Ahad, 17 Ogos 2014

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh Kepada Anaknya.

Muhammad Al-Fateh
Seketika, saya terharu membaca beberapa helaian yang mencatat isi sebahagian wasiat dan nasihat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya ketika beliau di ambang kematian. Terasa seolah-olah Al-Fateh sedang berbicara di hadapan saya.Cukup menyentuh, memberi kesan serta muhasabah buat mereka yang bergelar pimpinan.

BELIAU BERKATA:
  • Jadilah seorang yang ADIL, SOLEH, dan PENYAYANG.
  • PERMUDAHKAN (jangan menyusahkan) atas pemeliharaanmu (terhadap sesuatu urusan) tanpa ada diskriminasi.
  • BERAMALAH untuk menyebarkan agama Islam, kerana itu adalah kewajipan pemimpin di atas muka bumi.
  • UTAMAKAN PERKARA-PERKARA AGAMA di atas setiap sesuatu, dan jangan kamu hilangkan ketabahan ( untuk melaksanakannya ).
  • Jangan kamu angkat individu yang tidak mengutamakan perkara agama, tidak meninggalkan dosa-dosa besar, dan tenggelam di dalam keburukan.
  • JAUHKAN (dirimu) daripada bidaah yang buruk dan mereka-mereka yang menggalakkannya.
  • LUASKAN JIHAD jihad ke seluruh negara.
  • JAGALAH harta-harta Baitul Mal daripada disalahgunakan.
  • BERHATI-HATI daripada menghulurkan tanganmu terhadap harta orang lain (mengambil harta orang lain) daripada harta yang kamu jaga kecuali dengan hak Islam.
  • SATUKAN LAH HATI-HATI bagi orang-orang yang berkehendak dan memerlukan itu kekuatan mereka dan muliakanlah mereka yang berhak (dimuliakan).
Moga-moga mampu memberi sedikit pencerahan kepada kita semua.

Dikutip dari karya Dr Ali- Al-Solabi,dalam bukunya Daulah Uthmaniyyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...