Khamis, 19 Julai 2012

KISAH PERBUALAN ANTARA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN IBLIS




SOALAN Rasulullah s.a.w : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta TIDAK membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

SOALAN Rasulullah s.a.w: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

SOALAN Rasulullah s.a.w: "Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?”

Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya ( kemaluannya ). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

SOALAN Rasulullah s.a.w:"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"

Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

SOALAN Rasulullah s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"

Jawab Iblis: " Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap LA ILLAHAILLALLAH dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".

Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekalian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat.
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka marah mereka kepada engkau (IBLIS) aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

·      Sumber: http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah-2.php

Ahad, 15 Julai 2012

BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Gambar hiasan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini:
Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.
Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:  

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.  
2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 
3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.



BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

 2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

 3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.


NILAI WAKTU DALAM KEHIDUPAN


“Sebenarnya waktu yang dimiliki oleh manusia adalah umurnya sendiri yang terus berjalan perlahan seperti gerakan awan. Setiap waktu yang digunakan untuk Allah, itulah kehidupan dan umurnya. Sementara itu, waktu yang digunakan selain dengan tujuan tersebut tidak dianggap sebagai waktu (yang berarti) bagi hidupnya. Jika dia terus hidup, maka hidupnya sama dengan kehidupan binatang. Jika dia menghabiskan waktu dalam keadaan lalai, lupa diri, dan membangun harapan-harapan bathil, maka waktu terbaik yang dilaluinya adalah ketika tidur dan menganggur. Maka orang tersebut lebih baik mati daripada terus bertahan hidup”.

[Ibnul Qayyim rahimahullah]

Milik Dia

Gambar hiasan
detik itu kembali menyapa
saat itu kembali bicara
sapaan itu kembali menyata
wahai engkau hamba Tuhan
sejudlah segera...sujudlah
waktumu semakin hampir
waktumu semakin kecil
waktumu semakin tersisa

hati kecilmu meminta
suatu yang telah membenarkan akan keTuhanan
hatimu telah bicara benar akan jalan menuju Tuhan

usah lagi menafikan
usah lagi menidakkan
usahlah lagi cuba menolak kenyataan
mutlak segalanya milik Tuhan
Dia yang Maha Esa
Milik Dia segalanya
segalanya milik Dia

apapun milikmu -dalam dakwaanmu
bukan itu...
bukan ini
segalanya milikmu itu adalah milik Dia

dari dalam aku 20Julai2012

Sabtu, 14 Julai 2012

Kisah Masuk Islamnya Seorang Doktor Amerika Kerana Satu Ayat Al-Qur’an


Gambar hiasan

Beberapa tahun yang lalu, seorang teman bercerita kepadaku tentang kisah seorang doktor Amerika memeluk Islam. Daripada apa yang kuingat, kisah yang indah ini adalah : Kisah ini terjadi di salah satu hospital di Amerika Syarikat.

Di HOSPITAL tersebut, seorang doktor pakar muslim bekerja dengan sangat baik, sehingga memberi pengaruh besar di kalangan doktor berbangsa Amerika yang bekerja di hospital yang sama. Dan dia, dengan kemampuan tersebut menarik perhatian serta mengkagumkan mereka. Di antara para doktor Amerika ini, dia mempunyai satu teman karib, iaitu orang yang menceritakan kisah ini. Mereka berdua selalu bertemu dan kedua-duanya bekerja di wad bersalin.

Pada suatu malam, di hospital tersebut dua orang wanita telah melahirkan bayi pada ketika yang hampir sama. Setelah kedua-dua wanita itu melahirkan, dua bayi tersebut tercampur dan tidak ada yang mengetahui pemilik sebenar kedua-dua bayi tersebut iaitu seorang laki-laki dan seorang lagi perempuan. Kecelaruan ini terjadi disebabkan kelalaian jururawat yang seharusnya menulis nama ibu pada gelang yang diletakkan di tangan kedua-dua bayi tersebut.

Dan dalam kebingungan menentukan pemilik bayi-bayi tersebut, maka doktor berbangsa Amerika berkata kepada doktor Muslim tersebut;
" Engkau mengatakan bahwasanya Al-Qur’an telah menjelaskan segala sesuatu dan engkau mengatakan bahwasanya Al-Qur’an itu mencakup semua permasalahan-permasalahan apapun. Maka tunjukkanlah kepadaku cara mengetahui siapa ibu dari masing-masing bayi ini..!!"

Doktor Muslim itupun menjawab,
" Ya, Al-Qur’an telah menerangkan segala sesuatu dan akan aku buktikan kepadamu tentang hal itu. Biarkan kami mendiagnosis kedua ibu dan kami akan menemukan jalan keluar."

Setelah nampak hasil diagnosis, dengan sangat percaya diri doktor muslim itu memberitahu temannya si doktor Amerika, siapakah ibu sebenarnya dari masing-masing bayi tersebut…!! Doktor Amerika itupun kehairanan dan bertanya, " Bagaimana kamu tahu?"

Doktor Muslim menjawab:
" Sesungguhnya hasil yang nampak menunjukkan bahwasanya kadar banyaknya  air susu pada payudara ibu si bayi laki-laki dua kali ganda kandungannya dibanding ibu si bayi perempuan. Perbandingan kadar garam dan vitamin pada si ibu bayi laki-laki itu juga dua kali ganda dibanding ibu si bayi perempuan."

Kemudian doktor muslim tersebut membacakan ayat Al-Qur’an yang dia jadikan dasar kenyataannya dari jalan keluar itu,

“.....iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”
 (QS. An-Nisa:11)

Dan setelah mendengar penerangan daripada doktor Muslim itu mengenai kaitan ayat tersebut dengan kes yang terjadi, doktor Amerika itu kehairanan, dan dia menyatakan keislamannya secara spontan tanpa ragu-ragu.

Subhanallah, Maha Suci Allah Pentadbir semesta alam.

sumber: jilbab.or.id

Kisah dari Perancis– MUSLIMAH ARAB BERJILBAB DENGAN TIDAK BERJILBAB


Gambar hiasan

Muslimahzone.com
Suatu hari, di Perancis, seseorang bercerita bahawa seorang Muslimah berjilbab pergi ke Supermarket. Setelah mengambil barang-barang keperluannya, dia berbaris untuk membayar di kaunter. Beberapa minit kemudian tibalah gilirannya untuk dilayani oleh kasier.

Berhampiran dengannya, ada seorang Muslimah Arab yang tidak berjilbab, yang memerhatikannya, dan setelah beberapa saat memperhatikannya dengan pandangan seakan curiga, Muslimah Arab itu mengatakan,

“Kami memiliki banyak masalah di negara ini dan jilbabmu adalah salah satunya!” 
“Kami, para imigran, berada di sini untuk berniaga (business) dan bukan menunjukkan agama atau sejarah kami! Jika kau ingin mengamalkan agamamu dan memakai cadar, maka kembalilah ke negeri Arab-mu dan lakukan apa saja yang kau inginkan!!” tambah imigran Arab itu. Muslimah berjilbab itu meletakkan barang-barang yang dibelinya dan kemudian membuka jilbabnya di depan Muslimah Arab itu.

Tersentak dengan tindakan Muslimah berjilbab itu, imigran Arab tersebut sangat terkejut. Muslimah bercadar yang dikira adalah seorang imigran Arab, ternyata ia gadis berkulit putih, bermata biru dan berambut perang (nampaknya ia memperlihatkan sedikit rambutnya – menurut si penutur cerita), dia berkata kepada imigran Arab,

 “Aku adalah gadis Perancis, bukan imigran Arab. Ini adalah negeriku dan ini adalah ISLAM-KU!” “Kalian lahir sebagai Muslim, kalian jual agama kalian dan kami membelinya dari kalian!”

Maksud Muslimah Perancis ini adalah, menyindir Muslimah imigran Arab itu dan orang yang sama dengannya (sama-sama imigran Arab tapi kebaratan) tetapi tidak mengamalkan agamanya hanya kerana mereka berada di negeri majoriti kafir, dan lebih memilih bergaya kebaratan daripada tampil dengan menunjukkan keislaman mereka yang sejati, demi kepentingan duniawi.

Virus westernize (kebaratan) itulah yang membuat banyak Muslim yang ‘berhijrah’ ke barat menjadi terpedaya hingga mengikuti gaya barat (bahkan melupakan ajaran Islam), namun hal tersebut tidak hanya terjadi dari kalangan imigran Arab saja, pun dari negara kaum Muslimin lainnya, seperti Indonesia, Muslim yang ‘berhijrah’ ke barat dengan berbagai alasan kemudian menukar gaya hidup mereka menjadi ala westernize dan melupakan identiti sejati diri mereka sebagai Muslim. Ini adalah salah satu usaha Yahudi-Zionis yang menyebarkan budaya rosak mereka untuk merosak fitrah manusia, khususnya kaum Muslimin, dengan tujuan semua manusia menjadi seperti mereka.

Firman Allah: “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.” (Surah Al-Baqarah :ayat 120).

Ironinya, virus westernize itu tak hanya menjangkit mereka yang ‘berhijrah’ ke negeri-negeri Barat, tetapi juga telah menjangkit di negeri-negeri kaum Muslimin sendiri. Kita lihat banyak kaum Muslimin yang gaya hidup mereka cenderung ke barat-baratan, bukan hanya di bandar atau kota-kota besar, tetapi virus budaya kafir barat sudah menyebar ke desa-desa. Buktinya, kita sekarang melihat banyak Muslim yang gayanya sudah menjadi ‘salinan’ para idola Barat, banyak Muslimah yang lebih cenderung memakai jeans atau hot pants daripada memakai jilbab.

Maka hari ini wanita Muslim berjilbab, bercadar, atau memakai burka terlihat asing. Islam yang sebenarnya telah menjadi asing di mata majoritis manusia, kembali seperti zaman dahulu, seperti sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.”
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Kembali semula ke isu Muslim imigran di Barat, tidak sedikit juga dari mereka yang mampu mempertahankan keyakinan mereka dengan erat, seperti menggenggam bara api, mereka itulah orang-orang yang Allah lindungi yang kemudian melalui merekalah Allah memberikan hidayah kepada orang-orang kafir untuk memeluk Islam. Tersebarnya virus westernize dan gerakan anti-Islam, tidak melemahkan keimanan mereka dan tak menyurutkan langkah mereka untuk berdakwah di jalan Allah.

Semoga Allah melindungi kita dari rancangan jahat musuh-musuh Islam, Aamiin.
Petikan: http://muslimahzone.com

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...