Gambar hiasan |
Imam Al-Junaid sebelum wafat, tetap beristiqamah
melaksanakan ibadah meskipun dalam keadaan susah payah.
Pada hari Jumaat, di hari
wafatnya, Imam Al-Junaid masih berusaha untuk membaca Al-Qur'an, hingga para
sahabat beliau termasuk Abu Muhammad Al-Jurair merasa kasihan, dan menyampaikan
kepada Al Junaid, "Kasihanilah dirimu sendiri".
Imam Al-Junaid pun
menjawab, "Aku tidak melihat orang yang lebih memerlukan Al-Qur'an lebih
daripada diriku untuk saat ini. Ia lah yang memenuhi lembaran amalanku.
Di saat hendak wafat, Imam Al-Junaid juga berusaha untuk
melaksanakan solat dengan duduk, sedangkan kedua kaki beliau bengkak. Melihat
betapa susahnya beliau melakukan gerakan solat, para sahabat beliau pun
menyampaikan, "Ada apa ini wahai Abu Qasim?!" Imam Al-Junaid pun
menjawab, "Ini adalah nikmat dari Allah, Allahu Akbar ..."
Setelah selesai Shalat, Abu Muhammad Al-Jurair menyampaikan,
"Anda boleh melakukannya dengan berbaring." Imam Al-Junaid pun
menjawab, "Wahai Abu Muhammad, ini adalah waktu mempertanggungjawabkannya."
Saat Ibnu Atha', sahabat Al-Junaid datang dan mengucapkan
salam, Imam Al-Junaid tidak langsung menjawabnya, melainkan beberapa saat
selepas itu. Kemudian beliau menyampaikan, "Maafkan aku, tadi aku sedang
membaca wiridku." Kemudian beliau menghadapkan wajah ke kiblat kemudian
wafat. -- al-Fatihah --
Di waktu sebelum wafat, Imam Al-Junaid telah menghatamkan
bacaan Al-Qur'an kemudian memulakan lagi membaca Surah Al-Baqarah hingga 70
ayat. (Lihat, Ath Thabaqat Al Auliya, hal. 134)
Hidayatullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan