Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University .
1-
Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?
Ada Morsi dan Erdoğan!
2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah
tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!
3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita
semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.
4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau
ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana
kamu Misri.
5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan
kezaliman membelenggu kita.
6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat
Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.
7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat
kasih sayang dan ukhuwwah kita.
8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama
ini perlu berpanjangan dan berterusan.
9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada
mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh
kemuliaan.
10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat.
Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di
wilayah ini.
11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat
Syria di sempadan.
12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita
membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu
membantu.
13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk
mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat
perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.
14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu,
tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang
terhasil.
15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling
memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani
perkara yang sama.
Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu
menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak
seperti yang diperkatakan. Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki
berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita
kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan
sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..
Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan