Rabu, 20 Februari 2013

Teladan 38- Mas kahwin Fatimah


Teladan 38- Mas kahwin Fatimah
Gambar hiasan
Ketika  ALLAH memerintahkan Rasulullah untuk mencarikan suami bagi anaknya, Rasulullah memanggil semua sahabatnya tanpa sebarang diskriminasi.

“ALLAH memerintahkan aku untuk memberitahu kamu bahawa sesiapa yang mampu membaca seluruh Al-Qur’an pada malam, ini boleh menikahi puteriku, Fatimah, jika dia menerimanya,” kata Rasulullah.

Malam itu, semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi Talib yang pulang ke rumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan azan subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Rasulullah saw.

Ketika Nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorangpun menjawabnya, kerana amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam saja. Namun Ali bin Abi Talib berkata, “Ya Rasulullah saw, aku telah menamatkan seluruh Al-Quran semalam.”

Sahabat-sahabat yang lain melihat ke arah Ali dengan hairan. “Bagaimana kamu menyelesaikannya? Bukankah kamu tidur semalaman,” tanya salah seorang dari mereka.
“Tidak, aku memang menyelesaikannya,” Ali menjawab.
“Siapa saksimu, Ali?” soal Rasulullah saw.

“ALLAH adalah saksiku dan engkau, ya Nabi saw adalah juga saksiku,” Ali menjawab ringkas.
“Aku membaca ‘Laa ilaha ill Allah, Muhammad Rasulullah’ sebanyak 3 kali, Astaghfirullah (70 kali), Surah Al Fatihah (1 kali), Surah Al Ikhlas (3 kali), Surah Al Falaq (1 kali), Surah An Naas (1 kali), Laa ilaha ill ALLAH (10 kali), dan Selawat Nabi ‘Allahumma solli alaa Muhammadin wa alaa ali muhamaddin wa salim’ sebanyak 10 kali,” Ali menyambung.

“Sebagaimana ALLAH memberi kesaksian, aku juga memberi kesaksian bahawa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika kamu membaca seperti apa yang dibaca oleh Ali, sama seperti dia membaca 30 juzuk Al Qur’an,” kata Rasulullah saw.

“Fatimah, apakah engkau menerima Ali sebagai suamimu?” Rasulullah saw. bertanya pada puterinya.

“Dengan satu syarat,” Fatimah menjawab.

Semua sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian kepada Nabi. Ketika Nabi saw berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, malaikat Jibril turun dan berkata pada beliau, “Wahai Nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, ALLAH Yang mengatakan padamu untuk menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.”

“Apa syaratmu, Fatimah ?” tanya Rasulullah saw.

“Syarat itu bukan untuk Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika ini dipenuhi, maka aku menerimanya. Jika tidak, aku menolak untuk menikah dengan Ali” jawab Fatimah.

Kemudian Jibril mengingatkan Rasulullah saw. akan pesan ALLAH untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya.

“Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat para wanita dalam kerohanian, ” kata Jibril

“Apa syaratmu, Fatimah?” sekali lagi Nabi bertanya

“Aku selalu mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya ALLAH, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka ! Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!” jawab Fatimah,

“Aku mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahawa ketika wafat, dalam kubur, dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut, Umatku..Umatku ! Pada ALLAH. Sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kahwinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali,” sambung Fatimah sebagai menyatakan keinginannya.

Apa yang diminta oleh Fatimah adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa terkecuali sebagai mas kahwinnya. Oleh itu kerana ia tidak terletak di tangannya, Rasulullah perlu menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya.

“ALLAH menyampaikan Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. ALLAH swt menganugerahan apa yang dimintanya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan Ali,” kata Jibril ketika dia datang.

Segera Nabi berdiri dan mengerjakan solat 2 rakaat sebagai rasa syukur pada ALLAH swt. Fatimah ternyata mementingkan pengorbanannya bagi umat Nabi saw. Tidak seorang umat pun yang akan berada diluar mas kahwin Fatimah, kerana jika ALLAH menarik satu umat dari mas kahwin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah.

Norziati binti Mohd Rosman

Teladan 37 - Peristiwa Turunnya Wahyu Pertama

Teladan 37 - Peristiwa Turunnya Wahyu Pertama
Gua Hira
Nabi Muhammad saw mengorbankan sebahagian besar waktunya dengan bermeditasi di dalam kesunyian Gua Hira. Pada suatu hari, ketika baginda sedang tekun bermeditasi, baginda menerima wahyu yang pertama. Malaikat Jibril mewahyukan kepadanya firman Tuhan yang pertama, yang termaktub dalam Qur’an melalui surah Iqra’.

Nabi Muhammad menjadi sangat gelisah mendapatkan pengalaman baru itu, dan sampai di rumah baginda menggigil ketakutan, lalu berbaring di tempat tidur dengan suhu badannya sangat tinggi.

Isterinya, Khadijah, menjadi sangat khuatir dengan keadaan yang luar biasa itu. Kemudian, Nabi dirawat dan ditanya sebab kegelisahan itu. Nabi Muhammad saw menceritakan seluruh kejadian tentang pengalamannya dengan wahyu pertama yang aneh itu. Dengan sangat gembira Khadijah memberikan ucapan selamat kerana suaminya telah diangkat ke tingkat yang tertinggi, menjadi utusan Tuhan.

Dia berkata, “Bergembiralah, kerana Tuhan tidak akan meninggalkanmu.”
Khadijah kemudian menjadi orang yang pertama memeluk Islam.

Norziati binti Mohd Rosman

Teladan 36 - Perkahwinan Muhammad-Khadijah

Teladan 36 - Perkahwinan Muhammad-Khadijah
Gambar hiasan

Khadijah cukup tertarik dengan sifat yang ada pada Muhammad dan menerimanya bekerja. Muhammad dihantar ke Basrah membawa barang dagangan Khadijah. Setelah tiga bulan sekembalinya dari Basrah - Khadijah mengajukan lamaran untuk menikahinya. Waktu itu Muhammad berusia 25 tahun, dan Khadijah 40 tahun.

Pada zaman itu wanita Arab bebas menentukan kehendaknya sendiri dalam hal pernikahan, oleh kerana itu Khadijah terus membicarakan lamarannya dengan Muhammad. Pada hari yang telah ditentukan, sanak keluarga Muhammad, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib dan Hamzah, berkumpul di rumah Khadijah. Abu Taliblah yang memberikan kata sambutan dalam upacara pernikahan mereka.

Nabi Muhammad tidak menikah dengan wanita lain selama Khadijah masih hidup. Usia perkahwiana mereka 25 tahun lamanya dan Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Hijrah. Khadijah melahirkan enam orang anak anak, dua lelaki dan empat perempuan.

Anak lelakinya ialah Qasim dan Abdullah, kedua-duanya meninggal sewaktu masih bayi manakala empat orang anak perempuannya bernama, Fatima az-Zahra, Zainab, Ruqaya, dan Ummi Kalsum. Oleh kerana anaknya bernama Qasim, kadang-kadang Nabi disebut Abul Qasim (ayah Qasim).

Zainab dikahwinkan dengan sepupunya. Kedua anak perempuan lainnya, Ruqaya dikahwinkan dengan Uthman yang kemudian menjadi khalifah ketiga. Ummi Kalsum juga dikahwinkan dengan Uthman setelah Ruqaya meninggal dunia. Fatima az-Zahra, anak yang paling disayangi oleh Rasulullah berkahwin dengan Ali Abi Talib.

Keturunan penerus Nabi ialah melalui anak lelaki Fatima Zahra, iaitu Hasan dan Husain. Kecuali Ibrahim yang juga meninggal dunia dalam usia muda, semua anak Nabi diperoleh dari perkawinan baginda dengan Khadijah.

Norziati binti Mohd Rosman

Teladan 35 - Peristiwa Ketika Penghijrahan Abu Bakar

Teladan 35 - Peristiwa Ketika Penghijrahan Abu Bakar
Gambar hiasan
Ketika Abu Bakar as-Siddiq r.a. berhijrah bersama-sama Rasulullah saw, dia membawa bersama seluruh hartanya yang berjumlah 5000 hingga 6000 dirham. Setelah dia pergi, Abu Qahafah, ayah Abu Bakar r.a yang buta datang menemui Asma’.

“Demi ALLAH, sesungguhnya aku melihat dia telah menyusahkan kamu dengan hartanya. Tentunya seluruh hartanya telah dibawa bersama. Sungguh ia telah semakin banyak membebani kalian,” kata Abu Quhafah kepada Asma’ dan Aisyah.

“Tidak, tidak, sesekali. Ayah juga meninggalkan hartanya untuk kami,” kata Asma’ bagi menyangkal dakwaan Abu Quhafah itu.

Lalu Asma’ mengumpul batu-batu kecil kemudian diletakkan di lubang angin di mana Abu Bakar pernah meletakkan wang dirhamnya. Kemudian dia menutupnya dengan selembar baju.

Setelah itu Asma' memegang tangan Abu Quhafah. “Letakkan tanganmu di atas wang ini,” katanya.

Maka Abu Quhafah meletakkan tangannya di atasnya dan beranggapan bahawa itu adalah wang yang ditinggalkan oleh Abu Bakar.

“Ayahmu memang telah berbuat baik. Kalian telah ditinggalkan dalam keadaan yang baik Ini sudah cukup bagi kamu,” katanya.

Sesudah itu, Asma’ berkata, “Demi ALLAH, sesungguhnya ayahku tidak meninggalkan harta sedikit pun. Aku berbuat demikian semata-mata untuk menenangkan hati Abu Quhafah, supaya dia tidak bersedih hati.”

Norziati binti Mohd Rosman
http://kisahseributeladan.blogspot.com

Teladan 34 - Sifat Malu Asma’ Abu Bakar

Teladan 34 - Sifat Malu Asma’ Abu Bakar
Gambar hiasan
Ketika Rasulullah saw. sampai di Madinah, Zubair telah diberi hadiah oleh Rasulullah berupa sebidang tanah, lebih kurang 2 mil jauhnya dari kota. Di kebun itu Asma’ dan Zubair menanam pohon-pohon kurma.

Suatu hari, ketika Asma’ sedang berjalan sambil membawa kurma di atas kepala yang diambil dari kebun tersebut, dia bertemu Rasulullah dan beberapa sahabat Ansar yang sedang menunggang unta. Rasulullah menghentikan untanya lalu meminta Asma’ naik ke atas unta tersebut.

Asma’ merasa malu dengan Rasulullah dan sahabat yang lain. Tambahan pula dia merasa risau tentang Zubair yang sangat cemburu dan dia takut jika Zubair memarahinya. Rasulullah bagaikan memahami perasaan Asma’, lalu meninggalkannya. Asma’ segera pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, dia menceritakan peristiwa tersebut kepada Zubair tentang perasaan malunya dan perasaan risau terhadap cemburu Zubair yang boleh bertukar menjadi marah. Namun, Zubair berkata, “Demi ALLAH aku lebih cemburu kepadamu yang selalu membawa isi-isi kurma di atas kepalamu sementara aku tidak dapat membantumu.”

Selepas peristiwa itu, Abu Bakar, ayah Asma’ memberikan seorang hamba sahaya kepadanya. Dengan adanya pembantu di rumah, maka segala kerja menjadi lebih mudah baginya.

Norziati binti Mohd Rosman

Teladan 33 - Mimpi Melihat Neraka

Teladan 33 - Mimpi Melihat Neraka
Gambar hiasan
Pada zaman Rasulullah saw, jika ada para sahabat bermimpi, biasanya mereka akan mengadukan dan menceritakannya kepada baginda.

Pada suatu malam, Abdullah bin Umar ra, yang masih remaja pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca al Quran sampai keletihan dan setelah cukup lama membaca Quran, dia tidur.
Seperti biasa, sebelum tidur dia menyucikan diri dengan cara berwudhuk, kemudian merebahkan badan dan berdoa, “Bismika Allahumma ayha wa bismika amutu; (Ya ALLAH, dengan nama Mu aku hidup dan dengan nama Mu aku mati.)”

Sambil memejamkan mata, Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama ALLAH hingga akhirnya terlelap. Di dalam tidurnya yang nyenyak, dia bermimpi.

Dalam mimpinya, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa, kedua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka. Dalam mimpinya, neraka itu bagai perigi yang menyalakan api berkobar kobar. Cukup luar biasa panasnya. Di dalam neraka itu, dia melihat beberapa orang yang dikenalinya. Mereka terpanggang dan menanggung siksa yang sungguh pedih.
Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu, Abdullah bin Umar seketika berdoa, “A'udzubillahi minannaazi. (Aku berlindung kepada ALLAH dari api neraka).”

Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, “Kau belum terjaga dari api neraka!”

Pagi harinya, Abdullah menangis mengingat mimpi yang dialaminya. Lalu, dia pergi ke rumah Hafsah binti Umar, kakaknya dan juga isteri Rasulullah saw. Dia menceritakan perihal mimpinya itu dengan hati yang cemas.

Setelah itu, Hafsah menemui Rasulullah saw dan menceritakan mimpi Abdullah itu. Seketika kemudian, Rasulullah saw berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar kalau dia mahu melakukan solat malam!”

Mendengar sabda Nabi itu, Hafsah bergembira. Dia terus menemui adiknya.

“Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik baik lelaki jika kau melakukan solat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui mengatakan bahawa kau belum terjaga dari api neraka. Itu kerana kau tidak melakukan solat tahajud. Jika kau ingin terselamatkan dari api neraka, dirikanlah solat Tahajud setiap malam. Jangan kau sia- siakan waktu sepertiga malam; waktu di mana ALLAH Swt memanggil manggil hamba Nya; waktu ketika ALLAH mendengar doa hamba-Nya,” kata Hafsah kepada Abdullah.

Sejak itu, Abdullah tidak pernah meninggalkan solat Tahajud hingga ke akhir hayatnya. Bahkan, kerap kali dia menghabiskan waktu malamnya untuk solat dan menangis di hadapan ALLAH Swt. Setiap kali mengingat mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada ALLAH agar diselamatkan dari api neraka.

Apatah jika dia mengingati sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang diletakkan pada kedua tepak kakinya bara api yang membuat otaknya mendidih. Dia merasa tidak ada orang lain yang lebih berat siksanya daripada dia. Padahal, sesungguhnya siksa yang ia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka.”

Abdullah berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada ALLAH, mencari redha ALLAH, agar termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang terhindar dari siksa neraka dan memperoleh kemenangan syurga.

Norziati binti Mohd Rosman

Teladan 32 - Bayi Hijrah Pertama

Teladan 32 - Bayi Hijrah Pertama

Pada suatu hari, Rasulullah saw. dan Abu Bakar r.a. telah mengarahkan Zaid r.a. dan beberapa orang pegawainya untuk mengambil kuda dan keluarganya untuk dibawa ke Madinah.

Asma berhijrah bersama-sama dengan rombongan tersebut. Sebaik sahaja tiba di Quba –lahirlah putera pertamanya, iaitu Abdullah bin Zubair.

Dalam sejarah Islam, itulah bayi pertama yang dilahirkan setelah hijrah.

Norziati binti Mohd Rosman

Kisah Juha Dan Setengah Cambukan

Suatu hari, Juha berhasil menangkap seekor ikan besar yang sangat langka. Ia pun berniat untuk mempersembahkan ikan tersebut kepada sultan d...