KASIH SESEORANG KERANA ALLAH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, عَنِ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم أَنّ رَجُلاً زَارَ أَخاً لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَىَ. فَأَرْصَدَ اللّهُ لَهُ, عَلَىَ مَدْرَجَتِهِ, مَلَكاً. فَلَمّا أَتَىَ عَلَيْهِ قَالَ: أَيْنَ تُرِيدُ؟ قَالَ: أُرِيدُ أَخاً لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ: هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا؟ قَالَ: لاَ. غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ: فَإِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكَ, بِأَنَّ اللّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Maksud Hadis
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, عَنِ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم أَنّ رَجُلاً زَارَ أَخاً لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَىَ. فَأَرْصَدَ اللّهُ لَهُ, عَلَىَ مَدْرَجَتِهِ, مَلَكاً. فَلَمّا أَتَىَ عَلَيْهِ قَالَ: أَيْنَ تُرِيدُ؟ قَالَ: أُرِيدُ أَخاً لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ. قَالَ: هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا؟ قَالَ: لاَ. غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللّهِ عَزَّ وَجَلَّ. قَالَ: فَإِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكَ, بِأَنَّ اللّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Maksud Hadis
Hadis riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya seorang pemuda telah melawat saudaranya di kampung yang lain, maka ALLAH telah mengutuskan kepadanya dalam perjalanan malaikat, apabila telah tiba dekatnya, dia (malaikat) telah bertanya: Ke mana engkau mahu tuju? Dia menjawab: Aku mahu jumpa saudaraku di kampung ini. Dia (malaikat) bertanya: Adakah bagi engkau atasnya sesuatu nikmat yang mana engkau menjaganya? Dia menjawab: Tidak! selain daripada aku mengasihinya kerana Allah. Dia (malaikat) memberitahu : Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada engkau dengan sesungguhnya ALLAH begitu mengasihi engkau sebagaimana engkau begitu mengasihinya (saudaramu).
Ringkasan Kisah
Kisah ini menceritakan bagaimana seorang pemuda telah bermusafir dari kampungnya ke kampung yang lain yang mana dia tidak mempunyai sebarang hajat ataupun perkara yang menguntungkan selain daripada menziarahi saudaranya yang dikasihi kerana ALLAH Kasih kerana ALLAH merupakan salah satu daripada cabang iman.
Rasullah S.A.W telah memberitahu kita bahawasanya sesiapa yang berkasih sayang kerana ALLAH akan berada di atas mimbar daripada cahaya pada hari kiamat yang mereka berada bersama anbiya', para syuhada' dalam majlis mereka dan begitu hampir kepada ALLAH. ALLAH telah mengutuskan malaikat kepada pemuda tadi yang mana berupa manusia untuk bertanya mengenai tujuan dan hajatnya. Dia telah menerangkan mengenai hajat dan tujuan sebenar dia melawat saudaranya.
Setelah mendengar jawapannya yang mana tujuan sebenar dia bermusafir adalah untuk melawat saudaranya kerana begitu mengasihinya kerana ALLAH bukannya kerana dia mempunyai kepentingan atau pun hajat dengannya, maka malaikat memberitahunya bahawa ALLAH mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya. Sesiapa yang dikasihi oleh ALLAH akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Faedah dan Pengajaran
1. Kelebihan bagi mereka yang kasih kerana ALLAH dan menziarahi keranaNya. ALLAH mengasihi pemuda itu kerana kasihnya kepada saudaranya, perjalanannya ke rumah saudaranya dan lawatannya.
2. Islam menggalakkan kita bermusafir untuk menziarahi saudara mara kerana ALLAH.
3. Kadang-kadang ALLAH mengutuskan malaikat kepada sebahagian hamba-Nya untuk menyampaikan kepada mereka beberapa perkara. Ini bukanlah bermakna bahawa mereka yang mana ALLAH mengutuskan kepada mereka malaikat itu merupakan nabi atau pun rasul.
4. Kemampuan malaikat dengan izin ALLAH untuk menyerupai manusia sebagaimana dalam kisah ini.
5. Kelebihan ikhlas yang mana pemuda itu mencapai apa yang dicintanya iaitu kasih kerana ALLAH bukannya kerana sesuatu yang berharga ataupun kepentingan antara mereka.
Biografi
1. Sohih Al-Qisasul An-Nabawi oleh Profesor Umar Sulaiman Abdullah Al-Ashqar, Darul An-Nafais
Disusun oleh : AlAsyqar
http://www.e-mosque.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=70
Tiada ulasan:
Catat Ulasan