Ahad, 1 Julai 2012

NIKMAT KHUSYUK SOLAT -TANDA AMALAN IBADAT LAIN DITERIMA

TUGAS utama Nabi Muhammad SAW dan rasul adalah untuk membina diri manusia supaya berakhlak mulia serta beramal salih. Pembangunan diri manusia, pembangunan insan adalah menjadi tonggak segala pembangunan lain.

Bagaimana manusia boleh membangunkan akhlak mulia boleh difahami dan dipelajari dalam peristiwa Isra’ Mikraj, yang mana Nabi Muhammad SAW dibawa melihat setiap kelakuan manusia, nyata atau ghaib.

Berdasarkan gagasan Isra’ Mikraj, solat fardu lima waktu menjadi perintah utama kerana ia ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan sama ada ketika sihat atau sakit, menjadi tonggak kekuatan agama, menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur.

Maka kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. – Surah An-Najm, Ayat 5

Selain itu kualiti solat juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah lain. Wujud perkaitan kuat jika seseorang itu lemah melaksanakan solat, maka ibadah lain mempunyai tahap yang sama. Berdasarkan perkaitan ini, amalan solat adalah amalan yang dapat mencegah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Jika solat itu dibuat secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi kesan buruk terhadap kelakuan seseorang.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.”
(Surah al-Maa’un, ayat 5)
Maksud lalai ialah mereka yang melakukan solat tidak menyedari bilangan rakaatnya, malas melakukan solat sehingga bertangguh-tangguh kerana mengutamakan pekerjaan lain, terburu-buru melakukan solat dan tidak merasai nikmat melakukan solat pada awal waktu.

Memandangkan solat adalah perintah Allah SWT, maka pelaksanaan solat hendaklah dilaksanakan secara khusyuk mengikut peraturan tertentu. Solat yang hakiki dilakukan secara khusyuk akan melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbezaan antara manusia dan perbezaan antara syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun tidak dapat bertemu Allah SWT seperti dialami Nabi Muhammad SAW berdasarkan gagasan Isra’ Mikraj, kita dapat berhadapan dengan Allah SWT dalam solat dengan syarat, hati kita sepenuhnya mengingati Allah dengan menghindari penyakit syahwat atau bisikan duniawi.

Kedua, hati kita sentiasa mengagungkan Allah SWT dan merasa Allah sentiasa melihat diri kita dan ketiga, hati kita sentiasa meresapi makna ayat al-Quran yang di baca dalam solat.

Menurut Imam Ghazali, antara amalan membentuk solat yang khusyuk ialah memastikan sumber rezeki adalah halal, mendirikan solat seolah-olah akan menghadapi kematian pada esok hari, mendirikan solat pada awal waktu.

Memahami pengertian bacaan dalam solat, mengambil wuduk dengan sempurna dan pakaian bersih, memiliki sifat malu kepada Allah SWT jika pelaksanaan solat itu tidak sempurna.
Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral dideritai segolongan umat Islam kini berpunca daripada solatnya tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan perbuatan berdosa.
Gagasan dan kebenaran dalam Isra’ Mikraj ini hendaklah kita teladani, pelajari serta dihayati sebaik mungkin, untuk mengelakkan diri daripada melakukan pelbagai kejahatan, kemungkaran serta terjerumus gaya hidup berdosa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.” (Surah an-Nisaa’, ayat 142)

Sumber :http://pondokhabib.wordpress.com




MENJADI SEORANG SUFI

Gambar hiasan
Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya. Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina. Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

PUASA SYAABAN AMALAN SUNNAH

Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

KINI, kita berada di bulan Syaaban dan bermakna semakin menghampiri Ramadan. Dalam budaya hidup masyarakat Islam, kehadiran Syaaban tidaklah semeriah menyambut Ramadan.

Ramadan dianggap bulan penuh rahmat lagi berkat. Tetapi jangan kita lupa, Syaaban yang bersempadan Ramadan juga mempunyai kedudukan istimewa.

Jangan biarkan Syaaban berlalu begitu saja tanpa diisi dengan amalan sunat seperti berpuasa yang menjadi salah satu amalan yang dianjurkan Rasulullah s.a.w.

Amalan itu adalah lambang kita mencontohi Rasulullah s.a.w dalam beramal ibadah. Berpuasa pada bulan Syaaban boleh diibaratkan seperti ‘menghidupkan enjin’ kereta sebelum memandu.

Selain mengikuti jejak sunnah Rasulullah s.a.w, kita juga dapat membiasakan diri dengan amalan berpuasa. Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana menghidupkan serta meraikan kehadiran Syaaban.

Aisyah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka puasa.

Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban. (Hadis direkodkan oleh Bukhari).

Dari kenyataan Aisyah itu, jelaslah amalan sunnah yang seharusnya kita tegakkan semasa berada dalam bulan Syaaban ini ialah berpuasa sunat.

Diceritakan Usamah bin Zaid, katanya, “Aku bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam sebulan berbanding bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian bulan Syaaban.

 Lalu Baginda menjawab, “Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Allah Tuhan Semesta Alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.’ (Hadis riwayat An-Nasai’).

Kenyataan Rasulullah s.a.w itu menjadi dorongan kepada kita serta ahli keluarga supaya menggerakkan semangat berpuasa. Jangan membiarkan diri kita termasuk dalam kategori golongan mukmin yang melupakan kelebihan bulan Syaaban.

Ulama merumuskan, berpuasa pada bulan Syaaban adalah ibadah puasa terbaik selepas puasa wajib di bulan Ramadan.

Abdullah bin Amru bin Al-As menceritakan, Rasulullah memberitahu, “Allah memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Manakala, Muaz bin Jabal mempunyai maklumat berkenaan fadilat Syaaban. Katanya, Rasulullah pernah mengatakan, “Allah melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hamba-Nya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang berzina.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Berasakan dua riwayat hadis itu, Syaaban adalah bulan yang sangat perlu kita manfaatkan kerana ganjaran pahala besar menanti setiap mukmin.

Selain berpuasa, kita juga dianjurkan aktif melakukan gerak kerja amalan hasanah lain. Antaranya membanyakkan bertaubat, berdoa, dan selawat.

Begitu juga amalan bersedekah; jangan hanya tunggu tibanya Ramadan, baru tangan ‘ringan’ untuk bersedekah kerana ingin merebut fadilat Ramadan.

Antara peristiwa yang berlaku dalam bulan Syaaban pada zaman Rasulullah antaranya pertukaran kiblat dari Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah.

Kisah perubahan kiblat itu berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu, Rasulullah menunaikan solat menghadap ke Baitul Maqdis selama 17 tahun.

Solat pertama yang didirikan Baginda apabila perintah menukarkan arah kiblat Allah ke arah Kaabah ialah solat Asar sambil diikuti sahabat Baginda.

Sejarah itu menjadi titik penting dalam perkembangan syiar Islam dan wajar sebagai umat masa kini mengingatinya. Baginda berkata, “Kaabah itu kiblat bagi orang di dalam masjid dan masjid itu bagi orang di Tanah Haram (Makkah) dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi).

Kerana banyaknya ganjaran pahala pada bulan Syaaban ini, maka hati mesti dididik supaya sentiasa cintakan amalan sunnah yang dianjurkan Rasulullah s.a.w.

http://pondokhabib.wordpress.com

ikirim dalam Nisfu Syaaban

Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI

Wahabi simen pintu Gua Uhud
Satu demi satu usaha puak ekstrem wahhabi melukai hati umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, usaha wahhabi di Arab Saudi menutupi pintu Gua Uhud dengan simen dan batu. Kebiadaban apa yang telah meresap ke dalam jiwa mereka.
Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Usaha berterusan dalam melemahkan ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga ALLAH melindungi kita semua.

Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka dimana pernah Sayiduna Muhammad وآله وسلمصلى الله عليه  letakkan. Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH… betapa kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari tangan-tangan hina mereka sendiri.

Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم merasai kesedihan apabila melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH. Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم . Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Ayah pemuda Rafi’ bin Khudaij merayu kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم Agar mengizinkan anaknya berjuang.

Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Bapa-bapa di Saudi begitu tenang dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.

Tuan-Puan, Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib.

Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم hingga membasahi wajah beliau. ALLAH…..Seraya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata dalam keadaan menahan pedih :
كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم

“Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH” [Ibnu Hisyam, J:2]

Tuan-Puan, Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم . Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan akhlak sebegini. ALLAHU AKHBAR……
أ خف عنا يا الله

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

http://almukminun.blogspot.com

Di Penghujung Aku

Gambar hiasan
kerdilnya aku..........di sisi-Mu
jahilnya aku.........di kitab-Mu
semputnya aku.....di titian-Mu
jaraknya aku.....di kiblat-Mu
alpanya aku....dirahmat-Mu
egonya aku....dikasih-Mu
sombongnya aku.....dikalam-Mu
bakhilnya aku......direzeki-Mu
angkuhnya aku.....diseruan-Mu
hingga tika suara itu
 seruan rahmat-Mu menembusi mimpiku
mengalun merdu menggamit nafasku
terzahir istiqhfar penghujung bibirku
himpitan resah terjah ke dadaku
debaran kuat membaluti jantungku
sesatnya aku di kemewahan rahmat-Mu
berbakikah lagi ruang untukku
mengatur diri menyuci kilafku
menyusun kalam menadah jemariku
bersujud syahdu ditikar ka'bah-Mu
beriringan laju aliran dosaku
sendu hiba bergelodak tiada siapa tahu
yang tersembunyi bersilang tawaku
rintihku hanya buat-Mu
kerna ku tahu akan rahmat-Mu
tiada sempadan jauh sekali sekatan
hulurkan aku talian hayat sekian kali ini
agar ku bisa paut kukuh tersimpul mati
merah hatiku kencang jantungku
bernafas sewangi pohon kasturi
berseri indah taman rohani










EMPAT PERKARA


Gambar hiasan
Anas ra. berkata:

Nabi saw. bersabda: Allah Ta'ala berfirman: "Terdapat 4 perkara, satu di antaranya menyangkut hubungan dengan Aku, satu menyangkut hubunganmu dengan hamba-hambaKu, satu untukmu dan satu untuk Aku. Adapun yang untuk Aku ialah bahwasanya engkau menyembah-Ku tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku, sedang yang satu untuk engkau ialah bahwasanya apa yang telah engkau perbuat dari kebaikan Aku akan membalasmu. Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahwasanya engkau berdoa dan Aku menerima dan yang antaramu dan hamba-hambaKu ialah bahwasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri."

(Riwayat Abu Nu'aim)

4 MALAIKAT YANG MENDATANGI ORANG SAKIT.

Gambar Hiasan
Fitry Syamsah [fb]

Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh saat kita sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah SWT pada kita. Kita mengeluh saat sakit kerana kita tidak tahu rahsianya. Tulisan pendek ini membuktikan bahawa sakit itu harus disyukuri kerana itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit.
Rasulullah ? bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sihat dan pada saat waktu senangnya.”

Ujaran Rasulullah tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Subhanallaah … subhanallaah … !!

“Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau pe­nyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan di­jadikan penebus dosanya oleh Allah.
(HR Bukhari-Muslim)

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada Sultan d...