Memaparkan catatan dengan label KiSaH dan TaULaDAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KiSaH dan TaULaDAN. Papar semua catatan

Rabu, 2 Oktober 2013

Kisah Sa'id bin Jubair


Gambar hiasan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Salah satu peristiwa yang menjadi ukiran sejarah ialah peristiwa kejam yang menimpa ke atas Sa'id bin Jubair ketika nama Iraq di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, di bawah pentadbiran gabenor dari panglima perang yang kejam iaitu Al-Hajjaj bin Yusuf Aththaqafi. Beliau telah menghantar seorang panglima bernama Multamis bin Aswasy bersama 20 orang pegawai untuk menangkap Sa'id bin Jubair. Dalam perjalanan pulang, setelah Sa'id ditanggap, salah seorang daripada mereka mempelawa Sa'id dengan berkata:

Tentera Multamis : "Marilah masuk ke dalam gerejaku ini, kerana di sini terdapat banyak harimau". Lalu mereka semuapun masuk ke gereja itu, kecuali Sa'id bin Jubair. Lalu di antara mereka berkata, "Barangkali engkau hendak lari!.

Lalu Said bin Jubair menjawab, "Tidak, saya telah bersumpah selama hidup saya saya tidak akan masuk ke rumah berhala!"

Jawab tentera Multamis: "Ini bukan soal berhala, tetapi soal keselamatan dirimu ditangkap harimau dan singa"

Sa'id menjawab, "Saya ada Tuhan. Dia yang akan menghindarkan singa dan harimau itu daripada saya".

Tanya tentera Multamis lagi, "Adakah engkau ini Nabi?"

Jawab Sa'id. "Tidak, aku bukan Nabi. Aku hanya hamba ALLAH yang banyak dosa dan banyak kesalahan"

Lalu tentera Multamis bertanya lagi, "Mahukah engkau bersumpah tidak akan melarikan diri?"

Jawab Sa'id, "Demi ALLAH! saya tidak akan lari".

Lalu, mereka semua masuk ke dalam, tinggal Sa'id seorang diri di luar gereja. Tidak lama kemudian datang seekor ibu singa menundukkan kepada kepada Sa'id sambil menjilatnya. Kemudian datang pula seekor bapa singa, juga berbuat demikian. Paderi gereja tersebut yang menyaksikan kejadian itu amat hairan, terus bertanya tentang apakah ilmu yang ada pada Sa'id. Sa'id menerangkan, jika hati telah penuh iman kepada ALLAH,  segala makhluk akan tunduk kepadaNya. Kerana tertarik hati dengan penerangan itu, paderi tersebut segera mengucap dua kalimah syahadah.

Setelah hampir memasuki negeri Wasit iaitu tempat kediaman Al-Hajjaj, Sa'id meminta izin sekadar satu malam untuk beribadat sebagai persediaan menghadapi mati, bersedia untuk menemui Munkar dan Nakir, mengingati seksa kubur dan sebagainya. Permintaannya itu diperkenankan. Sa'id bertafakur seorang diri sepanjang malam, mulutnya tidak henti-henti menyebut nama ALLAH. Kadang-kadang airmatanya bercucuran membasihi pipinya. Di waktu subuh, Sa'id membangunkan mereka untuk menunaikan solat subuh. Kemudian setelah dibawa masuk ke hadapan Al-Hajjaj.

Lalu Al-Hajjaj bertanya :  "Siapa nama kamu?"

Sa'id : "Nama saya Sa'id bin Jubair (Bahagia bin Peneguh)"

Al-Hajjaj : "Tidak!. Namamu Syaqiy bin Kusair (Si Celaka bin Si Pecah)"

Sa'id : "Orang tuaku yang memberi namaku. Dia lebih tahu daripadamu"

Al-Hajjaj : "Engkau Celaka. Ibu bapamu yang memberi namamu juga celaka".

Sa'id : "Yang menentukan celaka bagi seseorang itu, bukanlah engkau, tetapi Tuhan".

Al-Hajjaj : "Diam!!. Akan aku tukarkan tempatmu dari dunia ke neraka!!"

Sa'id : "Kalau aku tahu, engkau yang berkuasa menentukan tempatku di akhirat, tentulah sudah lama aku jadikan engkau sebagai Tuhan".

Al-Hajjaj : "Apa pendapatmu tentang Nabi Muhammad?"

Sa'id : "Dia, Nabi yang membawa rahmat".

Al-Hajjaj : "Bagaimana pendapatmu tentang Ali bin Abi Talib? Adakah dia masuk syurga atau neraka?"

Sa'id : "Kalau saya telah pernah masuk syurga atau neraka, tentulah saya dapat memberitahu kamu siapakah yang saya lihat di dalamnya."

Al-Hajjaj : "Bagaimana pula pendapatmu tentang khalifah-khalifah yang lainnya?"

Sa'id : "Bukan kerja saya untuk menyelidiki amal dan kerja mereka".

Al-Hajjaj : "Siapakah di antara mereka itu yang engkau sukai?"

Sa'id : "Orang yang paling banyak berbakti dan tunduk kepada ALLAH, dialah yang saya sukai".

Al-Hajjaj : "Siapakah orang itu, mengikut pendapatmu?"

Sa'id : "Yang mengetahui semuanya itu ialah yang memiliki rahsia mereka iaitu Tuhan".

Al-Hajjaj : "Mengapa engkau tidak pernah ketawa?"

Sa'id : "Siapalah gerangan akan ketawa, kalau dia tahu dia berasal dari tanah yang akan dibakar api".

Al-Hajjaj : "Jadi, salahkah kami kalau kami tertawa?"

Sa'id : "Hati kita tidak sama".

Kemudian dibawa batu permata yang mahal-mahal ke hadapan Sa'id. Melihat itu Sa'id berkata : "Kalau harta ini boleh menebus dirimu daripada huru-hara hari kiamat, beruntunglah kamu dapat mengumpulnya. Tetapi satu gegaran hari kiamat, dapat menggugurkan anak yang masih di dalam kandungan dan dapat melepaskan anak dari pangkuan ibunya. Tidak ada gunanya mengumpul harta, kalau tidak dapat menolong di hari kiamat. Harta tidak berfaedah kecuali yang diperolehi secara baik dan bersih".

Kemudian Hajjaj menyuruh orang memainkan alat-alat muzik di hadapan Sa'id. Mendengar bunyi-bunyian itu, Sa'id menangis. Al-Hajjaj terus bertanya:

Al-Hajjaj : "Mengapa engkau menangis?"

Sa'id : "Kerana tiupan seruling ini mengingatkan aku tiupan sangkala hari kiamat yang maha dahsyat".

Al-Hajjaj : "Celakalah engkau Wahai Sa'id".

Sa'id : "Orang celaka ialah orang yang tidak dimasukkan ke syurga; tetapi dihumbankan ke neraka"

Al-Hajjaj : "Wahai Sa'id, pilihlah bagaimanakah cara pembunuhan ke atasmu?"

Sa'id : "Engkau sendirilah yang berhak memilihnya. Demi ALLAH !, walau apa cara engkau membunuh aku, engkau akan menerima balasan yang lebih dahsyat di akhirat nanti".

Al-Hajjaj : "Adakah engkau hendak meminta ampun? Aku sedia mengampunimu. 

Sa'id : "Kalau ampun itu dari engkau, aku tidak akan memohonnya. Oleh kerana ampun itu daripada ALLAH  lebih baik aku memohonnya terus daripada ALLAH"

Al-Hajjaj : "Bawalah dia, dan bunuhlah segera!!"
Sampai di pintu Sa'id tertawa. Hal itu diberitahu kepada Hajjaj. Sa'id dibawa semula mengadap Hajjaj lalu disoal,

Al-Hajjaj : "Mengapa engkau tertawa?"
Sa'id : "Aku hairan melihat engkau berani melawan ALLAH,  dan aku ta'jub bahawa Tuhan sangat berlembut denganmu".

Al-Hajjaj : "Bunuhlah dia!!!!"

Sa'id sedikit pun tidak merasa takut. Dengan bulat hati dia menyerahkan dirinya kepada ALLAH,  Wajahnya di hadapkan ke langit. Mulutnya menyebut-nyebut nama ALLAH dan kalimah suci. Melihat itu hati Hajjaj bertambah benci lalu berkata:

Al-Hajjaj : "Tundukkan dia, dan tekankan kepadanya ke bumi!!"

Mendengar itu Sa'id terus membaca: 
Ertinya: "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada ALLAH yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan ALLAH (dengan sesuatu yang lain)".

Mendengar itu, Hajjaj bertambah benci lalu memerintah : "Jangan hadapkan mukanya ke arah kiblat".

Mendengar perintah itu Sa'id membaca pula ayat yang lain:
Ertinya: Dan ALLAH jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap ALLAH ) maka di situlah arah yang diredhai ALLAH ; sesungguhnya ALLAH Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Lalu Hajjaj berkata: "Hadapkan mukanya itu ke tanah!!".

Sa'id lalu berkata: Ertinya: Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

Hajjaj berkata :"Pancunglah lehernya itu dengan segera!!".

Ketika kepada Sa'id ditekan kedengaran dia berdoa : Wahai Tuhanku!! Biarlah aku sahaja orang yang penghabisan dibunuh dengan kejam oleh Al-Hajjaj. Selepas hari ini jangan ada lagi orang yang dibunuhnya. Lalu beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Pedang pun dijatuhkan dengan derasnya ke batang leher Sa'id. Menceraikan kepalanya daripada tubuhnya dalam usianya 49 tahun. Sekalian yang hadir tercengang-cengang melihat kepala Sa'id yang telah tercerai daripada badannya itu. Ketika mulutnya akan terkatup masih kelihatan bibir mulutnya masih menyebut-nyebut nama ALLAH dengan mengukir senyum sinis dan mengejek dunia. 

Moga-moga ALLAH mencucuri rahmatNya ke atas roh Sa'id bin Jubair. Mulai saat itu Al-Hajjaj diserang penyakit jiwa yang terlalu parah. Berkat doa Sa'id, Al-Hajjaj hanya sempat hidup selama 15 hari sahaja selepas peristiwa berdarah pembunuhan Sa'id bin Jubair yang kejam itu.

http://mak-andak.blogspot.com/2012/03/kisah-said-bin-jubair

Ahad, 11 November 2012

SIAPA PINTU GERBANG ILMU?

Siapa  Pintu Gerbang Ilmu ?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij bertemu dengan Sayidina Ali bin Abi Talib kwj untuk bertanyakan beberapa soalan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Sayidina Ali sama ada ia bertepatan dengan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.”

Sebaik sahaja bertemu Sayidina Ali, mereka dilayan dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan berkata, “Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa pulang kepada kaum kami.”

“Baiklah, apakah soalannya?” jawab Sayidina Ali kwj.

“Wahai Ali, yang manakah lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan apakah sebabnya?” tanya orang pertama.

Lalu Sayidina Ali menjawab, “Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan daripada Qarun, Syadad dan lain-lain. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia daripada harta benda.”

Kemudian orang kedua pula bertanya, “Manakah yang lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan jelaskan sebab-sebabnya?”

“Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmulah yang menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta, si pemiliknya lah yang memelihara dan menjaganya,” jawab Sayidina Ali kwj.

Setelah Sayidina Ali berjaya menjawab soalan daripada orang pertama dan kedua, orang ketiga, keempat, kelima, hingga kesepuluh bergilir menanyakan soalan, sama seperti yang diajukan oleh orang pertama dan kedua.

Kepada orang yang ketiga, Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu banyak sahabatnya, sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya.”

Kepada orang yang keempat, Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurangan.”

Kepada orang yang kelima, Sayidna Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap.”

Kepada orang yang keenam, Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak akan rosak binasa, sedangkan harta kekayaan boleh lenyap dan habis akibat masa dan usia.”

Kepada orang yang ketujuh Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.”

Kepada orang yang kelapan Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan pada umumnya dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.”

Kepada orang yang kesembilan Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu mencintai kebajikan dan kata-katanya mulia seperti orang yang warak, sedangkan orang yang berharta boleh menjadi melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat kikir dan bakhil.”

Akhirnya kepada orang yang kesepuluh Sayidina Ali menjawab: “Ilmu lebih mulia dan lebih utama daripada harta kekayaan kerana orang yang berilmu lebih terdorong untuk mencintai Allah, sedangkan harta benda hanya membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takbur.”

Kemudian Sayidina Ali menyambung dengan membaca ayat Al-Quran dari Surah Al Mujaadilah (58:11) yangbermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Sepuluh orang kaum Khawarij itu menjadi kagum kerana satu pertanyaan mereka dapat dijawab oleh Sayidina Ali kwj dengan sepuluh jawapan yang berbeza. Selepas itu, mereka pulang menemui kaum mereka dengan perasaan puas serta bertambah yakin bahawa Khalifah Sayidina Ali kwj benar-benar seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu sebagai pintu gerbang ilmu.

http://kisahteladan.info/sahabat/gerbang-ilmu.html

Sabtu, 10 November 2012

SEPOTONG ROTI PENEBUS DOSA

SEPOTONG ROTI PENEBUS DOSA
Roti bakaq pelangi
 Nabi SAW telah bersabda :
 " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. 
Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. 

Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. 

Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat solat adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " Diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah dia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian dia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu dia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupa-rupdnya berhampiran kedai tersebut hidup seorang Pendeta yang pada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu, masing-masingnya mendapat sepotong roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan laki-laki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

SABDA RASULULLAH SAW: 
Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis. 
Rupa-rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membahagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari sepotong roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka laki-laki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong roti tersebut lebih berat timbangannya dibanding dengan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!”

Subhanallah, Subhanallah .

http://kisahteladan.info/iktibar/sepotong-rot.html

Isnin, 6 Ogos 2012

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN



1. Perang Badar Al-Qubra
Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran 
Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq /Ahzab
Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk 
Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.

5. Pembukaan kota Mekah
Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah. 

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. 

7. Perang Ain Jalut
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib
Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

Sabtu, 14 Julai 2012

Kisah dari Perancis– MUSLIMAH ARAB BERJILBAB DENGAN TIDAK BERJILBAB


Gambar hiasan

Muslimahzone.com
Suatu hari, di Perancis, seseorang bercerita bahawa seorang Muslimah berjilbab pergi ke Supermarket. Setelah mengambil barang-barang keperluannya, dia berbaris untuk membayar di kaunter. Beberapa minit kemudian tibalah gilirannya untuk dilayani oleh kasier.

Berhampiran dengannya, ada seorang Muslimah Arab yang tidak berjilbab, yang memerhatikannya, dan setelah beberapa saat memperhatikannya dengan pandangan seakan curiga, Muslimah Arab itu mengatakan,

Kami memiliki banyak masalah di negara ini dan jilbabmu adalah salah satunya!” 
“Kami, para imigran, berada di sini untuk berniaga (business) dan bukan menunjukkan agama atau sejarah kami! Jika kau ingin mengamalkan agamamu dan memakai cadar, maka kembalilah ke negeri Arab-mu dan lakukan apa saja yang kau inginkan!!” tambah imigran Arab itu. Muslimah berjilbab itu meletakkan barang-barang yang dibelinya dan kemudian membuka jilbabnya di depan Muslimah Arab itu.

Tersentak dengan tindakan Muslimah berjilbab itu, imigran Arab tersebut sangat terkejut. Muslimah bercadar yang dikira adalah seorang imigran Arab, ternyata ia gadis berkulit putih, bermata biru dan berambut perang (nampaknya ia memperlihatkan sedikit rambutnya – menurut si penutur cerita), dia berkata kepada imigran Arab,

 “Aku adalah gadis Perancis, bukan imigran Arab. Ini adalah negeriku dan ini adalah ISLAM-KU!” “Kalian lahir sebagai Muslim, kalian jual agama kalian dan kami membelinya dari kalian!

Maksud Muslimah Perancis ini adalah, menyindir Muslimah imigran Arab itu dan orang yang sama dengannya (sama-sama imigran Arab tapi kebaratan) tetapi tidak mengamalkan agamanya hanya kerana mereka berada di negeri majoriti kafir, dan lebih memilih bergaya kebaratan daripada tampil dengan menunjukkan keislaman mereka yang sejati, demi kepentingan duniawi.

Virus westernize (kebaratan) itulah yang membuat banyak Muslim yang ‘berhijrah’ ke barat menjadi terpedaya hingga mengikuti gaya barat (bahkan melupakan ajaran Islam), namun hal tersebut tidak hanya terjadi dari kalangan imigran Arab saja, pun dari negara kaum Muslimin lainnya, seperti Indonesia, Muslim yang ‘berhijrah’ ke barat dengan berbagai alasan kemudian menukar gaya hidup mereka menjadi ala westernize dan melupakan identiti sejati diri mereka sebagai Muslim. Ini adalah salah satu usaha Yahudi-Zionis yang menyebarkan budaya rosak mereka untuk merosak fitrah manusia, khususnya kaum Muslimin, dengan tujuan semua manusia menjadi seperti mereka.

Firman Allah: “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.” (Surah Al-Baqarah :ayat 120).

Ironinya, virus westernize itu tak hanya menjangkit mereka yang ‘berhijrah’ ke negeri-negeri Barat, tetapi juga telah menjangkit di negeri-negeri kaum Muslimin sendiri. Kita lihat banyak kaum Muslimin yang gaya hidup mereka cenderung ke barat-baratan, bukan hanya di bandar atau kota-kota besar, tetapi virus budaya kafir barat sudah menyebar ke desa-desa. Buktinya, kita sekarang melihat banyak Muslim yang gayanya sudah menjadi ‘salinan’ para idola Barat, banyak Muslimah yang lebih cenderung memakai jeans atau hot pants daripada memakai jilbab.

Maka hari ini wanita Muslim berjilbab, bercadar, atau memakai burka terlihat asing. Islam yang sebenarnya telah menjadi asing di mata majoritis manusia, kembali seperti zaman dahulu, seperti sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.”
(HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Kembali semula ke isu Muslim imigran di Barat, tidak sedikit juga dari mereka yang mampu mempertahankan keyakinan mereka dengan erat, seperti menggenggam bara api, mereka itulah orang-orang yang Allah lindungi yang kemudian melalui merekalah Allah memberikan hidayah kepada orang-orang kafir untuk memeluk Islam. Tersebarnya virus westernize dan gerakan anti-Islam, tidak melemahkan keimanan mereka dan tak menyurutkan langkah mereka untuk berdakwah di jalan Allah.

Semoga Allah melindungi kita dari rancangan jahat musuh-musuh Islam, Aamiin.
Petikan: http://muslimahzone.com

Sabtu, 26 Mei 2012

HINDARI BERSANGKA BURUK, MENCARI KELEMAHAN ORANG



Gambar hiasan 
Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus

 Hanya keimanan, takwa boleh tangani penyakit hati
.
SUATU hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan al-Basri berbisik, alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku. 

Tiba-tiba Hassan al-Basri melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata: “Jika tuan memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Tuan diminta untuk menyelamatkan seorang saja sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang.”

 Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi itu. Maka lelaki itu berkata padanya: “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan.” Hassan al-Basri terpegun lalu berkata: “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan. Orang itu menjawab: Mudah-mudahan Allah memperkenankan permohonan tuan.”

Sejak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain. Mencari kesalahan orang lain hadir apabila wujudnya sangkaan buruk dalam hati sehingga terbukalah kesalahan, keaiban atau kelemahan seseorang yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah penyakit hati yang akan menyerang sesiapa saja. Hanya keimanan dan ketakwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tidak tepat dengan sesuatu kesalahan dilakukannya maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)

Hubungan baik antara satu dengan lain khususnya antara sesama Muslim harus dijalin dengan sebaik-baiknya kerana Allah SWT telah menggariskan bahawa setiap Mukmin itu bersaudara seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Hidup kita tidak lekang daripada disangka buruk dan bersangka buruk. Kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tarmizi).

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti kukuh kini menjadi lumrah. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman apabila manusia tidak berbangga dengan kerja amal sebaliknya gah dengan dosa dilakukan. Sangkaan buruk boleh terjadi dengan beberapa sebab antaranya godaan dan tipu helah syaitan yang merangsang manusia bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat dan berpecah belah.

Jiwa yang lemah juga akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran negatif dan buruk terhadap orang lain. Perasaan sombong dan bongkak turut mewujudkan sifat negatif ini yang menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Jika perkara ini tidak ditegah, ia akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah SWT yang datang tanpa mengira darjat, iman dan bangsa. Apabila kita memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita peroleh baik dalam kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan.

Islam mendidik umatnya supaya mendahulukan bersangka baik berbanding cepat bersangka buruk. Hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. Ulama dan cendekiawan Islam menyarankan beberapa cara dan penawar bagi menyembuh penyakit ini antaranya bermuhasabah diri setiap hari serta jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan yang dikuasai was-was. Saidina Umar bin al-Khattab berkata: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara Mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”


Jumaat, 25 Mei 2012

JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR

Gambar hiasan

                        Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang Badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Nabi Muhammad s.a.w. memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu. 
                        Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak. Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas. 


                        Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlahnya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi. Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan mereka, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah terik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan. 


                        Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam. Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?" 


                        "Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah s.a.w. tertusuk duri kecil di rumahnya." Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak pernah menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad." 


                         Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang." 


                         Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan.

Rabu, 9 Mei 2012

Lelaki yang diberikan Cahaya di Kepalanya

Gambar hiasan

Cahaya adalah sumber penyuluh di dalam kegelapan.
Ia boleh dicari bahkan boleh datang secara sendiri.
Hidayah juga adalah sumber cahaya yang menerangi hati seseorang
untuk menuju jalan mencintai Allah SWT.

Al-Tufail bin ‘Amru al Ðawsi adalah salah seorang sahabat Nabi SAW. Al-Tufail merupakan seorang bangsawan Arab terkemuka serta merupakan ketua kabilah Arab Ðaus.

Beliau mempunyai sifat yang mulia, suka menolong dan melindungi masyarakat yang berada dalam kesusahan atau ketakutan. Beliau juga berfikiran luas, bijak, cerdas dan berperasaan halus. Beliau merupakan seorang penyair yang mampu mengubah rangkap-rangkap bait sajak yang indah dan tajam.

Minatnya terhadap bidang kesenian membuatkan beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai pesta kesenian yang diadakan di Pasar Ukkaz, terletak tidak jauh dari kota Makkah.

Namun demikian, pemergiannya untuk ke sekian kalinya itu berlainan tujuannya. Beliau datang untuk menerima seorang lelaki di kota suci Makkah al-Mukarramah yang dikhabarkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Berita tentang Muhammad bin Abdullah yang mendakwa membawa amanah perutusan Allah SWT benar-benar menimbulkan kekacauan kepada masyarakat Arab yang sebelum ini menyembah perbagai-bagai Tuhan. Berita kemunculan lelaki utusan Allah ini telah tersebar ke seluruh pelosok tempat termasuk di negeri al-Tufail, yang dikenali sebagai Tihamah (negeri yang terletak di dataran rendah sepanjang persisiran Laut Merah).

Ðemi memastikan lelaki itu benar-benar wujud, al-Tufail bertanyakan khabar tersebut kepada beberapa orang pembesar Quraisy yang dalam perjalanan ke kota suci Makkah. Namun mereka yang ditanyakan tentang Muhammad ini tidak mmemberikan apa-apa jawapan kerana berkemungkinan ingin menjaga kepentingan keturunan dan ketuanan mereka.

Al-Tufail tidak berputus asa. Hasratnya yang membara ingin bertemu dengan Muhammad terus dipendam sehingga beliau sampai di kota suci Makkah.

Apabila sampai di Makkah, al-Tufail dilayan dengan penuh kemuliaan oleh para pembesaar Quraisy. Mereka membuat majlis keraian sebagai tanda menyambut kedatangan pemimpin besar daripada puak kabilah Arab yang mempunyai kaitan hubungan perdagangan dengan mereka.

Ðalam majlis tersebut, al-Tufail bertanya tentang peribadi yang dilabelkan sebagai kontroversi oleh golongan Quraisy. Beliau bertanya secara telus tentang Muhammad SAW yang memnag tidak dikenalinya selama ini. Ðia juga tidak mengetahui bahawa Muhammad itu merupakan zuriat keturunan kepada pemenrintah kota suci Makkah yang pernah diagungkan oleh kaum Quraisy sebelum itu.

Bagi mengelakkan daripada melukakan hati tetamu mereka al-Tufail, pemuka Quraisy itu menjawab pertanyaannya, “Wahai al-Tufail, sahabat kami, pemimpin kaum Ðaus yang bijak bestari. Engkau datang ke mari dalam keadaan selamat. Tiada satu halangan pun yang menimpamu. Kamu amat menghormatimu sepenuh hati kami. Muhammad yang kau maksudkan itu memang ada di sini. Cuma dia suka menimbulkan perselisihan antara kami sehingga membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara bangsa Arab.”

Pertanyaan al-Tufail itu telah dapat dijangkakan sejak awal lagi kerana al-Tufail sememangnya merupakan seorang bangsawan yang sangat berpengaruh dalam hal-ehwal kebajikan awam dan tidak mementingkan diri sendiri serta pangkat semata-mata.

Al-Tufail merupakan seorang yang amat cenderung pada kesenian, jadi tidak hairanlah jika dia sentiasa mahukan kelainan dan mencari ilmu berkaitan agama, kesenian dan sebagaipnya daripada sesiapa sahaja terutamanya bagi seseorang yang membawa suatu yang dipertikaikan seperti Muhammad SAW.

Namun pemuka Quraisy tidak putus-putus menghasut al-Tufail dengan memburukkan Nabi Muhammad dengan dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas. Perkata ini semakin menaikkan keinginan al-Tufail untuk bertemu dengan Muhammad untuk melihat secara dekat hakikat sebenarnya.

Akhirnya al-Tufail menjawab dengan berani, “Ðemi Allah! Kedatangan saya ke mari memang sengaja hendak bertemu dengannya bagi mendengar sendiri ucapannya. Jika tuan-tuan sekaliant tidaka membenarkan saya mendengar ucapannya, menatap raut wajahnya pun sudah cukup bagi saya. Saya tidak akan berbicara dengannya. Kedua-dua belah telinga saya ini akan saya sumbat dengan kapas agar saya tidak dapat mendengar kata-katanya.”

Kesungguhan al-Tufail itu membuatkan pemimpin-pemimpin Quraisy tidak berdaya menghalang keinginannya untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.

Keesokkan harinya, al-Tufail menuju ke kawasan Kaabah untuk menemui Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah dijanjikan, al-Tufail telah menyumbat gumpalan kapas ke telingannya sehingga beliau tidak boleh mendengar apa-apa. Seketika, beliau telah bertanya tentang rupa paras Nabi Muhammad SAW itu kepada manusia yang lalu-lalang, lalu mereka menunjukkan tempat Baginda berada. Akhirnya al-Tufail menemui Nabi Muhammad yang sedang solat di sisi Kaabah. Al-Tufail pun menghampiri Nabi Muhammad untuk melihat paras rupanya dan keistimewaan yang ada pada Baginda.

Lantas dengan izin Allah, al-Tufail yang sedang dalam kedua-dua belah telingannya disumbat, namun boleh mendengar dengan kelas alunan bacaan al-Quran yang dibacakan Nabi SAW. Ðia berusaha untuk terus menutup telinganya rapat-rapat, namun tidak berjaya. Suara Nabi yang membacakan al-Quran amat jelas walaupun pada zahirnya bacaan itu perlahan. Beliau akhirnya terpikat dengan bacaan itu.

Al-Tufail bertanya sendirian, “Mengapa begitu indah perkataan-perkataan yang diucapkannya itu? Saya amat pasti tentang sesuatu yang baik daripada yang buruk. Apa yang sepatutnya menghalang saya daripada mendengar apa yang dibaca oleh orang itu? Saya tentu menerima perkara yang baik dan menolak perkara yang buruk. Siapakah yang dapat menghalang saya jika saya memperkenalkan diri kepada Muhammad ini? Saya ingin belajar daripadanya sesuatu yang saya belum ketahui. Alangkah baiknya jika saya dapat mempelajari susunan kata-kata yang indah yang sedang diucapkannya.”

Selepas Nabi Muhammad menunaikan solat, Nabi terus pulang ke rumahnya, lalu diikuti al-Tufail secara bersembunyi. Sesampainya Nabi Muhammad ke rumah, al-Tufail meminta izin Nabi untuk masuk bersama. Beliau memperkenalkan dirinya kepada Nabi Muhammad SAW.

Beliau menjelaskan kedatangannya dan cabaran yang dilalui sewaktu ingin bertemu Nabi. Kemudian meminta agar Baginda membacakan beberapa ayat-ayat al-Quran kepadanya. Nabi membacakan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas untuknya. Sebaik selesai mendengar bacaan Nabi SAW, al-Tufail berkata dengan penuh kagum, “Ðemi Allah! Saya belum pernah mendengar bacaan yang lebih baik daripada ini. Saya belum pernah mendengar urusan yang lebih jelas daripada bacaan ini.”

Beliau lantas mengucapkan kalimah syahadah dan berkata kepada Nabi Muhammad SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ini seorang yang ditaati oleh kaum saya. Saya akan kembali kepada mereka untuk mengajak mereka memasuki Islam. Ðoakan semoga Allah memberikan suatu tanda sebagai bukti kebenaran yang akan membantu saya untuk berdakwah kepada mereka.”

Lalu Nabi Muhammad SAW memenuhi permohonan al-Tufail yang ikhlas itu dengan berdoa, “Ya Allah! Jadikanlah baginya suatu tanda sebagai bukti kebenaran.”

Ternyata Allah SWT telah mengabulkan permintaan Nabi-Nya, lantas menjadikan untuk al-Tufail satu tanda cahaya di kepalanya. Al-Tufail meminta kepada Allah agar mengalihkan cahaya itu kepada tongkatnya kerana bimbang kedudukan di kepala akan menyebabkan kaumnya menyangka ia adalah penyakit, bukannya suatu anugerah daripada Allah SWT.

Pemuka Quraisy tidak boleh berbuat apa-apa terhadap al-Tufail kerana kedudukannya dalam kabilah Arab Ðaus amat dihormati. Sekiranya sesuatu kemalangan berlaku kepadanya, sudah tentulah kaum Ðaus di Tihamah akan menuntut bela terhadap kematiannya.

Selepas memeluk Islam, al-Tufail mengetuai satu kontinjen orang-orangnya menentang Musailamah al-Kazzab dan gugur syahid dalam Perang Yamamah.

Sabtu, 18 Februari 2012

Uwais Al-Qarni, Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Gambar Hiasan
ANUAR AZEMI  CAHAYA HADAPANKU

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
''Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

- Artikel iluvislam.com

KISAH KAROMAH SYEIKH NAWAWI

Kisah Syeikh Nawawi Diarak Keliling Ka`Bah Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Mel...