Sabtu, 16 Ogos 2014

- HADIS TERUNGGUL -

Gambar hiasan
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab:“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:“Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas kita seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalam, wallahualam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...