SAYA DITANYA TENTANG PROGRAM MENYENTUH ANJING. SAYA LEBIH SUKA DENGAN PROGRAM MENGENALI DAN MEMAHAMI ISLAM SEBAB IA AMAT DIPERLUKAN DALAM SUASANA JEREBU KEJAHILAN YANG MELANDA UMAT HARI INI TERMASUK BERHUBUNG ISU ANJING.
SEKADAR SENTUH AL QURAN MEMANG TIDAK MENCUKUPI. SEBAGAI SEORANG SAINS APABILA DISEBUT ANJING TERINGAT SAYA TENTANG RABIES ATAU PENYAKIT ANJING GILA. IA MENYERANG OTAK DAN BOLEH MEMBAWA MAUT. IA DISEBABKAN GIGITAN HAIWAN YANG MENGANDUNGI VIRUS KHUSUS.
PULUHAN RIBU MATI SETIAP TAHUN KESAN DARIPADANYA TERUTAMA DI ASIA DAN AFRIKA. WHO MELAPORKAN GIGITAN ANJING MENJADI PENYEBAB UTAMANYA DAN DI AMERIKA SAHAJA 4.5 JUTA ORANG DIGIGIT ANJING SETIAP TAHUN (CDC). TETAPI INI SEMUA FAKTA SAMPINGAN SEBAB DALAM ISLAM NAS DALILLAH YANG LEBIH UTAMA.
ISU ANJING BAHAGIAN 2 : JAWAPAN DR DANIAL
Saya pernah ditanya non Muslim mengapa di tempat mereka orang Islam apabila melihat anjing terus mengambil batu dan membaling anjing itu. MUNGKIN ia terhasil kerana cara mereka belajar agama. Ditekankan bahawa ia najis MUGHALLAZAH. Najis berat. Amat kotor. Di kelas saya berhubung bab ini ada aspek lain yang saya ajar yang diambil dari Al Quran dan Sunnah, bukan sekadar kitab Fekah. Iaitu anjing adalah makhluk Allah yang TIDAK BOLEH dizalimi, disakiti. Sebaliknya dibelas kasihani. Bacalah kisah Ashabul Kahfi dalam Al Quran. Mereka insan mulia dan mereka ditemani seekor anjing, bukan sebagai pet, tetapi utk membantu mereka dalam perjuangan (al-Kahfi : 18).
Dalam HADITH BUKHARI disebutkan tentang seorang PELACUR yang diampuni dosa kerana menolong anjing.
Imam Bukhari juga meriwayatkan kisah sebahagian sahabat Nabi yg memanfaatkan anjing untuk berburu.
Semua ini adalah DALIL bahawa umat Islam bukan golongan anti anjing. DALIL bahawa anjing adalah makhluk Allah yg perlu dibelaskasihani. DALIL bahawa anjing boleh dibela untuk tugas perburuan, penjagaan keselamatan dan sebagainya. Ia BUKAN DALIL untuk jadikan anjing sebagai PET. BUKAN DALIL untuk seronok-seronok menyentuh dan membelai anjing.
KERANA.... UMAT ISLAM ADALAH UMAT IBADAH BERBEZA DENGAN GOLONGAN LAIN. KERANA untuk beribadah kebersihan mesti dijaga dan Hadis Bukhari menyebut air liur anjing adalah najis yang wajib disamak, berbeza dgn golongan lain.
KERANA ….UMAT ISLAM MEMPUNYAI KEUTAMAAN DALAM HIDUP, BERBEZA DENGAN ORANG LAIN.
Apabila umat FAHAM dan FAHAM itu mengikut garis panduan agama, dia akan selamat dan tidak terbabas. FAHAM yang betul akan melahirkan tindakan yang betul.
ISU ANJING BAHAGIAN TERAKHIR : JAWAPAN DR DANIAL
Apa yang telah orang barat lakukan kepada anjing mereka? Atau, apa yang telah anjing lakukan kepada orang barat?
PSYCHOLOGY TODAY, Aug 2013 melaporkan satu kajian di barat, jika mereka terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan manusia yang tidak dikenali atau anjing / pet mereka, 40% memilih untuk menyelamatkan anjing / pet.. Begitulah 'kuasa' pet.
TIME.COM 2012 melaporkan 1 juta ekor anjing dilantik tuannya menjadi penerima utama harta pusaka di USA. Ya anjing bisa 'menghantui' jiwa manusia sehingga menjadikannya lebih penting berbanding manusia.
CBSNEWS Mac 2014 melaporkan rakyat Amerika membelanjakan $56 bilion setahun terutama untuk anjing dan kucing. Ini bermakna jika World Bank melaporkan pada tahun 2011, terdapat 1 bilion manusia miskin di dunia yang hanya mampu membelanjakan $1.25 (RM4) setiap hari, anjing di USA hidup lebih mewah berbanding mereka ini.
THE TELEGRAPH Dec 2010 melaporkan ibu bapa di USA berbelanja lebih untuk anjing berbanding anak-anak mereka.
APABILA UMAT MERENUNGI HAL INI DIA AKAN MENGINSAFI BETAPA AJARAN ISLAM BEGITU INDAH DENGAN MELETAKKAN SEMUA PERKARA PADA PERSPEKTIF SERTA LANDASANNYA YANG BETUL.
Perlu diingat batas bukan hanya ada di sawah dan bendang. Ia juga wujud dalam kehidupan. Batas yang terbaik adalah batas yang mengikut ukuran Allah. Ya, Allah yang telah meletakkan BATAS perisai 'Van-Allen' di langit dunia yang dengannya menyelamatkan bumi dari cahaya radiasi yang berbahaya. Batas Allah-lah yang hendak kita ikut. DIA penyelamat.
Dr.Danial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan