Gambar hiasan |
Kisah ini berlaku pada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda
wafat. Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan
baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu
hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.
Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal
memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah
masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada
kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, "
Benar!
Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. adalah Tuhan yang layak di sembah".
Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya
aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata
lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan , akan dibenarkan oleh semua
para sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat
agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan
pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala
urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah
di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin
selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan
ada hutang dengan manusia".
Ketika itu semua sahabat diam.............sedang dalam hati
masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan
kami.......... sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".
Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah. lalu dia berkata:
"Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini.
Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan
hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa- apa".
Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai
Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi
ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan
cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang
kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku
berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".
Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau
dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".
Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau
begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang
demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah....
"Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah
Baginda sedang sakit!"
Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W.
meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal meminta
cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai
Bilal?".
Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan
digunakan oleh Akasyah untuk memukul
Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa
Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!...... ayahku sedang sakit........ kalau
nak pukul, pukullah aku ini anaknya".
Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara
mereka berdua".
Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan
kepada Akasyah. Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju
mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu Bakar menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah
aku.......aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W.
sampaikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul,
maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu
wahai Abu Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan......lalu bangun pula Umar
menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! kalau engkau hendak pukul,
pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan
aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad.
Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku
dulu....".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu
wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan....... tiba-tiba bangun pula
Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata:"Akasyah!
pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".
Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W: "Duduklah kamu
wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan......tiba-tiba tanpa disangka,
bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. iaitu Hassan dan Husin.
Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik........
Datuk kami sedang sakit........ pukullah kami wahai pak cik..... sesungguhnya kami
ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".
Lalu Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu
kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah
berkata: "Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk
di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".
Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda
meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada
sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah
berkata lagi: "Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak
memakai baju, Ya Rasulullah".
Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka
baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul
batu terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan
kelaparan.
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai Akasyah!
bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".
Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula
untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk di pukulkan ke tubuh
Rasulullah S.A.W.
Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu
juga dia membalingkan cemeti ke arah lain..... dan sambil itu juga dia terus
memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah
berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku..... maafkanlah
aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja
aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu....... kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya
Rasulullah".
Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata: "Wahai
sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah
kepada Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat menghalang titisan air mata yang
mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai
memeluk Rasulullah S.A.W.
MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT
MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA PADA KASIH KITA PADA NABI MUHAMMAD SAW...AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan