Rabu, 12 September 2012

WALI ALLAH

Gambar hiasan
by: Habib Ahmad

Wali Allah ialah orang Islam yang taat dan patuh kepada syariat Allah dan juga merupakan orang yang dekat dengan Allah. Wali bermaksud sahabat Allah iaitu orang yang menyayangi Allah lebih dari segala-galanya, mengamalkan sunnah Nabi atas dirinya, cara hidup Baginda dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti puasa dan sembahyang sunat selain daripada ibadah-ibadah yang wajib.

Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali kerana mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain sembahyang fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat. Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:

“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).

Disebut tangan, mata, kaki dalam hadith di atas bukanlah bermakna Allah mempunyai mata, tangan, kaki tetapi ia bermakna setiap tindakannya adalah mengikut kehendak Allah dan nafsu buruknya dimatikan. Dia hanya bercakap apa yang Allah hendak atau suka sahaja. Dia hanya melangkah ke tempat yang Allah suka sahaja. Dia hanya melihat apa yang Allah suka sahaja.

Wali-wali semenangnya fana’ (tenggelam) dalam cinta dan kasih sayang kepada Allah sehingga mereka lupa tentang diri sendiri. Mereka tidak cinta dunia, hanya tinggal sahaja dalam dunia untuk melaksanakan perintah Allah. ialah orang Islam yang taat dan patuh kepada syariat Allah dan juga merupakan orang yang dekat dengan Allah. 

Sumber:http://pondokhabib.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...