Semua Makhluk Bertasbih Kepada ALLAH SWT
ALLAH telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudanNya termasuklah Nama-nama ALLAH pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan ALLAH dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLAH; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1.
Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Nukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan ALLAH S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentulah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi samalah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji ALLAH , maka begitu jugalah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji ALLAH. Dan ketahuilah, tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanALLAH. Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya. Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan bunyi membesarkan ALLAH yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaALLAH.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat-ayat dalam Al Quran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji ALLAH, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji ALLAH, terutamanya orang-orang yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
Kaabah letaknya bersetentangan / selari dengan masjid para malaikat di langit iaitu Baitul Ma’mur. Maka umat Islam bukan mengelilingi Kaabah kerana menyembah Kaabah , tetapi penyatuan hati menuju kepada ALLAH. Mengadap ke arah Kaabah hanya lah mengadap kiblat, yang mana kiblat itu secara terus menuju kepada ALLAH S.w.t.
Walau bagaimanapun manusia sendiri tidak menyedari betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji ALLAH. Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri daripada susunan ATOM. Gabungan daripada ATOM-ATOMlah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM-ATOM pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.
Elektron sentiasa mengelilingi Nukleus di dalam ATOM, dan dengan inilah disabitkan bahawa mereka itu tawaf (berpusing keliling) sambil memuji-muji ALLAH S.w.t.
Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji ALLAH, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya, in sya ALLAH.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat ALLAH) ”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Surah Ar Ra’d : Ayat 28.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLAH, dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1.
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada ALLAH Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1.
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya ALLAH (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada ALLAH dan memujiNya; dan ALLAH Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41.
Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji ALLAH, “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul ) mengenai perkara yang berhubung dengan ALLAH (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13.
Dan banyak lagi ayat Al Quran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji ALLAH. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji ALLAH dan masih memuji makhluk-makhluk lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” Surah As Sajdah : Ayat 15.
Semoga kita kembali mentauhidkan ALLAH dengan sebenar-benarnya. Cintai ALLAH cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all.
Rujukan:
http://unikversiti.blogspot.com/2009/01/dari-makhluk-terkecil-hingga-makhluk.html
Semua makhluk bertasbih kepada Allah. |
Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu ATOM, hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus, Rigel, Aldebaran, Betelgeuse, Antares dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan ALLAH dan bertasbih memujiNya.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLAH; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hadid : Ayat 1.
Konsep ATOM, di mana Elektron mengelilingi Nukleus (Proton dan Neutron) adalah sama dengan konsep planet-planet mengelilingi matahari dalam sistem suria (Solar System) kita, begitu juga dengan sistem suria kita pula beredar mengelilingi Galaksi Bima Sakti (Milky Way Galaxy) dan begitulah seterusnya. Sungguh amat luas alam semesta ini, tiada siapa yang dapat menjangkaunya melainkan ALLAH S.w.t.
Bagaimana semua itu dapat beredar di dalam paksi dengan elok sekali, tanpa lari dari garisan orbitnya dan melencong ke arah lain? Sudah tentulah ada yang mengawalnya.
Konsep ATOM, planet-planet dan sistem suria tadi samalah konsepnya dengan umat Islam tawaf di Kaabah di Kota Mekah Al Mukarramah. Umat Islam tawaf mengelilingi Kaabah sambil memuji-muji ALLAH , maka begitu jugalah Atom, planet-planet dan sistem suria tadi, semuanya beredar di atas paksi (tawaf) sambil memuji-muji ALLAH. Dan ketahuilah, tiada tempat di dunia ini yang selama 24 jam sehari dipenuhi orang tawaf tanpa henti bergilir-gilir begitu, SubhanALLAH. Begitu juga jika dilihat pada suatu AZAN yang dilaungkan apabila masuk waktu solat, ianya sentiasa berkesinambungan tanpa henti dari satu tempat ke satu tempat di seluruh dunia ini mengikut waktu-waktunya. Dengan kata lain, AZAN itu diibaratkan bunyi membesarkan ALLAH yang tawaf mengelilingi Bumi tanpa henti, masyaALLAH.
Maka sekaligus sains sendiri telah membuktikan kebenaran ayat-ayat dalam Al Quran tersebut. Sesungguhnya segala makhluk di dunia ini bertasbih memuji ALLAH, hanya kita sahaja yang tidak tahu bahasa mereka. Dan yang lagi sedihnya, hanya MANUSIA sahaja yang ramai tidak suka malah langsung tidak memuji ALLAH, terutamanya orang-orang yang tidak beriman.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44
Kaabah letaknya bersetentang /selari dengan masjid para malaikat... |
Walau bagaimanapun manusia sendiri tidak menyedari betapa tubuh mereka sendiri sebenarnya BERTASBIH memuji ALLAH. Kerana apa? Kerana setiap makhluk termasuk manusia terdiri daripada susunan ATOM. Gabungan daripada ATOM-ATOMlah yang membentuk pelbagai makhluk termasuk kita manusia. Bermakna ATOM-ATOM pada tubuh kita sentiasa bergetaran , tetapi pada ukuran yang sangat halus yang kita tidak nampak dengan mata kasar.
Elektron sentiasa mengelilingi Nukleus di dalam ATOM, dan dengan inilah disabitkan bahawa mereka itu tawaf (berpusing keliling) sambil memuji-muji ALLAH S.w.t.
Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji ALLAH, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya, in sya ALLAH.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat ALLAH) ”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Surah Ar Ra’d : Ayat 28.
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada ALLAH, dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1.
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada ALLAH Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Jumu’ah : Ayat 1.
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya ALLAH (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa), sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada ALLAH dan memujiNya; dan ALLAH Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah An Nuur : Ayat 41.
Sehinggakan guruh dan petir juga adalah memuji ALLAH, “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dialah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul ) mengenai perkara yang berhubung dengan ALLAH (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.” Surah Ar Ra’d : Ayat 13.
Dan banyak lagi ayat Al Quran yang menyebut tentang segala makhluk bertasbih memuji ALLAH. Maka adakah kamu masih tidak mahu bertasbih memuji ALLAH dan masih memuji makhluk-makhluk lain? Bukti telah jelas diberikan sama ada secara rohani mahupun saintifik, adakah kamu masih ragu-ragu?
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” Surah As Sajdah : Ayat 15.
Semoga kita kembali mentauhidkan ALLAH dengan sebenar-benarnya. Cintai ALLAH cintai Rasul, cintai kedua orang tua, sayangi manusia dan segala makhluk. Peace, love and justice for all.
Rujukan:
http://unikversiti.blogspot.com/2009/01/dari-makhluk-terkecil-hingga-makhluk.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan