Ahad, 2 November 2014

Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

Cicit Rasulullah saw
1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Di manakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
 Khadijah – isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

Bahagian II

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)

6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj.

https://irwan007.wordpress.com/2010/11/01/soalan-tentang-nabi-muhammad-saw/

24 perkara JANGAN dilakukan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1. JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 
2. JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 
3. JANGAN makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
5. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 
6. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang. dimakan adalah dari muntah syaitan. 
7. JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. 
8. JANGAN pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
9. JANGAN biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
10. JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 
11. JANGAN menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
12. JANGAN ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
13. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.. 
14. JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 
15. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. JANGAN banyak ketawa nanti mati jiwa. 
17. JANGAN biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita. 
18. JJANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t. 
19. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 
20. JANGAN duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
21. JANGAN merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 
22. JANGAN lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 
23. JANGAN memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA. 
24. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. 

Wallahuallam.

https://irwan007.wordpress.com/24-perkara-jangan-dilakukan/

Rabu, 29 Oktober 2014

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Gambar hiasan

Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat. Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.
Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar!

Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak di sembah".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan , akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia".

Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami.......... sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata:
"Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa- apa".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".

Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul
Rasulullah".

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!...... ayahku sedang sakit........ kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah. Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.

Tiba-tiba bangun Abu Bakar menghalang Akasyah sambil berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku.......aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan.

Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad.
Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan....... tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata:"Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.

"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik........ Datuk kami sedang sakit........ pukullah kami wahai pak cik..... sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata: "Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah.

Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".
Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah
berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada kamu".

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk di pukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke arah lain..... dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:

"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku..... maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu....... kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.


MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA PADA KASIH KITA PADA NABI MUHAMMAD SAW...AMIN

Selasa, 21 Oktober 2014

ISU MENYENTUH ANJING

Ini Kucing ..ok
ISU ANJING BAHAGIAN  1: DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

SAYA DITANYA TENTANG PROGRAM MENYENTUH ANJING.  SAYA LEBIH SUKA DENGAN PROGRAM MENGENALI DAN MEMAHAMI ISLAM SEBAB IA AMAT DIPERLUKAN DALAM SUASANA JEREBU KEJAHILAN YANG MELANDA UMAT HARI INI TERMASUK BERHUBUNG ISU ANJING.

SEKADAR SENTUH AL QURAN MEMANG TIDAK MENCUKUPI. SEBAGAI SEORANG SAINS APABILA DISEBUT ANJING TERINGAT SAYA TENTANG RABIES ATAU PENYAKIT ANJING GILA. IA MENYERANG OTAK DAN BOLEH MEMBAWA MAUT. IA DISEBABKAN GIGITAN HAIWAN YANG MENGANDUNGI VIRUS KHUSUS.

PULUHAN RIBU MATI SETIAP TAHUN KESAN DARIPADANYA TERUTAMA DI ASIA DAN AFRIKA. WHO MELAPORKAN GIGITAN ANJING MENJADI PENYEBAB UTAMANYA DAN DI AMERIKA SAHAJA 4.5 JUTA ORANG DIGIGIT ANJING SETIAP TAHUN (CDC). TETAPI INI SEMUA FAKTA SAMPINGAN SEBAB DALAM ISLAM NAS DALILLAH  YANG LEBIH UTAMA.


ISU ANJING BAHAGIAN 2 : JAWAPAN DR DANIAL

Saya pernah ditanya non Muslim mengapa di tempat mereka orang Islam apabila melihat anjing terus mengambil batu dan membaling anjing itu. MUNGKIN ia terhasil kerana cara mereka belajar agama.  Ditekankan bahawa ia najis MUGHALLAZAH. Najis berat. Amat kotor.  Di kelas saya berhubung bab ini ada aspek lain yang saya ajar yang diambil dari Al Quran dan Sunnah, bukan sekadar kitab Fekah. Iaitu anjing adalah makhluk Allah yang TIDAK BOLEH dizalimi, disakiti. Sebaliknya dibelas kasihani. Bacalah kisah Ashabul Kahfi dalam Al Quran. Mereka insan mulia dan mereka ditemani seekor anjing, bukan sebagai pet, tetapi utk membantu mereka dalam perjuangan (al-Kahfi : 18). 

Dalam HADITH BUKHARI disebutkan tentang seorang PELACUR yang diampuni dosa kerana menolong anjing. 

Imam Bukhari juga meriwayatkan kisah sebahagian sahabat Nabi yg memanfaatkan anjing untuk berburu. 

Semua ini adalah DALIL bahawa umat Islam bukan golongan anti anjing.  DALIL bahawa anjing adalah makhluk Allah yg perlu dibelaskasihani.  DALIL bahawa anjing boleh dibela untuk tugas perburuan,  penjagaan keselamatan dan sebagainya. Ia BUKAN DALIL untuk jadikan anjing sebagai PET. BUKAN DALIL untuk seronok-seronok menyentuh dan membelai anjing. 

KERANA.... UMAT ISLAM ADALAH UMAT IBADAH BERBEZA DENGAN GOLONGAN LAIN. KERANA untuk beribadah kebersihan mesti dijaga dan Hadis Bukhari menyebut air liur anjing adalah najis yang wajib disamak, berbeza dgn golongan lain.  

KERANA ….UMAT ISLAM MEMPUNYAI KEUTAMAAN DALAM HIDUP, BERBEZA DENGAN ORANG LAIN. 
Apabila umat FAHAM dan FAHAM itu mengikut garis panduan agama, dia akan selamat dan tidak terbabas. FAHAM yang betul akan melahirkan tindakan yang betul.  

ISU ANJING BAHAGIAN TERAKHIR : JAWAPAN DR DANIAL 

Apa yang telah orang barat lakukan kepada anjing mereka? Atau, apa yang telah anjing lakukan kepada orang barat? 

PSYCHOLOGY TODAY, Aug 2013 melaporkan satu kajian di barat, jika mereka terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan manusia yang tidak dikenali atau anjing / pet mereka, 40% memilih untuk menyelamatkan anjing / pet.. Begitulah 'kuasa' pet.  

TIME.COM 2012 melaporkan 1 juta ekor anjing dilantik tuannya menjadi penerima utama harta pusaka  di USA. Ya anjing bisa 'menghantui' jiwa manusia sehingga menjadikannya lebih penting berbanding manusia.  

CBSNEWS Mac 2014 melaporkan rakyat Amerika membelanjakan $56 bilion setahun terutama untuk anjing dan kucing. Ini bermakna jika World Bank melaporkan pada tahun 2011, terdapat 1 bilion manusia miskin di dunia yang hanya mampu membelanjakan $1.25 (RM4) setiap hari, anjing di USA hidup lebih mewah berbanding mereka ini.   
  
THE TELEGRAPH Dec 2010 melaporkan ibu bapa di USA berbelanja lebih untuk anjing berbanding anak-anak mereka. 
  
APABILA UMAT MERENUNGI HAL INI DIA AKAN MENGINSAFI BETAPA AJARAN ISLAM BEGITU INDAH DENGAN MELETAKKAN SEMUA PERKARA PADA PERSPEKTIF SERTA LANDASANNYA YANG BETUL. 

Perlu diingat batas bukan hanya ada di sawah dan bendang. Ia juga wujud dalam kehidupan. Batas yang terbaik adalah batas yang mengikut ukuran Allah. Ya, Allah yang telah meletakkan BATAS perisai 'Van-Allen' di langit dunia  yang dengannya menyelamatkan bumi dari cahaya radiasi yang berbahaya.  Batas Allah-lah yang hendak kita ikut. DIA penyelamat. 

Dr.Danial 

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA

Disiarkan pada August 22, 2013- Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hariraya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. 

Firman Allah: (maksudnya),

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya),

“dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” 
(Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya),

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya” 
(Surah al-Maidah, ayat 4).

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Memegang Anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis :

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Memelihara Anjing Dalam Rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w:
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

http://drmaza.com/home/?p=2449

PEDOMAN HIDUP - 15 Kata-Kata Hikmah Imam Malik

  • Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak meninggalkan kata-kata hikmah atau nasihat yang baik dijadikan panduan dan pedoman hidup.
  1.  Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang bertaqwa dan khusyuk.
  2. Apabila seseorang itu zuhud, Allah akan beri nikmat padanya.
  3. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak  antara dua perkara, ambillah yang mana lebih meyakinkan.
  4. Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dirinya dahulu ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat darinya.
  5. Perumpamaan orang munafik yang berada dalam masjid itu seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila sangkar terbuka, maka mereka berebut-rebut keluar.
  6. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti apa yang ditanya pada nabi.
  7. Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah kebijaksanaannya.
  8. Orang yang menuntut ilmu agama pastilah warak, bersikap tenang dan bertaqwa.
  9. Seorang yang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya menjadikan ilmu itu hina.
  10. Apabila kamu ditanya sesuatu perkara, kamu perlu perhalusi dan teliti pendapat kamu dengan pelbagai pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.
  11. Allah tidak kasih kepada hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang berilmu.
  12. Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya hanya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kurangkanlah bercakap.
  13.  Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik pada dirinya sendiri, maka dia pun tidak baik di sisi manusia.
  14. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya arif dalam sesuatu perkara sedangkan orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu. 

http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2013/09/15-kata-kata-hikmah-imam-malik.html

Hukum Meraikan Perayaan Kaum Bukan Islam

Gambar hiasan sahaja
Soalan: 
Bolehlah kita mengucapkan ucapan raya kepada non-muslim dalam konteks persahabatan. Saya ingin bertanya, jika ucapan seperti di bawah adakah dibenarkan?

" Grace...merry christmas "
" Chong..gong xi fa chai "
" Thiru...happy deepavali "

Saya bertanya demikian kerana mendapat satu mesej daripada kawan yang menyatakan mengucapkan merry christmas adalah haram kerana yang bermaksud sejahtera ke atas tuhan jesus. Tetapi saya tidak pasti kesahihannya.

Mungkin ada ucapan lain yang sesuai untuk diucapkan yang tidak menyalahi akidah. Harap halaqian dapat membantu. Terima kasih

Jawapan:
Perkataan Ibnul Qayyim dalam Ahkam Ahlu Dzimmah:

”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan sejenisnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat daripada kekafiran, namun dia tidak akan terlepas daripada perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini kepada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat sejenis ini lebih dibenci oleh Allah dibandingkan seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.

Ramai orang yang kurang faham agama terjatuh di dalam hal tersebut. Orang-orang seperti ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka lakukan. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”

[Ahkam Ahli Dzimmah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/441, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, tahun 1418 H]

Baca detil di sini
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/12/jawapan-kepada-fatawa-al-qaradawi.html

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...