Sabtu, 19 Januari 2013

UCAPAN GURU YANG MULIA SHEIKH YUSUF , DI PONDOK SIK

MEMULAI UCAPAN ,SHEIKH YUSUF BERSELAWAT SYIFA.
BERKATA SHEIKH YANG MULIA

"KEMULIAN SESEORANG ADALAH DENGAN ILMU. JANGAN KAMU MEMULIA
SAYA KERANA SAYA NASAB KETURUNAN RASULALLAH , TETAPI SAYA MAHU KAMU MULIAKAN KERANA ILMU ALLAH .

SAYA MAHU KAMU MEMPELAJARI AGAMA. BELAJARLAH ILMU DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH.

JADIKANLAH DUNIA UNTUK MENCARI ILMU , BUKAN ILMU MENCARI DUNIA.
KAMU KENA IKHLAS MEMPELAJARI AGAMA. KAMU PERLU YAKIN KEPADA REZEKI ALLAH .

BELAJARLAH AGAMA , ALLAH MENJAMIN REZEKI KAMU . TAWAKAL PADA ALLAH . SATU BENDA YANG SANGAT HINA BAGI PELAJAR AGAMA YANG TIDAK YAKIN DENGAN REZEKI ALLAH PADA HAL MEREKA BERIMAN DENGAN BENDA GHAIB .MASYARAKAT DISINI SANGAT BERUNTUNG KERANA DAPAT DUDUK BERSAMA SHEIKH SALLEH (TOK GURU HJ SALLEH) KERANA MAJLIS ILMU MERUPAKAN
PUSAKA SEBENAR RASULALLAH , INI NIKMAT YANG PALING MULIA DAN BESAR DARI DUNIA DAN KEKAYAAN HARTA.

SHEIKH DENGAN LANTANG MENGHENTAM WAHABI DAN SYIAH , DAN MENYERU SUPAYA UMAT BERPEGANG TEGUH DENGAH FAHAMAN SALAF YANG DIBAWA IMAM MAZHAB 4 IMAM HANAFI , IMAM MALIKI , IMAM SYAFIE, IMAM HAMBALI .

SYEIKH BERKATA GOLONGAN WAHABHI MERUPAKAN FAHAMAN BARU YANG MENDAKWA MEREKA BERFAHAMAN SALAF , PADAHAL WAHABI PENDUSTA . WAHABI MENOLAK ULAMA . IMAM MAZHAB 4 LEBIH HAMPIR PADA ZAMAN SALAF, SAHABAT , DAN LEBIH TAKUT PADA ALLAH .

PADA HAL WAHABI SESAT DENGAN MENOLAK ULAMA. SHEIKH MENYERU KITA SUPAYA BERPEGANG TEGUH DENGAN ULAMA MAZHAB 4 .

WAHABI TIDAK FAHAM AYAT AL QURAN YANG MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT.

SYIAH PULA MEMAKAI SLOGAN NAMA AHLI BAIT YANG PERIHATIN PADA SAIDINA ALI . SYIAH SESAT , BIADAB ,MENGHINA SAHABAT YANG MULIA SAIDINA ABU BAKAR , SAIDINA OMAR , SAIDINA OTHMAN. SAIDINA ALI MENGAKU BAHAWA TAAT SETIA PADA KHULAFA SEBELUM BELIAU . SYIAH TIDAK PERNAH MENDAPAT TEMPAT PADA ZAMAN SAHABAT .

SYIAH MERUPAKAN PELAMPAU AGAMA YANG BARU SAHAJA WUJUD SELEPAS SAHABAT

BANYAK LAGI NASIHAT SHEIKH YANG MULIA
MAJLIS ILMU BELIAU DITANGGUHKAN DENGAN DOA OLEH BELIAU SENDIRI
Posted by Helmi Assyafie at 2:05 AM

http://alfakirhelmi.blogspot.com/2010/10/ucapan-guru-yang-mulia-sheikh-yusuf-di.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...