Khamis, 15 Disember 2011

SENYUM ITU SEDEKAH


Senyumlah walaupun dirimu disakiti

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami  menyedekahkannya?
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan  Abu Dzar ).

Dalam  hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan  Baihaqi ).

Rabu, 7 Disember 2011

HAI ABDUL –AAL BERPESAN


Kasihanilah anak-anak yatim

Dan berikan pakaian kepada orang yang tidak berpakaian.

Dan beri makan pada orang yang lapar, dan hormatilah tetamu dan orang gharib (perantau ), semoga dengan begitu anda diterima oleh ALLAH.

Dan perbanyakkanlah zikir, jangan sampai termasuk golongan yang lalai di sisi ALLAH.

Dan ketahuilah bahawa satu rakaat di waktu malam lebih baik dari seribu rakaat di waktu siang,

Dan janganlah mengejek bala/ musibah yang menimpa seseorang.
Dan janganlah berkata Ghibah dan Namimah ( menyebut keburukan orang lain atau mengadu domba antara seorang dengan yang lain).dan jangan membalas, mengganggu pada orang yang mengganggumu.

Dan maafkan orang yang aniya padamu.
Dan berilah pada orang yang bakhil padamu.
Dan berlaku baik pada orang yang jahat padamu.

Dan sebaik-baik manusia akhlak budi pekertinya ialah yang paling sempurna imannya.
Dan siapa yang tidak berilmu, maka tidak berharga di dunia dan akhirat.
Dan siapa yang tidak sabar, tidak berguna ilmunya.
Siapa yang tidak dermawan, tidak mendapat keuntungan dari kekayaannya.
Siapa yang tidak sayang sesama manusia, tidak mendapat hak syafaat di sisi Allah  SWT.
Siapa yang tidak sabar tidak mudah selamat.
Dan siapa yang tidak bertaqwa, tidak berharga di sisi ALLAH.

Dan siapa yang memiliki sifat-sifat ini tidak mendapat tempat di Syurga.

Berzikirlah pada Allah dengan hati yang hadir (khusyu') dan berhati-hati daripada lalai, sebab lalai itu menyebabkan hati beku.

Dan serahkan dirimu pada Allah, dan relakan hatimu menerima bala ujian sebagaimana kegembiraanmu ketika menerima nikmat dan kalahkan hawa nafsu dengan meninggalkan  syahwat.


12 TANDA SESEORANG YANG BENAR-BENAR DALAM SYARIAT

      1.       Benar-benar mengenal ALLAH ( mengerti benar tauhid dan mantap
             iman keyakinannya kepada ALLAH.
      2.       Menjaga benar-benar perintah ALLAH.
      3.       Berpegang teguh pada sunnah Rasulullah SAW.
      4.       Selalu berwuduk (yakni bila berhadas, segera memperbaharui 
             wuduk).
      5.       Rela menerima qada ALLAH dalam suka dan duka.
      6.       Yakin terhadap semua janji ALLAH.
      7.       Putus harap dari segala yang ada pada tangan makhluk ( manusia )
      8.       Tabah, sabar menanggung berbagai derita dan gangguan orang
      9.       Rajin mentaati perintah ALLAH
     10.    Kasih sayang terhadap semua makhluk ALLAH.
     11.   Tawadduk, merendah diri terhadap yang lebih tua, atau yang lebih muda.                                                                
    12.     Menyedari selalu bahawa syaitan itu musuh utama.

Sabtu, 3 Disember 2011

Darjat SALIHIN..


IBRAHIM ADHAM R.A. berkata:
Seorang tidak akan mencapai darjat orang SALIHIN, sehingga melalui ENAM rintangan;
   1.       Menutup pintu kemuliaan, membuka pintu kehinaan.
   2.       Menutup pintu nikmat, membuka pintu kesukaran.
   3.       Menutup pintu istirahat, membuka pintu perjuangan.
   4.       Menutup pintu tidur, membuka pintu jaga.
5.       Menutup pintu kekayaan, membuka pintu kemiskinan.
6.       Menutup pintu harapan, membuka pintu bersiap menghadapi maut.

TIGA TANDA..



TANDA SESEORANG MENDAPAT TAUFIQ ITU ADA TIGA:
1.       Mudah mengerjakan amal kebajikan, padahal ia tidak ada niat dan bukan tujuannya.
2.       Berusaha untuk berbuat maksiat, tetapi selalu terhindar daripadanya.
3.       Selalu terbuka baginya keperluan dan hajat kepada Allah Taala.


TANDA SESEORANG YANG DIHINAKAN OLEH ALLAH ADA TIGA:
1.       Sukar melakukan ibadat / taat, padahal ia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
2.       Mudah terjerumus ke dalam maksiat, padahal ia berusaha menghindarkannya.
3.       Tertutup pintu berhajat kepada Allah, sehingga merasa tidak perlu berdoa dalam segala hal.


ENAM SIFAT SAHABAT RASULULLAH SAW

  1. Hakikat Kalimah Toyyiba :Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah
  2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
  3.  Hakikat Ilmu & Zikir
  4.  Hakikat Iqram Muslimin
  5. Hakikat Ikhlas Niat
  6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah


1.    HAKIKAT KALIMAH TOYYIBAH : “Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal:

1.1  KALIMAH IMAN IAITU -  LAAILAHAILALLAH .
Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah
Maksud dan Tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan di dalam diri kita dan memasukan kebesaran
Allah ke dalam hati kita.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah
maka akan lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda :
man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”
Maksudnya :
Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah laailahailallah wajib
masuk syurga.

Cara Untuk Mendapatkannya :
Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
Hendaklah da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita di seluruh alam.
Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman di dalam diri kita serta
di dalam diri saudara kita di seluruh alam.

1.2 KALIMAH AMAL IAITU : MUHAMMADARASULULLAH
 Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.

Maksud dan Tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini,
cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah SAW :
Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan
barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.
Sabda Rasulullah SAW :

Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”
Maksudnya :
Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad
(kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid.

Cara Untuk Mendapatkannya :
§  Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
§  Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri di jalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
§  Hendaklah da’wahkan amal ini kepada saudara kita di seluruh alam.
§  Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Amal di dalam diri kita serta
diri saudara kita di seluruh alam.




2. HAKIKAT SOLAT KHUSYU’ WAL KHUDU’
Solat,Maksudnya : Hubungan manusia dengan Kholiq (Maha Pencipta)

Khusyu’ Maksudnya : Kosentrasi
Khudu’ Maksudnya : Tertib



Tertib dibagi Tiga :
1. Tertib Waktu, iaitu solat di awal Waktu
2. Tertib Tempat, solat di mana azan diazankan iaitu di masjid
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah

Maksud dan Tujuannya :
§  Sifat-sifat didalam Solat kita bawa ke dalam kehidupan kita sehari-hari.
§  Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di luar Solat pun kita hendaklah
              menutup aurat.
§  Di dalam Solat kita menundukan pandangan, maka di luar Solat pun kita hendaklah
              menundukan pandangan.
§  Di dalam Solat kita mengucapkan salam, maka di luar Solat juga hendaklah kita
              mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur
2. Terbebas dari sifat munafik

Barang siapa yang menjaga Solatnya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :
1. Akan diberi Keberkatan rezeki
2. Akan diselamatkan dari siksa kubur
3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan
4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Akan masuk syurga tanpa hisab

Cara Untuk Mendapatkannya :
  • §  Hendaklah Solat di awal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid).
  • §  Hendaklah Solat di sof yang paling depan.
  • §  Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah
  •   Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
  • §      Hendaklah berdo’a agar Allah SWT tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’
  •       di dalam diri kita serta dalam diri saudara kita di seluruh alam.


3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
3.1  ILMU, Maksudnya : PENGETAHUAN


        Maksud dan Tujuannya :
  •  §   Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah
  •            Allah swt dan yang mana Larangan-Nya.
  •  §         Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang halal
  •           dan yang mana haram.
  •  §          Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat  
  •           dan yang mana Makruh.

Kelebihan atau Keutamaanya :
§  Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 100
orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang
 yang berada di jalan Allah sehingga ia kembali.
§  Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi 
kemudahan jalan menuju syurga.

Cara Untuk Mendapatkannya :
Ilmu terbahagi dua iaitu Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
§  Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, tok kiyai, ustaz mursyid, Guru-guru Agama dan sebagainya.
§  Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku Fadail Amal dll.
§  Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam.
§  Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam

3.2  ZIKIR Maksudnya : INGAT KEPADA ALLAH SWT
Maksud dan Tujuannya :
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan.

Kelebihan atau Keutamaanya :
§  Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah.
§  Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati di sisi Allah.
§  Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.

Cara Untuk Mendapatkannya :
§  Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan,atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .
§  Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang:
             Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.

            Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
Ø  100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar)
             Tanda cinta kita kepada Allah swt.
Ø  100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad)
              Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.
Ø  100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim)
             Tanda cinta kita kepada diri kita.

§  Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
§  Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

4. HAKIKAT IQRAM MUSLIMIN
Maksudnya : Memuliakan sesama muslim.

Maksud dan Tujuan :
Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan 
( balasan ).





Kelebihan atau Keutamaannya :
§  Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan menutupi aibnya
di dunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi ia selalu menolong
             sesama muslim.
§  Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan memberi
             73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan di dunia ini manakala 72 lagi
             Diberikan di akhirat nanti.

Cara Untuk Mendapatkannya :
§  Hendaklah memuliakan orang tua kita, alim-ulama, tok kiyai & guru agama.
§  Hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari pada kita.
§  Hendaklah menghargai orang yang sebaya dengan kita.
§  Hendaklah menyayangi orang yang lebih muda dari pada kita.
§  Hendaklah kita da’wahkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini kepada saudara kita
di seluruh alam. 
§  Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini di dalam
diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

5. HAKIKAT IKHLAS NIAT
Maksudnya : Niat yang ikhlas.

Maksud dan Tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah swt.




Kelebihan atau Keutamaanya :
§  Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas karena Allah,maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
§  Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan             keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia sahaja.

Cara Untuk Mendapatkannya :
§  Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
§  Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
§  Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri
saudara kita diseluruh alam.



6. HAKIKAT KHURUJ FIISABIILILLAH
Maksudnya : Keluar di jalan Allah swt.


Maksud dan Tujuannya :
Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke seluruh alam.

Kelebihan atau Keutamaannya :

Rasulullah saw bersabda :
Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang keluar di jalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia beserta isinya.

Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat di jalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.

Kelebihan atau Keutamaannya:
§  Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah akan menjadi perisai (pelindung) daripada asap api neraka.
§  Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang yang keluar di jalan             Allah.
§  Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang
keluar di jalan Allah.
§  Semua makhluk baik di daratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada Allah untuk orang yang keluar di jalan Allah.
§  Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.
§  Satu perkataan da’wah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.

Cara Untuk Mendapatkannya :
§  Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah.

§  Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar di jalan Allah :
Ø  Seumur hidup 4 bulan.
Ø  Setahun 40 hari.
Ø  Setiap bulan 3 hari.
·   Hendaklah hidupkan musyawarah harian
·   Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah 2
·   Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim masjid
·   Hendaklah hidupkan 2 setengah jam
·   Hendaklah hadir pada malam markas
·   Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan
·   Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang

Sumber : pakarHowTo.com

Jumaat, 2 Disember 2011

BIOGRAFI IMAM JUNAID AL-BAGHDADI


Gambar Hiasan

Junaid Al-Baghdadi adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak ditemukan tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau termasuk orang terawal yang menyusun dan membahas tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi.

Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidak disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sebahagian peniaga lain yang kaya raya di Baghdad.

Waktu yang beliau gunakan untuk berniaga sering disingkatkan kerana beliau lebih mengutamakan pengajian bagi para muridnya yang dahaga ilmu pengetahuan. Sesuatu yang mengagumkan ialah Imam Junaid selalu menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. Kemudian beliau kembali ke rumah untuk beribadah seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. Penduduk Baghdad datang ke masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga masjid penuh sesak.
Imam  Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga.

Beliau selalu membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah. Bertasauf sesuai Sunnah Rasulullah SAW.
Imam  Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya.

Beliau pernah berkata :
“Setiap jalan (tarekat) tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Barangsiapa yang tidak menghafal al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini.”

Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah
Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. Di antaranya ialah pengaruh beliau yang kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid, bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa, bahkan semua golongan meminatinya.

Masjid –masjid  sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah, ahli kalam, ahli fikih, ahli politik dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut.

Diuji Dengan  Wanita Cantik
Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalu menerima ujian dan cobaan. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan reputasi Imam Junaid.

Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak  berhasil.

Musuh-musuhnya  berusaha membuat sesuatu yang dapat memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk menggoda Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadah. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk.

Namun wanita cantik itu dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh siapapun. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Allah, wanita cantik itu tersungkur ke bumi dan mati seketika.
Mendengar berita kematian wanita tersebut, Khalifah memarahi Imam Junaid kerana dianggap telah melakukan sebuah tindakan jenayah (kejahatan).

Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan atas perbuatannya. “Mengapa engkau membunuh wanita ini?” tanya khalifah.
“Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun,” jawab Imam Junaid.

Wafatnya
Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli, salah seorang muridnya.

Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai  berkata-kata.”
 
Sumber :


AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...