Sabtu, 23 Februari 2013

TENTERA NAMRUD VS NYAMUK

TENTERA NAMRUD VS NYAMUK
Gambar hiasan
Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan ALLAH SWT dengan tentera nyamuk.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” 
(Al-Muddatsir: 31)

Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada ALLAH SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.

Kemudian nyamuk bertanya:
“Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?”
ALLAH berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, ALLAH memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian ALLAH berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu ALLAH memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang ALLAH SWT. ALLAH tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran ALLAH SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai ALLAH SWT.


TANDA-TANDA KIAMAT MENGIKUT HADIS

TANDA-TANDA KIAMAT MENGIKUT HADIS
Gambar hiasan
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: ”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina merajalela.
”Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamatakan datang.” 
– Sahih Muslim

3. Bemaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Banyak orang soleh meninggal dunia.
”Tidak akan datang hari kiamat sehingga ALLAH mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
 – Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya saja.
”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
“Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” 
- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

10. Bulan sabit kelihatan besar.
”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapak-bapak kamu sebelumnya, mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim

Wallahua'lam

SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM

SUATU CERITA OLEH SHEIKH ALI AL-TANTAWI HAKIM TANAH SYAM
Syeikh Ali Tontowi, Hakim Di Tanah Syam (Syria)
Dalam cerita yang diceritakan oleh Sheikh Ali al-Tantawi ... Sheikh mengatakan:
Aku adalah seorang hakim di tanah Syam, dan suatu malam ketika aku berkumpul bersama kawan-kawanku di salah sebuah rumah mereka, tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan lemas, aku meminta izin untuk pulang awal tetapi mereka meminta aku untuk pulang bersama mereka, aku cuba bertahan tapi aku tidak mampu, lalu aku meminta izin untuk hanya bersia-siar mengambil udara segar.

Ketika aku berjalan bersendirian di dalam kegelapan malam itu tiba aku mendengar suara mendayu-dayu datang dari sebalik bukit, aku pergi melihat dan mendapati seorang wanita menangis dan mengadu kesengsaraan yang beliau hadapi.

Aku mendekati wanita itu dan bertanya : (Apa yang membuatkan anda menangis, wahai saudari). Beliau berkata : (Suami saya adalah seorang lelaki yang kejam dan tidak adil, beliau telah menghalang saya keluar dari rumah dan mengambil anak-anak saya dan beliau telah bersumpah tidak akan membenarkan saya berjumpa dengan mereka walau dalam masa sehari)

Aku berkata kepada wanita itu : (Mengapa tidak diadukan kepada hakim?)
Air mata wanita itu turun dengan lebat Sambil berkata : (Bagaimana seorang wanita seperti saya mampu berjumpa dengan hakim?)

Syeikh terus menangis sambil berkata : (Sedarkah wanita ini bahawa ketika beliau berkata sebegini ALLAH telah datangkan sendiri hakim - dirinya syeikh sendiri- kepada beliau).

Maha Suci Pengatur Segala Urusan, yang mengaturkan dirinya untuk keluar dalam kegelapan malam untuk berjumpa dan bertanya sendiri dengan orang-orang yang memerlukan beliau.

Doa apakah yang diungkapkan oleh wanita ini sehingga dimakbulkan oleh ALLAH  sebegini cepat dan dengan cara ini.

Oleh itu bagi mereka yang berasa sengsara kerana masalah dan berfikir dunia telah gelap gelita maka angkatlah tangan anda ke langit dan mohonlah kepada ALLAH,  bagaimana ALLAH  selesaikan masalah itu jangan ditanya, tetapi mohonlah dengan hati yang rendah kepada tuhan yang Maha Mendengar doa si semut hitam, di atas batu hitam, dan di dalam kegelapan malam.

Yakinlah bahawa ada sesuatu yang menunggu anda selepas dari kesabaran itu, sehingga membuatkan anda terlupa akan kesengsaraan yang anda hadapi sebelum ini.

http://mahatera.blogspot.com/

KELUARLAH KAMU DENGAN NIQABMU DENGAN SENANG HATI AKU PASTI MEMBELAMU...


KELUARLAH KAMU DENGAN NIQABMU DENGAN SENANG HATI AKU PASTI MEMBELAMU...

Rashid Nikaz
Tahukah anda siapa lelaki ini ?!

Lelaki ini adalah seorang jutawan yang berani lagi pemurah, Rashid Nikaz berasal dari Algeria yang meletakkan jutaan euro wang beliau sendiri sebagai aset untuk membayar segala denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa Perancis pada setiap gadis Muslimah yang memakai niqab/purdah.

Sejak bermulanya perlaksanaan undang-undang melarang pemakaian purdah, Rasheed Nikaz telah menghantar surat kepada semua balai polis di Perancis bahawa beliau dengan sukahatinya membayar segala denda yang dikenakan pihak polis terhadap wanita muslimah yang melanggar undang-undang tersebut dan segera melepaskan mereka.

Beliau dengan jelasnya menyebut kepada wanita-wanita yang berpurdah " Keluarlah kamu dengan pakaian niqab/ purdahmu dengan senang hati, dan aku pasti akan membela/membantu kamu!!"

Semoga ALLAH menerima amalan beliau dan diberi ganjaran yang besar di sisi ALLAH.


http://mahatera.blogspot.com/

MISTERI UMUR 40 TAHUN MENURUT AL-QURAN


MISTERI UMUR 40 TAHUN MENURUT AL-QURAN
Gambar hiasan
Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari “Jurnal perubatan Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur atau hujung 40-an.

Penyelidik mengatakan bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga kemungkinkan kecil untuk dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah dilaporkan dalam satu penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta setiap tiga atau empat tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting kerana membuktikan ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika digunakan ketika muncul gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.

Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi kongnitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut boleh berlaku pada pertengahan usia.

Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.

Maha suci ALLAH! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.

ALLAH swt berfirman:
“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “
(Surah Al-Ahqaaf: 15)

http://mahatera.blogspot.com/

Jumaat, 22 Februari 2013

Cahaya Muka Nabi Muhammad

Cahaya Muka Nabi Muhammad
Gambar hiasan aje
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi terpadam.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.


Norziati Mohd Rosman

Rabu, 20 Februari 2013

Teladan 39 - Tsabit bin Ibrahim dengan sebiji epal

Teladan 39 - Tsabit bin Ibrahim dengan sebiji epal
Gambar hiasan
Pada suatu hari, Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggir kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji buah epal jatuh ke luar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum di atas tanah itu, maka terliurlah Tsabit. Lebih-lebih lagi pada hari yang panas terik dan rasa lapar serta haus. Maka tanpa berpikir panjang dia mengambil epal itu dan memakannya. Akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah epal itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu untuk menemui pemiliknya agar menghalalkan buah apel yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki.

“Aku sudah memakan setengah dari buah epal ini. Aku berharap kamu boleh menghalalkannya,” kata Tsabit kepada lelaki itu.

“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku hanya pekerjanya yang ditugaskan merawat dan menguruskan kebunnya,” jawab orang itu.

“Di mana rumah pemiliknya? Aku mahu menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah kumakan ini,” Tsabit berkata lagi dengan nada menyesal.

“Apabila engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam,” kata lelaki itu.

“Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana makan tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita bahawa: ‘Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka’,” kata Tsabit yang bertekad untuk menemui si pemilik kebun itu.

Apabila Tsabit tiba dirumah pemilik kebun itu, dia mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan.

“Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu sudikah tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan?”

Lelaki tua yang ada di hadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata. “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.”

Tsabit merasa khuatir dengan syarat itu kerana takutd ia tidak boleh memenuhinya.
“Apakah syaratnya tuan?” Tsabit bertanya.

“Engkau harus mengawini putriku!” segera ia bertanya orang itu menjawab.

Tsabit tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu. “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang jatuh ke luar dari kebunmu, maka aku harus mengahwini putrimu?” dia bertanya dengan hairan.

Tetapi pemilik kebun itu tidak melayan kata-kata Tsabit. “Sebelum bernikah, engkau harus mengetahui dulu kekurangan anakku ini. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang gadis yang lumpuh!” kata lelaki itu sekadar menambah kegusaran Tsabit.

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir, apakah perempuan seperti itu patut menjadi isterinya hanya kerana memakan setengah buah epal tanpa keizinan pemiliknya?

“Selain syarat itu, aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan,” tambah pemilik kebun itu lagi.

Kemudian, Tsabit menjawab dengan tenang. “Baiklah, aku terima pinangan ini dan berkahwin dengan anakmu. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan ALLAH Rabbul 'Alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya karena aku amat berharap ALLAH selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi ALLAH Ta'ala.”

Kemudian, pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu membawa dua orang sebagai saksi akad nikah mereka. Sesudah itu, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk bilik pengantin, dia berfikir untuk mengucapkan salam biarpun dia tahu isterinya tuli dan bisu. Dia tahu kerana Malaikat yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu.

Apabila dia mengucapkan salam, Tsabit terkejut kerana wanita telah menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit mengulurkan tangan menghampiri wanita itu, sekali lagi Tsabit terkejut kerana itu menyambut huluran tangannya.

Dalam hatinya, Tsabit berkata, “Kata ayahnya, dia wanita tuli dan bisu tetapi dia boleh menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian wanita yang di hadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula,” Tsabit berfikir mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan kenyataan yang sebenarnya.

Setelah itu Tsabit duduk di samping isterinya. “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” dia bertanya.

“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan ALLAH,” jawab isterinya.

“Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli. Mengapa?” Tsabit bertanya lagi.
“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha ALLAH. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya.

Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya mengunakan lidahku untuk menyebut nama ALLAH saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh mendatangkan kegusaran ALLAH.”

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat saleh dan wanita yang akan memelihara dirinya dan melindungi hak-haknya sebagai suami dengan baik.

“Ketika kulihat wajahnya, Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap,” kata Tsabit yang berbangga tentang isterinya.

Tsabit dan isterinya hidup aman dan bahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurnai seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke penjuru dunia. Itulah Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

Norziati binti Mohd Rosman
http://kisahseributeladan.blogspot.com

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...