Rabu, 5 September 2012

HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSAFIR

Berjemaah di Masjid Sultan Mizan.
Soalan : Hukum solat Jumaat bagi orang yang bermusafir.


Jawapan :Di dalam kitab Majmuk Syarah Mazhab Imam Nawawi telah menjelaskan : “bahawa para sahabat Syafie berpendapat, seseorang yang mempunyai keuzuran yang membolehkan dia meninggalkan Jumaat,harus dia memulakan perjalanan musafirnya sama ada sebelum tergelincir matahari atau selepasnya. Keadaan musafir ini tertakluk seperti berikut:


Pertama: seseorang diharuskan meninggalkan Jumaat sekiranya dia bermusafir bermula sebelum subuh, pendapat ini adalah tanpa khilaf.(tanpa perselisihan pendapat mengenai hukum masalah ini.)

Kedua: seseorang yang memulakan perjalanan musafirnya selepas tergelincir matahari harus meninggalkan Jumaat. Sekiranya dia mengetahui yang dia sempat untuk mendirikan Jumaat di dalam perjalanannya hendaklah dia mendirikan solat Jumaat di tempat itu, keadaan musafir seperti ini diharuskan tanpa khilaf. Ataupun sekiranya dia bermusafir dan tidak ada tempat/masjid untuk dia mendirikan solat Jumaat,dalam perjalanannya maka tidak harus baginya meninggalkan solat Jumaat.

Akan tetapi sekiranya dia tidak boleh menangguhkan perjalanan musafirnya kerana dia terpaksa mengikuti rombongannya dan menyebabkan dia bermasalah jika tidak mengikut mereka. Maka keadaan musafir seperti ini adalah diharuskan meninggalkan Jumaat.

Sumber : Jabatan Mufti Pahang
Mencari Kebahagiaan Hidup


You are subscribed to email updates from Mencari Kebahagiaan Hidup 

3 ulasan:

  1. "Ataupun sekiranya dia bermusafir dan tidak ada tempat/masjid untuk dia mendirikan solat Jumaat,dalam perjalanannya maka tidak harus baginya meninggalkan solat Jumaat"

    tidak paham dengan huraian ini. atau salah penulisannya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya dia tak boleh meneruskan musafirnya dlm keadaan tu sebab masih wajib mengerjakan solat jumaat.

      Padam
  2. Maksud perenggan itu ialah ketika hendak bermusafir selepas gelincir matahari ( masuk waktu zohor), dan kita tahu sepanjang perjalanan tiada masjid yg mungkin boleh di singgah, kita kena solat jumaat dulu. Sebelum musafir.

    BalasPadam

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...