TAQWA ; Nilai Manusia Di Sisi
ALLAH
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم
مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ
إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
(١٣)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang
yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13).
ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ۬ مَّعۡلُومَـٰتٌ۬ۚ فَمَن
فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلۡحَجِّۗ
وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيۡرَ
ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٧)
Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang
demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat
Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat
dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh ALLAH dan hendaklah kamu
membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah
memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai
orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah :
197)
۞ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِۖ قُلۡ هِىَ
مَوَٲقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّۗ وَلَيۡسَ ٱلۡبِرُّ بِأَن تَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِن
ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنِ ٱتَّقَىٰۗ وَأۡتُواْ ٱلۡبُيُوتَ مِنۡ أَبۡوَٲبِهَاۚ
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٨٩)
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan
bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya
(ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang
bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah
kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya. (Al
Baqarah : 189)
Ayat yang pertama jelas dan nyata ALLAH
menjadikan TAQWA sebagai kayu ukuran dalam menilai manusia ciptaan-NYA.
Ayat yang kedua menyatakan taqwa adalah sebaik-baik bekalan
di dunia dan di akhirat. Ayat yang ketiga pula menyatakan orang yang bertaqwa
adalah orang yang melakukan kebajikan.
Pokoknya di sini, apakah taqwa ?
Ada orang kata, taqwa adalah apabila seseorang itu mampu
membelanjakan wang ringgit dan harta demi Islam. Pantang dia dengar ada rumah
anak yatim atau madrasah yang perlukan bantuan dana, pasti dialah orang pertama
yang menghulurkan sumbangan. Kalau ada di kalangan golongan muallaf yang perlukan
bantuan kewangan, dialah orang pertama memberi sedekah. Pendekata, tersohorlah
hamba ALLAH ini kerana sifat pemurahnya. Sifat pemurah membelanjakan wang dan
bersedekah untuk Islam ini dikatakan taqwa ?
Bila kita lihat orang di sekeliling kita dan gaya hidup masyarakat kita, baru kita sedar. Sifat pemurah suka bersedekah dan menderma ini, belum lagi dikatakan taqwa. Masih tidak sempurna. Sebab ramai orang yang menderma dan bersedekah, tetapi hanya untuk lari dari membayar cukai. Ramai yang menderma dan bersedkah, tetapi tidak ikhlas. Ramai yang menderma dan bersedekah, tetapi punya agenda dan kepentingan dunia. Hakikatnya, anugerah yang layak diberi ialah munfiq (dermawan). Tarafnya belum lagi menjamin kedudukan orang bertaqwa (muttaqin).
Bila kita lihat orang di sekeliling kita dan gaya hidup masyarakat kita, baru kita sedar. Sifat pemurah suka bersedekah dan menderma ini, belum lagi dikatakan taqwa. Masih tidak sempurna. Sebab ramai orang yang menderma dan bersedekah, tetapi hanya untuk lari dari membayar cukai. Ramai yang menderma dan bersedkah, tetapi tidak ikhlas. Ramai yang menderma dan bersedekah, tetapi punya agenda dan kepentingan dunia. Hakikatnya, anugerah yang layak diberi ialah munfiq (dermawan). Tarafnya belum lagi menjamin kedudukan orang bertaqwa (muttaqin).
Ada orang kata, taqwa adalah apabila seseorang itu mampu
berjuang dan berjihad. Mereka tidak gentar berhadapan dengan musuh. Mereka
berjuang bermati-matian demi menegakkan agama ALLAH walau teruk tercedera.
Adakah dia layak digelar orang muttaqin ?
Ramai orang berjuang. Ramai orang berjihad. Tapi ada di kalangan mereka yang masih lalai melaksanakan tuntutan Fardhu Ain. Ramai orang mengaku pejuang Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka membantu ekonomi musuh Islam dengan membeli jenama-jenama barangan yang jelas dari kilang milik musuh Islam. Ramai yang mengaku pejuang, tetapi masih merasa nikmat menghirup asap rokok Marlboro dari Amerika. Ramai yang mengaku pejuang, tetapi masih dedah aurat, keluarga tidak terdidik mentaati perintah ALLAH dan sebagainya. Gelaran yang layak bagi orang yang sebegini ialah mujahid. Gelaran taqwa masih jauh dari layak.
Ramai orang berjuang. Ramai orang berjihad. Tapi ada di kalangan mereka yang masih lalai melaksanakan tuntutan Fardhu Ain. Ramai orang mengaku pejuang Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka membantu ekonomi musuh Islam dengan membeli jenama-jenama barangan yang jelas dari kilang milik musuh Islam. Ramai yang mengaku pejuang, tetapi masih merasa nikmat menghirup asap rokok Marlboro dari Amerika. Ramai yang mengaku pejuang, tetapi masih dedah aurat, keluarga tidak terdidik mentaati perintah ALLAH dan sebagainya. Gelaran yang layak bagi orang yang sebegini ialah mujahid. Gelaran taqwa masih jauh dari layak.
Ada orang kata, taqwa ialah bila boleh buat solat sunat
minima 100 rakaat sehari. Boleh zikir dan berwirid 10,000 kali sehari semalam.
Boleh baca Al Quran satu juz sehari. Boleh puasa ala-ala Nabi Daud AS, sehari
berpuasa, sehari berbuka. Adakah ini juga taqwa ? Ini pun belum menjamin
kedudukan taqwa di sisi ALLAH. Sebab ramai orang kuat sembahyang sunat, kuat
berpuasa sunat, kuat berwirid zikir tetapi anak-anak dididik oleh musuh Islam
di sekolah milik missionary musuh Islam. Isteri sakit di rawat oleh doktor
lelaki yang bukan muhrim. Gelaran yang selayak baginya adalah abid (ahli
ibadah). Gelaran muttaqin masih jauh dari layak.
Ada orang kata, taqwa ialah bila boleh berdakwah ke tengah
masyarakat. Boleh memberi ceramah motivasi sampai pendengar atau penonton boleh
menangis dan insaf. Berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan risalah Islam
sehingga ke ceruk-ceruk kampong dan pendalaman hutan belantara. Tidak ada
tempat dan manusia yang tidak dia temui dalam menyampaikan risalah dakwah.
Adakah ini juga taqwa ? Sebenarnya, ini juga belum cukup memenuhi syarat
menjadi orang bertaqwa. Sebab ramai orang berdakwah, tetapi mereka umpama
burung kakaktua yang hanya pandai mengajuk kata-kata tuannya. Mereka hanya
pandai bercakap, tetapi tidak pandai beramal. Mereka berdakwah menemui
masyarakat dan menjaga kebajikan masyarakat, tetapi kebajikan nafkah anak
isteri terabai. Malah tidak kurang juga ada yang meletakkan HARGA untuk mereka
berdakwah. Gelaran yang selayak baginya adalah da’ie (pendakwah). Masih banyak
proses yang perlu ditempuh untuk mencapai taqwa.
Ada orang kata, taqwa ialah bila boleh menulis artikel,
buku, majalah bercorak Islam. Bahan media itu bersirkulasi di tengah
masyarakat. Masyarakat mendapat manfaat dari tulisannya. Adakah itu taqwa ?
Hakikatnya dia hanya layak mendapat gelaran karyawan. Kerana ramai orang
menulis, tetapi tulisannya hanya dari teori yang ada di minda. Untuk dia
mengimplementasi dan beramal dengannya terlalu sukar. Masih banyak proses dan
peringkat yang perlu di lalui untuk mencapai taraf taqwa.
Jadi apakah taqwa ?
Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Saidina Ali bin
Abi Thalib k.w. tentang apa itu taqwa. Beliau menjelaskan bahawa taqwa itu
adalah :
1. Takut (kepada ALLAH) yang
diiringi rasa cinta, bukan takut kerana adanya neraka.
2. Beramal dengan Al Quran iaitu bagaimana Al Quran menjadi
pedoman dalam kehidupan sehari-hari seorang manusia.
3. Redha dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezeki.
Bila mendapat rezeki yang banyak, siapa pun akan redha tapi bagaimana bila
sedikit? Yang perlu disedari adalah bahawa rezeki tidak semata-mata yang
berbentuk wang atau material.
4. Orang yang menyiapkan diri untuk "perjalanan
panjang", maksudnya adalah hidup sesudah mati.
Sabda Rasulullah SAW : Seorang hamba tidak dapat mencapai darjat taqwa (muttaqin)
sehingga meninggalkan apa yang tidak berdosa , semata-mata kerana khuatir
terjerumus dalam dosa (H.R. At-Tirmidzi, Ibnu Majah)
Pendekata, taqwa ialah kita lakukan apa yang ALLAH perintah sama ada yang wajib mahu pun sunat,
dan kita tinggalkan apa yang ALLAH larang sama
ada yang haram mahu pun makruh, serta kita jadikan perkara yang harus ibadah
setelah menempuh syarat-syarat tertentu.
Mengapa sifat taqwa ini perlu ? Kerana hanya taqwa yang
diniliai di sisi ALLAH. Dengan adanya taqwa
maka layaklah kita untuk mendapat cinta dan kasih sayang ALLAH.
Antara kelebihan orang bertaqwa
ialah :
1. Mendapat ilmu yang bermanfaat. Firman ALLAH, Surah Al Baqarah : 282
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan
sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa
yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan
hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan
janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana ALLAH
telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang
berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah
dia bertakwa kepada ALLAH Tuhannya dan
janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang
yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak
merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil
(benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan
kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang
lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,
supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka
dapat diingatkan oleh yang seorang lagi dan janganlah saksi-saksi itu enggan
apabila mereka dipanggil menjadi saksi dan janganlah kamu jemu menulis perkara
hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada
kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi ALLAH dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan
saksi dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali
perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka
tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya dan adakanlah saksi apabila kamu
berjual beli dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan dan
kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian
adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu
bertakwa kepada ALLAH dan (ingatlah), ALLAH (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan ALLAH sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
2. Lepas dari masalah kehidupan ; Firman ALLAH, Surah At
Thalaq ayat 2
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka
bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka
dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu
(semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi
saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana ALLAH semata-mata. Dengan
hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang
beriman kepada ALLAH dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)
3. Mendapat rezeki dari sumber-sumber yang luar biasa,
Firman ALLAH, Surah At Thalaq ayat 3
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di
hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
4. Urusannya dipermudahkan. Firman Allah, Surah At Thalaq
ayat 4 :
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa
dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka
idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang
tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga
mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa
kepada ALLAH, nescaya ALLAH memudahkan baginya segala urusannya.
5. Mendapat pembelaan dari ALLAH. Surah Al Jatsiyah : 19
Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat
menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) ALLAH (kalau engkau menurut mereka) dan
sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan
penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah) dan
(sebaliknya) ALLAH menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang
bertakwa (yang engkaulah pemimpinnya)
6. Amal ibadah diterima. Al Maaidah : 27
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah
(mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan
sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban
(untuk mendampingkan diri kepada ALLAH . Lalu diterima korban salah seorang di
antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata
(Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya ALLAH menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
7. Mendapat berkat dari langit dan bumi
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu,
beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi
mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
8. Mendapat bekalan dunia dan bekalan akhirat
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa
bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan
niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak
boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat
Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh ALLAH dan
hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik
bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah
kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
9. Mewarisi bumi (kekayaan, kekuasaan, kehormatan) , Al
Anbiya : 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab
yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu
akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.
10. Mendapat bantuan ALLAH. Surah Ar Rum : 47
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu
(wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa
kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa
orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi
tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
Bagaimana hendak mendapat sifat taqwa ?
Untuk mendapat sifat taqwa, hanya dengan menempuh jalan
iman. Jalan iman ini saya ada menulis dalam notes di link berikut (
http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2010/08/jalan-iman.html). Saya
ringkaskan :
1. Menimba ilmu, bermula dengan ilmu fardhu ain seterusnya
ilmu fardhu kifayah dan beramal dengannya.
2. Bertaubat, sama ada taubat atas dosa kepada ALLAH, mahu
pun dosa sesama manusia.
3. Bersifat zuhud dan bermujahadah ke atas perkara-perakara
yang menghalang untuk beribadah iaitu dunia, manusia, syaian dan nafsu.
4. Bersabar dan bertawakal ke atas perkara yang memesongkan
ibadah iaitu kerisauan ke atas rezeki, kekhuatiran masa depan, musibah yang
melanda dan qadha qadar dari ALLAH.
5. Mengimbangi sifat khauf dan raja' dalam mendorong diri
dalam beribadah.
6. Bersifat tawadduk rendah diri dengan nikmat yang
diperolehi agar terhindar dari rasa ujub dan riya'.
7. Mengucapkan puji dan syukur kepada hadrat ALLAH atas nikmat
yang diberi-NYA, dan nikmat yang terbesar anugerah-NYA ialah nikmat iman dan Islam.
Maka berjuang dan berjihadlah kita agar kita berjaya
melaksanakan yang wajib dan sunat, dan mampu meninggalkan yang haram dan
makruh, serta mengikis sifat-sifat mazmumah dalam diri kita untuk digantikan
denagn sifat mahmudah. Kita mampu melaksanakan perintah fardhu ain dan fardhu
kifayah. Kita mampu memperindahkan amal ibadah kita dengan ibadah sunat. Dan
kita memperelokkan dengan meninggalkan yang haram dan makruh. Agar setelah kita
Islam dan beriman, maka gearan muttaqin pula kita raih dalam mengejar cinta
ALLAH dan Rasulullah SAW.
Madrasah
Darus Syifa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan