Gambar hiasan |
–“SERAHKANLAH jiwa kamu kepada
Maha Penyembuh, janganlah engkau merasa syak dan ragu terhadap-Nya dengan apa
yang dilakukan-Nya kepada kamu. Kerana DIA lebih kasihan kepadamu daripada kamu
terhadap dirimu sendiri. Berlindunglah kamu kepada-Nya dan janganlah engkau
berpaling daripada-Nya. Dengan demikian, maka kamu akan melihat seluruh
kebaikan di dunia dan di akhirat.”
–“…Orang
Mukmin akan mengambil keuntungan daripada beratnya kelobaan, tidak rakus dan
tidak tergesa-gesa, berzuhud dalam segala sesuatu dengan hatinya, berpaling
daripadanya dengan batinnya dan menyibukkan diri dengan apa yang diperintahkan
kepadanya. …..Seseorang Mukmin itu sedar , bahawa apa yang sudah menjadi
bahagiannya tidak akan terhalang baginya memperolehinya, maka dia tidak
memintanya, bahkan dibiarkannya bahagian-bahagiannya itu mengejarnya dan merendah
diri kepada-Nya serta memohon untuk diterima.”
Petikan dari :Menjadi Kekasih Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan