Ahad, 6 Januari 2013

ADA APA DENGAN LIMA ????


LIMA PERKARA MENYEBABKAN KEBAHAGIAAN

Abdullah bin Umar bin’ Ash berkata:
Ada 5 perkara menyebabkan kebahagiaan apabila kita beramal dengannya:

1-Menyebut ” لا إله إلا الله محمد رسول الله setiap waktu.
2-Melafazkan “ إنا لله وإنا إليه راجعون ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ” ketika ditimpa musibah.
3-Apabila mendapat nikmat menyebut ” الحمد لله رب العالمين ” .
4-Memulakan setiap pekerjaan kebajikan dengan ” بسم الله الرحمن الرحيم
5-Apabila tersilap melakukan dosa menyebut ” أستغفر الله العظيم واتوب إليه ” .

5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Osman bin Affan berkata: Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah SWT 5 perkara,

1- Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
2- Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah berkaitan Akhirat maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil daripada musibah tersebut..
3- Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.
4- Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.
5- Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang bercampur dengan dosa.


5 PERKARA MEMBERI KETENANGAN

Apabila kamu gelisah dan tidak tenang pandanglah 5 Perkara:
1- Pandanglah Kaabah yang mulia.
2- Pandanglah Al-Quran yang suci.
3- Pandanglah Wajah kedua ibu bapa yang mulia
4- Pandanglah pemandangan bukit bukau.
5- Pandanglah lautan yang masin.

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...