Sabtu, 8 September 2012

BerSaHaBaT KerAnA ALLAH


Cara Bersahabat Kerana Allah:-

1. Memberitahu temannya bahawa dia KASIH dan SUKA kepadanya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda ‘Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya’.(HR Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia menDOAkan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda,‘Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya.’(HR Muslim)

3. Sentiasa berMANIS MUKA ketika berjumpa sahabatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda,‘Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria.’(HR Muslim)

4. Segera berSALAMan ketika bertemu dengan temannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda,‘Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.’(HR Abu Daud)

5. Amalan ZIARAH-menziarahi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda.,‘Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu’

6. Memberi HADIAH.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang’.(HR Thabrani)

7. MemBANTU sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ‘Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan’, (HR Hakim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...