Khamis, 2 Mei 2013

Nasihat Al Imam Al Akbar Sayyid Muhammad Ibn Ali Al Sanusi RA

Nasihat Al Imam Al Akbar Sayyid Muhammad Ibn Ali Al Sanusi RA
Posted by Muhammad Firdaus bin Abdul Hadi 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMBERSIHAN JIWA SEORANG MURID

Al Imam Al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA menyenaraikan di dalam kitabnya, al Salsabil al Ma’in fi al Taraiq al Arba’in faktor-faktor yang membantu murid membersihkan jiwa. Di antaranya ialah :
1.       Memakan makanan yang halal dan menjauhkan memakan makanan yang haram.
2.       Mendengar hadith-hadith berbentuk al Targhib (galakan membuat kebaikan ) dan al Tarhib (ancaman melakukan keburukan).

3.     Mempelajari Sirah Nabi SAW, ahwal, kehidupan dan syamail Nabi SAW zahir dan batin sehingga murid benar-benar dapat mengenali Rasulullah SAW dan gambaran Baginda SAW benar-benar terpahat di dalam hati. Ini akan menjadikan murid mengasihi Rasulullah SAW melebihi kasihnya terhadap makhluk yang lain yang dengannya akan menyempurnakan keimanannya. Rasulullah SAW bersabda :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

"Tidaklah beriman seorang dari kalian hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan dari manusia seluruhnya".

Untuk tujuan tersebut, para masyaikh Tariqat Sanusiah telah menetapkan beberapa buah kitab untuk dijadikan bacaan. Di antaranya ialah Syamail al Nabi SAW karya Imam al Tirmizi, al Syifa bi Ta’rif Huquq al Mustafa SAW karangan Syeikh Qadhi ‘Iyadh dan Kifayah al Murid wa Hilyah al ‘Abid karya al Allamah al Kharubi.

4.     Membaca hikayat para masyaikh berkaitan mujahadah dan ketinggian mu’amalah dan hubungan mereka dengan ALLAH. Ia merupakan tentera dari tentera-tentera ALLAH sebagaimana yang ditunjukkan oleh firman ALLAH SWT di dalam surah al Hud; ayat 120 mafhumnya:
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya.”

5.      Bersegera melakukan amalan-amalan kebaikan seperti memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulillah SAW.

Al Imam al Akbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi RA berkata :

وليشتغل المريد بالأعمال المسرعة به إلى حضرة الفلاح والفوز بالكمال كالصلاة على النبي صلى اللع عليه وسلم، فقد قالبعضهم إنها لا يدخلها الرياء، وبعضهم أنها مقبولة مطلقا، وهي على هذا من الغنائم الباردة لسالكي طريق المجاهدة في الله.

“Hendaklah murid menyibukkan dirinya dengan amalan-amalan yang boleh mempercepatkan kepada terhasilnya kejayaan yang sempurna seperti berselawat ke atas Nabi SAW. Berkata sebahagian ulama’ : Sesungguhnya ia tidak dimasuki oleh sifat riya’. Sebahagian ulama’ pula berkata : Ia diterima secara mutlak. Oleh kerana itulah, ia merupakan keuntungan yang diperolehi dengan mudah bagi  orang yang menjalani jalan mujahadah fillah.”

6.     Meninggalkan bergaul dangan manusia secara berlebih-lebihan.
7.     Meninggalkan berbicara dengan manusia secara berlebih-lebihan.
8.     Meninggalkan tidur secara berlebih-lebihan.
9.     Meninggalkan makan secara berlebih-lebihan.

Sumber : Pengenalan Tariqat Al Muhammadiah Al Sanusiah Al Idrisiah karangan Dato Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Rembawi.

http://firdaushadi.blogspot.com/2012/12/faktor-faktor-yang-membantu-pembersihan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...