Aurangzeb |
Aku mesti menulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.
Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.
Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.
Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Beliau juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau ialah seorang mujahid yag tidak teragak-agak menggunakan senjata apabila keadaan memerlukannya. Sembahyang dan puasanya begitu banyak. Beliau mengharamkan arak, nyanyian-nyanyian, tari-tarian, gundik-gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul sebelumnya. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah membuktikan dengan beberapa peristiwa.
Satu ketika peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan kaum pemberontak di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah ‘bertukar’ kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.
Ternyata, tentera Islam tidak dapat menentang sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk menghadapi tentera-tentera musuh yang menggunakan sihir ini?
Aurangzeb adah yang sangat soleh. Beliau adalah seorang putera sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa jua keadaan. Dikumpulkannya semua tentera Islam dan pada setiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak siapa yang dibenarkan membuka kain yang terlipat itu sebelum tamat peperangan. Aurangzeb mengingatkan tenteranya supaya bertaqwa kepada Allah dan yakinlah selalu dengan bantuan Allah. Beliau juga berpesan supaya jangan gentar menghadapi sihir tentera musuh kerana kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendinding.
Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat peperangan, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan pada kain yang diikat itu yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!
Satu tindakan berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik yang melalaikan. Sebarang bentuk hiburan selain zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya itu menimbulkan kejutan yang amat sangat dalam kalangan ahli-ahli muzik di negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati para pemerintah sebelumnya.
Namun, bagi Aurangzeb yang tegas berpegang kepada syariat, segala bentuk perkara yang haram tetap haram walaupun disukai ramai. Padanya, muzik yang melalaikan membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta asyik maksyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dalam kalangan para pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka bersepakat melakukan demonstrasi secara besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sebuah keranda yang besar untuk dibawa semasa perarakan. Dalam keranda itu mereka telah isikan semua alat-alat muzik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan para pemuzik di dalam negara India itu sangat banyak.
Pada hari yang ditetapkan, beraraklah beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan itu bergema di seluruh negara menghasilkan suasana yang pilu dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik. Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui rumah Aurangzeb. Mendengar tangisan yang mendayu-dayu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”
Orang pun menjelaskan bahawa itulah perarakan para pemuzik. Aurangzeb pun keluar melihat perarakan itu dan terus nampak keranda besar yang diusung.
“Apakah yang diisikan dalam keranda besar itu?”
Orang menjawab, “Itulah muzik yang tuanku bunuh. Ia sudah menuju tempat pengebumiannya.”
Mendengar itu, Aurangzeb pun berkata, “katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah kebumikannya kerana aku dan rakyat ku tidak tahan lagi bau bangkainya!”
Jawapan ini sangat tegas dan tepat. Ahli-ahli muzik yang mengharapkan simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb yang sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja soleh itu, puas kerana telah menyelamatkan rakyatnya daripada kelalaian dunia hedonisme. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukannya pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit, kerana itu selalunya ubat.
Dalam hidupnya dia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat-nasihat alim-ulama. Beliau sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana Mogul cantik dan mewah, Aurangzeb akan berada di situ sewaktu ada tugasan-tugasan rasmi sahaja. Rumahnya yang sebenar berada di tepi istana iaitu sebuah rumah kecil yang sangat sederhana.
Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun, iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Semasa menegakkan satu kerajaan yang kukuh, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah siapa sahaja yang kuat berpegang kepada hukum Allah.
Dalam masa pemerintahan juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Dengan tegas, beliau menukarkan nama kota Banares, kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai kubah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya apabila hasil pendapatan meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintaha Akbar.
Inilah antara usaha kecil ku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni sejarah hasil tulisan orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mencuaikan tanggungjawab sebagai khalifah Islam. Sedangkan Aurangzeb yang soleh itu dituduh kejam dan namanya ditenggelamkan dalam sejarah Islam.
Memang dia keras tetapi adakalanya kita memerlukan orang-orang yang keras untuk menjaga kesucian Islam. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al Farouk yang terkenal ketegasannya itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati sanggup dibenci kerana menjaga kesucian agama.
Sebagai manusia biasa, Aurangzeb tentunya mempunyai kesalahan dan kelemahan. Semoga, baginda diampunkan Allah. Mungkin menyedari kelemahannya itu, baginda telah berkata, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta ku kepada Islam mata!”

Sumber : http://genta-rasa.com/2012/06/24/hanya-dengan-bismillah/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan