۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Malam ini selepas maghrib (18/03/2018) adalah bersamaan 1 Rejab 1439H. Salah satu daripada 4 bulan haram.
❝Para Ulama mengatakan "Bulan Rejab adalah bulan istighfar. Bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.
Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah:
1) Banyakan doa "Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" (Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)
2) Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى.
3) Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya" (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).
4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bul
an yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.
Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.
5) Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.❞
[Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered]
Isnin, 19 Mac 2018
Sabtu, 3 Mac 2018
SOLAT SUNAT QABLIAH ATAU MENDENGAR CERAMAH?
SOALAN: Ada masjid yang saya kunjungi sewaktu solat Zuhur sering
mengadakan kuliah sebelum solat. Biasanya selepas tamat kuliah, iqamah terus
dilaungkan dan solat fardu Zuhur terus didirikan secara berjemaah. Adakah lebih
baik solat terus tanpa solat badiah Zuhur atau adakah saya patut beralih ke
belakang dan solat badiah Zuhur dan meninggalkan ceramah?
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam
kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda,
para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda
sehingga Hari Kiamat.
PERTAMANYA, kami beranggapan bahawa saudara/i yang
bertanya mungkin terkeliru dengan istilah qabliah dan badiah. Maklum dalam
Syarak bahawa disunatkan bagi seseorang itu untuk solat sunat qabliah (sebelum)
Zuhur dan badiah (selepas) Zuhur. Paling afdal ialah
empat rakaat qabliah dan empat rakaat badiah manakala paling kurang ialah dua
rakaat bagi qabliah dan badiah. Hal ini berdasarkan hadith, Aisyah R.Anha
meriwayatkan bahawa:
Maksudnya: “Nabi SAW tidak meninggalkan empat rakaat solat
sunat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” Riwayat al-Bukhari (1127).
Hadith seterusnya: Maksudnya: “Baginda bersolat di rumahku
empat rakaat sebelum Zuhur, kemudian Baginda keluar bersolat bersama-sama orang
ramai. Selepas itu Baginda masuk semula bersolat pula dua rakaat.” Riwayat Muslim (730).
Baginda juga menambah solat dua rakaat lagi selepas itu. Hal
ini berdasarkan hadith, daripada Ummu Habibah R.Anha katanya, aku mendengar
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang bersolat empat rakaat sebelum solat
Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, Allah memeliharanya daripada neraka.”
Riwayat Abu Daud,
al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Tirmizi (427
& 428)
KEDUA, adalah lebih baik masjid tersebut tidak
meninggalkan azan kerana azan adalah syiar Islam. Ia juga merupakan pemberitahu
kepada masyarakat sekeliling bahawa waktu solat sudah masuk. Apatah lagi jika
kejadian itu berlaku di masjid yang merupakan pusat kepada aktiviti keagamaan
masyarakat setempat. Daripada sudut fiqh, azan itu sunat muakkad hukumnya bagi
solat yang hendak dilakukan atau yang sudah luput. (Rujuk Fiqh al-Manhaji, 1/114).
Ertinya, tiada masalah sekiranya selepas habis kuliah, azan
dilaungkan. Namun, kami cadangkan sebaiknya dihentikan seketika kuliah untuk
azan Zuhur, kemudian disambung yang berbaki daripada kuliah. Dengan itu setiap
hak penceramah dan hak solat dapat diraikan dengan harmoni.
KETIGA, tiada masalah untuk solat qabliah dan
meninggalkan ceramah itu. Baik juga jika selesai solat dan ceramah masih
berlangsung, untuk bersama dengan jemaah mendengar ceramah tersebut. Berkenaan
dengan solat di belakang atau di sisi ruang solat, kami berpendapat perbuatan
tersebut lebih utama jika dengan itu sebagai adab dan mengelakkan gangguan
kepada penceramah sekiranya kita solat di hadapan mereka. Sebuah hadis Nabi SAW yang menjadi kaedah
fiqh menyebut:
Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang
memudharatkan diri sendiri dan orang lain.”
Riwayat Ibn Majah (2341) dan al-Daruqutni (4/228) serta
selainnya dengan sanad yang bersambung, juga diriwayatkan oleh Imam Malik
(2/746) dalam Muwattho’.
Kami juga menasihatkan agar imam dan jemaah tidak
meninggalkan solat sunat qabliah dengan terus didirikan solat selepas tamatnya
kuliah untuk meraih fadilat solat sunat. Abdullah bin Mughaffal al-Muzani RA
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Di antara setiap dua azan (yakni azan dan
iqamah) itu terdapat solat. Di antara setiap dua azan itu terdapat solat.”
