Yusuf Muhammad Khatab sekeluarga |
Namun tiga tahun kemudian, dia memeluk agama Islam dan menukar
namanya kepada Yusuf Muhammad Khatab. Sejak itu pula, dia menjadi
pendukung setia Hamas. Sebuah gerakan Islam yang menentang penjajahan Israel
terhadap Palestin.
Kini, Josep alias Yusuf tak ingin lagi mengucap kata Israel.
Ia bahkan menyebut tanah yang diduduki Israel sebagai wilayah Palestin.
Hidayah Allah diterima oleh Yusuf ketika dia tinggal di Kota
Netivot, sebuah kawasan gurun di Israel. Saat ia berbincang dengan seorang syeikh
dari Uni Emirat Arab (UAE) via internet. “Saya menghabiskan waktu berjam-jam
dengan Syeikh, berdiskusi tentang teologi,” tuturnya ketika diwawancarai Israel
TV beberapa waktu lalu.
Setelah itu, dia pun mencuba membaca Al-Quran, kitab suci
umat Islam. Lambat-laun, pandangan Yusuf tentang Yudaisme mulai berubah. Dalam
penilaiannya, Yudaisme seakan sama dengan rasisme.Saat itu juga, Yusuf mengatakan pada isterinya, Luna, hasratnya ingin menukar agama dengan memeluk Islam. Sebagaimana dirinya, Luna juga merupakan seorang Yahudi fanatik. “Dengar sayang,” kata Yusuf. “Aku sangat mencintaimu, namun aku harus jujur padamu…”
“Aku membaca Al-Quran, dan sangat kagum dengan apa yang terkandung di dalamnya. Dan jika harus mengatakan bahawa aku seorang beragama Yahudi, maka aku adalah pembohong,” tegasnya kepada isterinya.
Rupanya Luna tidak terkejut dengan kata-kata suaminya. Bahkan, dia pun menyokong keputusan Yusuf dengan memeluk Islam bersama-sama, termasuk anak-anak mereka.
Mereka sekeluarga telah berpindah dari Netivot ke lingkungan
Arab di Yerusalem Timur. Anak-anak mereka tidak lagi belajar Taurat. Padahal di
sekolah, mereka termasuk murid-murid menonjol dalam pelajaran tersebut. “Kini,
anak-anak mereka belajar Al-Quran,” kata Yusuf.
Yusuf juga sangat menyokongHamas. Dan dia percaya, bahawa
negara Islam harus didirikan di mana Israel dan Palestina kini berada.
Kini, Yusuf tak ingin lagi dikaitkan dengan masa lalu
Yahudi-nya. Dia menegaskan dirinya 100
peratus Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan