulisan ini akan menghadkan huraian pada hal-hal yang berkisar
pada puasa bulan Ramadhan.
PUASA RAMADHAN
Huraian Al-Quran tentang puasa Ramadhan, ditemui dalam surat Al-Baqarah (2): 183, 184, 185, dan 187. Ini bererti bahawa puasa Ramadhan baru diwajibkan setelah Nabi saw. tiba di Madinah, kerana ulama Al-Quran sepakat bahawa surat A1-Baqarah turun di Madinah. Para sejarawan menyatakan bahawa kewajipan melaksanakan puasa Ramadhan ditetapkan Allah pada 10 Sya'ban tahun kedua Hijrah.
Apakah kewajipan itu langsung ditetapkan oleh Al-Quran selama sebulan penuh, atau berperingkat? Kalau melihat sikap Al-Quran yang seringkali melakukan penahapan dalam perintah- perintahnya, maka agaknya kewajipan berpuasa pun boleh dikatakan demikian. Ayat 184 yang menyatakan ayyaman ma'dudat (beberapa hari tertentu) dipahami oleh sementara ulama sebagai tiga hari dalam sebulan yang merupakan tahap awal dari kewajipan berpuasa. Hari-hari tersebut kemudian dilanjutkan dengan turunnya ayat 185:
Sesiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu (Ramadhan), maka hendaklah ia berpuasa (selama bulan itu), dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka wajib baginya berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan.
Pemahaman seperti ini menjadikan ayat-ayat puasa Ramadhan terputus-putus tidak menjadi satu kesatuan. Merujuk kepada ketiga ayat puasa Ramadhan sebagai satu kesatuan, penulis
lebih cenderung menyokong pendapat ulama yang menyatakan bahawa Al-Quran
mewajibkannya tanpa penahapan. Memang, tidak mustahil bahawa Nabi dan sahabatnya telah melakukan puasa sunnah sebelumnya. Namun itu bukan kewajipan dari Al-Quran, apatah lagi tidak ditemui satu ayat pun yang berbicara tentang puasa sunnah tertentu.
Huraian Al-Quran tentang kewajiban puasa di bulan Ramadhan, bermula dengan satu pendahuluan yang mendorong umat Islam untuk melaksanakannya dengan baik, tanpa sedikit kekesalan pun.
Perhatikan surah Al-Baqarah (2): 185. ia bermula dengan panggilan mesra, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa. "Di sini tidak dijelaskan siapa yang mewajibkan, belum juga dijelaskan berapa kewajipan puasa itu, tetapi terlebih dahulu dikemukakan bahawa, "sebagaimana diwajibkan terhadap umat-umat sebelum kamu. "Jika demikian, maka wajar pula jika umat Islam melaksanakannya, apalagi tujuan puasa tersebut adalah untuk kepentingan yang berpuasa sendiri yakni "supaya kamu bertakwa (terhindar dari siksa)."
Kemudian Al-Quran dalam surah A1-Baqarah (2): 186 menjelaskan bahawa kewajipan itu bukannya sepanjang tahun, tetapi hanya "beberapa hari tertentu," itu pun hanya diwajibkan bagi yang berada di kampung halaman tempat tinggalnya, dan dalam keadaan sihat, sehingga " sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan, " maka dia (boleh) tidak berpuasa dan menghitung berapa hari ia tidak berpuasa untuk digantikannya pada hari-hari yang lain.
"Sedang yang merasa sangat berat berpuasa, maka (sebagai gantinya) dia perlu membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. "Penjelasan di atas ditutup dengan pernyataan
bahawa "berpuasa adalah baik."
Setelah itu disusuli dengan penjelasan tentang keistimewaan bulan Ramadhan, dan dari sini datang perintah-Nya untuk berpuasa pada bulan tersebut, tetapi kembali diingatkan bahawa
orang yang sakit dan dalam perjalanan (boleh) tidak berpuasa dengan memberikan penegasan mengenai peraturan berpuasa sebagaimana disebut sebelumnya. Ayat tentang kewajipan puasa Ramadhan ditutup dengan "Allah menghendaki kemudah
an untuk kamu bukan kesulitan, "lalu diakhiri dengan perintah bertakbir dan bersyukur. Ayat 186 tidak bercakap tentang puasa, tetapi tentang doa. Penempatan huraian tentang doa atau penyisipannya dalam huraian Al-Quran tentang puasa tentu mempunyai rahsia tersendiri. Agaknya ia mengisyaratkan bahawa berdoa di bulan Ramadhan merupakan ibadah yang sangat dianjurkan, dan kerana itu ayat tersebut menegaskan bahawa "Allah dekat kepada hamba-hamba-Nya dan menerima doa siapa yang berdoa. "
Selanjutnya ayat 187 antara lain menyatakan keizinan melakukan hubungan seks di malam Ramadhan, di samping penjelasan tentang lamanya puasa yang harus dikerjakan, yakni dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Banyak maklumat dan tuntunan yang dapat dipetik dari ayat-ayat di atas berkaitan dengan undang-undang mahupun tujuan puasa. Ini akan dikemukan sedikit baik yang berkaitan dengan undang-undang mahupun hikmahnya, dengan menggariskan kata atau kalimat dari ayat-ayat puasa di atas.
BEBERAPA ASPEK HUKUM BERKAITAN DENGAN PUASA


a. Faman kana minkum maridha (Siapa di antara kamu yang menderita sakit)
Maridh bererti sakit. Penyakit dalam kaitannya dengan berpuasa secara garis kasar dapat dibahagi kepada  dua:
1. Pesakit tidak dapat berpuasa; dalam hal ini ia wajib berbuka dan,
2. Pesakit boleh berpuasa, tetapi dengan mendapat kesulitan atau kelewatan penyembuhan, maka ia dianjurkan tidak berpuasa.
Sebahagian ulama menyatakan bahawa penyakit apa pun yang dialami oleh seseorang, membolehkannya untuk berbuka. Ulama besar Ibnu Sirin, pernah ditemui makan di siang hari bukan Ramadhan, dengan alasan jari telunjuknya sakit. Betapa pun, harus dicatat, bahawa Al-Quran tidak memperinci persolan ini. Teks ayat merangkumi pemahaman Ibnu Sirin tersebut. Namun demikian agaknya kita dapat mengatakan bahawa Allah swt. sengaja memilih redaksi demikian, guna menyerahkan kepada nurani manusia masing-masing untuk menentukan sendiri apakah ia berpuasa atau tidak. Di sudut lain harus diingat bahawa orang yang tidak berpuasa dengan alasan sakit atau dalam perjalanan tetap harus menggantikan hari-hari ketika dia tidak berpuasa dalam kesempatan yang lain.
b. Aw'ala safarin (atau dalam perjalanan)
Ulama-ulama berbeza pendapat tentang bolehnya berbuka puasa bagi orang yang sedang musafir. Perbezaan tersebut berkaitan dengan jarak perjalanan. Secara umum dapat dikatakan bahawa jarak perjalanan tersebut sekitar 90 kilometer (  2 marhalah ), tetapi ada juga yang tidak menetapkan jarak tertentu, sehingga seberapa pun jarak yang ditempuh selama dinamakan safar atau perjalanan, maka hal itu merupakan izin untuk mendapatkan kemudahan (rukhsah).
Perbezaan lain berkaitan dengan 'illat (sebab) izin ini. Apakah kerana adanya unsur safar (perjalanan) atau unsur keletihan akibat perjalanan. Di sini, dipermasalahkan misalnya jarak antara Jakarta-Yogya yang ditempuh dengan pesawat kurang dari satu jam, serta tidak meletihkan, apakah ini boleh dijadikan alasan untuk berbuka atau meng-qasar solat atau tidak. Ini antara lain berpulang kepada tinjauan sebab izin ini.
Selanjutnya mereka juga memperselisihkan tujuan perjalanan yang membolehkan berbuka (demikian juga qasar dan menjamak solat). Apakah perjalanan tersebut harus bertujuan dalam kerangka ketaatan kepada Allah, misalnya perjalanan haji, silaturahmi, belajar, atau termasuk juga perjalanan perniagaan dan mubah (yang dibolehkan) seperti pelancongan dan sebagainya? Agaknya alasan yang memasukkan hal-hal di atas sebagai membolehkan berbuka, lebih kuat, kecuali jika perjalanan tersebut untuk perbuatan maksiat, maka tentu yang bersangkutan tidak memperoleh izin untuk berbuka dan atau menjamak solatnya. Bagaimana mungkin orang yang derhaka memperoleh rahmat kemudahan dari Allah swt. ?
Juga diperselisihkan apakah yang lebih utama bagi seorang musafir, berpuasa atau berbuka? Imam Malik dan Imam Syafie menilai bahawa berpuasa lebih utama dan lebih baik bagi yang mampu, tetapi sebahagian besar ulama bermazhab Maliki dan Syafie menilai bahawa hal ini sebaiknya diserahkan kepada masing-masing secara peribadi, dalam erti apa pun pilihannya, maka itulah yang lebih baik dan utama. Pendapat ini dikuatkan oleh sebuah riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim melalui Anas bin Malik yang menyatakan bahawa, "Kami berada dalam perjalanan di bulan Ramadhan, ada yang berpuasa dan ada pula yang tidak berpuasa. Nabi tidak mencela yang berpuasa, dan tidak juga (mereka) yang tidak berpuasa. "
Memang ada juga ulama yang beranggapan bahawa berpuasa lebih baik bagi orang yang mampu. Tetapi, sebaliknya, ada pula yang menilai bahawa berbuka lebih baik dengan alasan, ini adalah izin Allah. Tidak baik menolak izin dan seperti penegasan Al-Quran sendiri dalam konteks puasa, "Allah menghendaki kemudahan untuk kamu dan tidak menghendaki kesulitan. "


Bahkan ulama-ulama Zhahiriyah dan Syiah mewajibkan berbuka, antara lain berdasarkan firman-Nya dalam lanjutan ayat di atas, iaitu:
c. Fa 'iddatun min ayyamin ukhar (sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari lain).
Ulama keempat mazhab Sunnah memasukkan kalimat untuk meluruskan redaksi di atas, sehingga terjemahannya lebih kurang berbunyi, "Barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (dan ia tidak berpuasa), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari-hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. "
Kalimat "lalu ia tidak berpuasa" adalah sisipan yang oleh ulama perlu adanya, kerana terdapat sekian banyak hadis yang membolehkan berpuasa dalam perjalanan, sehingga kewajiban mengganti itu, hanya ditujukan kepada para musafir dan orang yang sakit tetapi tidak berpuasa.


Sisipan seperti ini ditolak oleh ulama Syi'ah dan Zhahiriyah, sehingga dengan demikian-buat mereka-menjadi wajib bagi orang yang sakit dan dalam perjalanan untuk tidak berpuasa, dan wajib pula menggantinya pada hari-hari yang lain seperti bunyi harfiah ayat di atas.
Apakah membayar puasa yang ditinggalkan itu harus berturut-turut? Ada sebuah hadis tetapi dinilai lemah yang menyatakan demikian. Tetapi ada riwayat lain melalui Aisyah r.a. yang memaklumkan bahawa memang awalnya ada kata pada ayat puasa yang berbunyi mutatabi'at, yang maksudnya memerintahkan penggantian (qadha ') itu harus dilakukan bersinambung tanpa sehari pun berbuka sampai selesainya jumlah yang diwajibkan. Tetapi kata mutatabi'at dalam fa 'iddatun min ayyamin ukhar mutatabi'at yang bererti berurut atau bersinambung itu, kemudian dihapuskan oleh Allah SWT. Sehingga akhirnya ayat tersebut tanpa kata ini, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Mushaf sekarang.
Meng-qadha '(mengganti) puasa, apakah harus segera, dalam erti harus dilakukannya pada awal Syawal, atau boleh ditangguhkan sampai sebelum datangnya Ramadhan ini? Hanya segelintir kecil ulama yang mengharuskan secepat mungkin, namun biasanya tidak memerlukan ketergesaan itu, walaupun diakui bahawa semakin cepat semakin baik. 



Khamis, 28 Julai 2011

RABIATUL ADAWIYAH

.........pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang dalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...