Khamis, 13 Februari 2014

Roh Orang Mati Bertemu Antara Satu Sama Lain

Roh Orang Mati Bertemu Antara Satu Sama Lain
Gambar hiasan
Roh orang mati yang berada di dalam kubur akan merasai keadaan yang berbeza. Roh yang baik akan merasai kenikmatan dan bebas untuk bertemu antara satu sama lain, tanpa ada halangan dan bantahan. Mereka akan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Mereka juga akan mengingati setiap perbuatan dan amalan yang dilakukan di dunia. Roh ini juga bertanya sesama mereka tentang keadaan penghuni dunia. Roh ini berada di sisi temannya dan berada pada tingkatan yang sama. Berbeza dengan roh yang diseksa. Roh ini sibuk dengan kesiksaan yang dirasainya, dan tidak teringat untuk bertemu atau menziarahi antara satu sama lain. 

Adakah  Roh Nabi saw akan Bersama Kita?

Daripada Masruq katanya, para sahabat  bersedih apabila mengenangkan jika Rasulullah saw meninggalkan mereka di dunia ini. Mereka tidak mahu berpisah dengan Baginda. di akhirat kelak mereka juga tidak dapat bersama dengan nabi saw kerana sudah pasti Baginda berada pada tingkatan yang paling tinggi dan para sahabat berada pada tingkatan bawah. Pada waktu itu sahabat tidak lagi boleh bertemu dan mereka sangat sedih. 

Apabila Rasulullah saw mendengar rintihan para sahabat, maka turunlah ayat ini. Firman Allah SWT ertinya: 

"Sesiapa yang mentaati Allah dan rasul, maka mereka itu akan berada bersama-sama dengan orang-orang yang dikurniakan ke atas mereka dari golongan para nabi, para ahli kebenaran, orang-orang yang syahid dan orang-orang yang soleh, dan adalah mereka itu sebagai teman-teman yang baik-baik". (Surah an-Nisa':69)

Keadaan ini juga berlaku kepada seorang Ansor dari kalangan sahabat nabi bertemu dengan baginda dalam keadaan menangis. Dia menangis mengenangkan dirinya. Beliau berkata:" Wahai nabi Allah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan segala harta bendaku. Aku sentiasa mengingatimu walaupun aku bersama dengan keluargaku. Aku teringat bagaimana keadaaan selepas kewafatanmu, aku yakin kita tidak akan bertemu lagi setelah kita berpisah di dunia ini. di akhirat nanti engkau akan berada pada tingkatan para nabi, sedangkan aku berada di tempat yang lebih rendah. Mendengar kata-kata sahabat daripada Ansor itu, maka Rasulullah saw terdiam seketika. Maka turunlah ayat surah al-fajr ayat 27-30 yang bermaksud: 

"Wahai jiwa yang tenang tenteram. Kembalilah kepada TuahnMu dengan keadaan redha meredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, masuklah ke dalam Syurgaku".

Berdasarkan kepada firman Allah SWT ini, nyatalah kepada kita bahawa di akhirat nanti sekiranya roh kita adalah roh yang baik, maka roh kita akan bersama -sama dengan roh para nabi, para solihin, pembela kebenaran, para Syuhada'. Inilah janji Allah yang pasti pada hari akhirat kelak. Betapa seronok dan gembiranya kita apabila kita dapat bertemu semula dengan ibu kesayangan kita, ayah yang kita sangat kasihi, adik beradik kita yang dicintai di akhirat setelah kita berpisah di dunia. Titik pertemuan kita ini akan kekal selama-lamanya dan tidak akan berpisah lagi buat selama-lamanya. Khabarkanlah berita gembira ini buat anak-anak kita yang sering bermanja dengan kita sehingga tidak sanggup berpisah di dunia. Namun sebenarnya kita diberi peluang untuk bertemu semula di akhirat kelak, dengan syarat taatlah segala perintah dan ajaran Allah dan rasulNya. Apa yang lebih menggembirakan kita lagi, bukan sahaja kita dapat bertemu dengan mereka ini, tetapi dapat bersama-sama dengan roh para nabi, golongan yang benar, para syuhada' dan orang-orang yang solih.

* Kuliah Agama di Taman Sri Siantan Klang Selangor pada 28 Februari 2012
Dicatat oleh Mohd Afendi Mat Rani

http://drafendi.blogspot.com/2012/02/roh-orang-mati-bertemu-antar-satu-sama.html

Isnin, 10 Februari 2014

PESANAN ULAMAK YANG MENINGGALKAN KESAN

Chechen_Mujahideen
1. SIBUKANLAH DIRImu dalam usaha agama ;jika tidak kamu akan sibuk tapi bukan dalam agama.
2. GUNAKAN WAKTUmu untuk agama; jika tidak waktmu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3. GUNAKANLAH HARTAmu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4. MATILAH KAMU dalam agama ; jika tidak kamu akan mati tapi bukan untuk agama.

(Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan rahmatullah’alaih)

Ahad, 9 Februari 2014

IMAM ABU HANIFAH DAN TEROMPAH KAYU

Gambar hiasan
Al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tibaternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu,Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”

Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini… 

Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.

sOLaT KiTa...BaGaiMaNa....??

Gambar Hiasan
DIRIWAYATKAN pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.

Bagaimanapun, sebagai manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.

Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim Al-Assam lalu bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?” Lalu dijawab Hatim: “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: “Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?” 

Dijawab oleh Hatim: “Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak berharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki.” 

Seterusnya, Hatim berkata: “Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku dan malaikat maut di belakangku “Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.“Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun,” katanya.

Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim.

Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan saja perlu meninggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan yang diucapkan.

Wallahua'lam

HaRtA TeMan Dan PeNgaWaL


HARTA yang PALING MENGUNTUNGKAN ialah SABAR.
TEMAN yang PALING AKRAB adalah AMAL.
PENGAWAL PERIBADI yang PALING WASPADA ialah DIAM.
BAHASA yang PALING MANIS adalah SENYUM.
dan....
IBADAH yang PALING INDAH ialah KHUSYUK

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...