Kemudian baginda menyebut pada kali ketiga: “bagi siapa yang ingin
melaksanakannya (menunjukkan hal itu sunat).” Hadis riwayat Imam Bukhari (627)
dan Imam Muslim (838).
Wallahua’lam.
Sabtu, 24 Februari 2018
RENUNGAN ...Dari Sahabat
![]() |
| hidup ini suatu perjalanan ..... |
Seorang warga
emas ditanya, apakah yang
beliau pelajarinya dari usianya yang lalu?
Beliau menjawab:
Saya belajar...Bahawa
dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan..
Saya belajar...Bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat
haknya..
Saya belajar...Bahawa anak panah malam (doa &
munajat) tidak pernah tersasar..
Saya belajar…Bahawa kehidupan ini akan tamat pada
bila-bila masa walaupun ketika leka..
Saya belajar…Bahawa kata-kata yang baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang
mulia.
Saya belajar…Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki
kesihatan dan keamanan..
Saya belajar…Bahawa siapa yang menanam bawang putih, tidak sekali-kali
akan dapat bunga raihan.
Saya belajar…Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia
tidak akan habis..
Saya belajar…Siapa yang mahu kata-katanya didengari, perlu
bersedia mendengar dari orang lain..
Saya belajar…Bahawa bemusafir dengan orang lain adalah
pengukur paling tepat keaslian manusia..
Saya belajar…Orang yang sering berkata: (akulah, akulah)
sebenarnya kosong dari dalam..
Saya belajar…Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi
akan berubah dan berkarat..
Saya belajar…Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yang tidak sempat dilaksanakan..
Saya belajar…Kita sering mengemas katil dan menyejukkan
ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..
Sudahkah kita
mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk kita
menikmati 'mati besar'?
Berkata seorang soleh:
"Aku hairan daripada manusia yang sering mengingatkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tentang dosa yang boleh menghumban ke dalam api neraka"
"Aku hairan daripada manusia yang sering mengingatkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tentang dosa yang boleh menghumban ke dalam api neraka"
Sabtu, 10 Februari 2018
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
❝Nabi ﷺ memperingatkan kita supaya jangan banyak berkata-kata kecuali yang kita nak banyakkan hanyalah zikirullah. Jangan banyak bercakap-cakap perkara yang lagho ataupun perkara yang tidak mendatangkan faedah, manfaat ataupun perkara yang tidak akan mendapat pahala apa-apa. Kerana memperbanyakkan perkataan ataupun banyak bercakap tanpa zikirullah itu maka sebab itu kamu menjadi keras hati.❞
[Al-Fadhil Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami]
Rukun Qauli Bacaan Dalam Solat
1. Apakah
hukumnya sekiranya rukun qauli dalam
solat tidak dibaca mengikut tajwid?
2. Adakah bacaan dalam solat wajib dibaca hingga dapat didengari diri sendiri atau memadai dibaca dalam hati?
Jawapan:
2. Adakah bacaan dalam solat wajib dibaca hingga dapat didengari diri sendiri atau memadai dibaca dalam hati?
Jawapan:
Terima kasih dengan soalan saudara ini. Pertama sekali, kami memohon maaf kerana lewat menjawab soalan yang dikemukakan ini. Insya Allah kami akan menjawab persoalan anda sebaik mungkin.
Mempelajari ilmu al-quran adalah wajib bagi semua umat Islam. Bersesuaianlah dengan firman Allah di dalam al-Quran, surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud; “…dan bacalah Al-Quran dengan tartil.” Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa hendaklah kita membaca al-Quran dengan bacaan yang jelas dan betul menurut ilmu tajwidnya. Ini adalah penting, kerana ilmu tajwid bukan sahaja berkaitan istilah-islilahnya(izhar, idgham dan sebagainya) sahaja, bahkan melingkupi cara penyebutan makhrajnya sekali. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan la untuk ayat-ayat al-quran itu berubah makna.
Di dalam solat, menurut Imam Nawawi, sekiranya bacaan pada rukun qauli itu merubah maknanya maka batal solatnya. Tetapi sekiranya tidak berubah maka tidak batal. Walaupun begitu, seseorang haruslah berusaha sebaik mungkin untuk belajar cara penyebutan atau ilmu tajwid. Sekiranya ternyata seseorang itu tidak boleh menyebut(pelat), maka itu dimasukkan pada kategori yang dimaafkan.
Menjawab soalan kedua, solat merangkumi Rukun Qauli (perkataan) dan Rukun qalbi (hati). Ini adalah hasil syarah dan pendetailan fuqaha' madzhab semasa merincikan ilmu Fiqh (azZuhaliy, Fiqh Islami). Begitu juga rukun-rukun solat, spt Rukun 13 itu adalah rincian dalam madzhab Syafi'iy. Istilah-istilah dan perukunan ini disandarkan kepada dalil-dalil. Salah satu daripada dalil itu adalah HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."
Juga kaedah usyul feqh: "Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."
Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli seperti menyebut Takbir Iftitah, "Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yang lain.
Dalil yang digunakan ialah hadis-hadis dan athar yang dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yang dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yang diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.
Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahawa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.
Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yang diwartakan sesat). Ruj: Albani, Sifat Solatun Nabiyy.
Sekian. Wassalam.
Rujukan
Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman
Terjemah Al-Azkar – Al-Imam An-Nawawi
Ilmu Tajwid Cara Mudah dan Berkesan
http://solatjemaahjumaat.blogspot.my/2008/12/rukun-qauli-bacaan-dalam-solat.html
Khamis, 8 Februari 2018
BILA KAMU TIDAK MELIHATKU DI SYURGA
Ustadz Abdullah Zaen. MA -Hafidzahullah
Ketika mengunjungi seorang teman yang sedang kritis
sakitnya, dia menggenggam erat tanganku, lalu menarik ke mukanya, dan
membisikkan sesuatu...
Dalam airmata berlinang dan ucapan yang terbata-bata dia
berkata, *"Bila kamu tidak melihat aku di syurga, tolong tanya kepada
Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung terisak menangis, lalu aku memeluknya dan
meletakkan mukaku di bahunya. Aku pun berbisik, *"In syaa Allah, in syaa
Allah, aku juga mohon kepadamu jika kamu juga tidak melihatku di syurga..."*
Kami pun menangis bersama, entah berapa lama...
Ketika saya meninggalkan Rumah Sakit, saya terkenang akan
pesan beliau...
Sebenarnya pesan itu pernah disampaikan oleh seorang ulama
besar, Ibnu Jauzi, yang berkata pada sahabatnya sambil menangis:*"Jika
kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada
Allah tentang aku: 'Wahai Rabb kami, si fulan sewaktu di dunia selalu
mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di
syurga."*
Ibnu Jauzi berpesan begitu bersandar pada sebuah hadits:
*"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga
lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka
dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah: 'Ya Rabb! kami tidak
melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia shalat bersama kami, puasa
bersama kami dan berjuang bersama kami...'"Maka Allah berfirman,
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya
ada iman, walau hanya sebesar zarrah."(Ibnu Mubarak dalam kitab Az Zuhd)*
Wahai sahabat-sahabatku...
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang bisa membantu
kita, bukan hanya ikatan di dunia, tetapi juga hingga akhirat.
*Carilah sahabat-sahabat yang sentiasa berbuat amal sholeh,
yang shalat berjamaah, berpuasa dan sentiasa berpesan agar meningkatkan
keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Islam.*
Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat
kebaikan, bersama untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan
kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, atau teman
menonton bola, teman memancing, teman bershopping, teman FB untuk bercerita hal
politik, teman whatsapp untuk menceritakan hal dunia, akan berpisah pada garis
kematian dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama
ke syurga...
Semaklah diri, apakah ada teman yang seperti ini dalam kehidupan
kita, atau mungkin yang ada lebih buruk dari kita...
Ayoh... berubah sekarang, kurangi waktu dengan teman yang
hanya condong pada dunia, carilah teman yang membawa kita bersama ke syurga,
kerana kita tidak bisa mengharapkan pahala ibadah kita saja untuk masuk
syurganya Allah Jalla wa 'Alaa.
Perbanyaklah ikhtiar, semoga satu darinya akan tersangkut,
dan membawa kita ke pintu syurga...
Al-Hasan Al-Bashri berkata:*"Perbanyak lah
sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat.”*
Pejamkan mata, berfikir lah... siapa kiranya di antara
sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke
syurga??
*SEMOGA KALIAN BERKENAAN MENJADI TEMAN-TEMAN YANG MEMBAWA KAMI KEPADA KEBAIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT, AAMIIN.*
Langgan:
Catatan (Atom)
Kisah Juha Dan Setengah Cambukan
Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...
-
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. Te...



