Selasa, 14 Januari 2014

SAHABAT JATUH SAKIT JIKA LAMA TAK JUMPA RASULULLAH

SAHABAT JATUH SAKIT JIKA LAMA TAK JUMPA RASULULLAH
Maqam Rasululullah
SATU perkara tidak dapat disangkal bagi ahli takwa dan iman, fenomena cinta mereka terhadap Allah SWT, Rasul-Nya dan jihad pada jalan Allah. Fenomena kecintaan ini tidak mungkin dapat disamakan dengan kecintaan lain kerana ia adalah tuntutan iman dan Islam.

Begitu juga seorang Mukmin yang merasai kemanisan iman sudah pasti memiliki akidah bahawa zat Tuhan mencapai tahap kesempurnaan, keindahan dan kebesaran paling agung. Dengan keimanan mantap juga, beliau yakin kaedah berkaitan dengan Tuhan wajib diikuti lantaran kesempurnaan pemiliknya.

Apabila seorang Mukmin itu merasai kemanisan iman dalam hatinya, beliau pasti mencintai Nabi Muhammad SAW kerana Baginda sebaik-baik contoh dan akhlak.

Secara semula jadi, segala kelebihan yang Allah anugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW akan menarik perhatian manusia dan menjadi contoh mereka dalam aspek keagamaan, keduniaan dan kemasyarakatan.

Bahkan ada sahabat jatuh sakit jika tidak bertemu Rasulullah SAW dalam tempoh lama.
Diriwayatkan oleh Iman Al-Bughawi, daripada Thauban mawla Rasulullah SAW. Beliau amat mencintai Rasulullah SAW dan kurang sabar dalam hal ini. Pada suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dalam keadaan yang berlainan.

Maka Nabi Muhammad SAW bertanya kepada beliau: “Apa yang mengubah keadaanmu sebegini wahai Thauban?” Jawab beliau: “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai sebarang penyakit. Hanya hati amat merindui apabila tidak dapat melihat dirimu. Kemudian aku terkenangkan hari akhirat. Maka aku khuatir tidak lagi dapat melihat dirimu kerana engkau akan diangkat bersama para nabi. Jika aku dapat memasuki syurga sudah tentu kedudukanku lebih rendah. Sekiranya aku tidak dapat memasuki syurga, sudah tentu aku tidak akan melihatmu lagi.”

Maka turun ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang siddiq dan yang syahid serta soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat).” (Surah an-Nisaa’, ayat 69).

Satu persoalan yang perlu diperhatikan, adakah wujud penghalang yang boleh memutuskan fenomena cinta sederhana ini? Sebagai Muslim, selama mana beliau masih lagi istiqamah dengan keimanannya dan patuh setiap perintah syarak, hendaklah sentiasa menjalinkan hubungan dan tidak harus memutuskan persaudaraan.

Berdasarkan kenyataan ini, apabila berlaku perkelahian, permusuhan dan kebencian antara dua orang Muslim, tidak harus bagi mereka memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim bahawa dia memutuskan persaudaraan lebih daripada tiga hari.” (Hadis riwayat sahih Bukhari dan Muslim).

Tempoh ini mencukupi bagi dua orang yang bertelagah berdamai. Jika permusuhan itu melebihi tiga hari, maka kedua-duanya berdosa jika permusuhan itu membabitkan kes individu dan sebab peribadi saja. Jika permusuhan itu berkait dengan perkara keagamaan, maka menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk memberi nasihat kepada saudara seagamanya yang sedang melakukan dosa.

Berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Agama itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, bagi siapa (nasihat itu)? Sabda Nabi Muhammad SAW: Bagi Allah, kitabNya, Rasul-Nya dan bagi pimpinan Muslimin dan keseluruhan umat Islam.” (Hadis riwayat Muslim).

Jika nasihat yang diberikan tidak mendatangkan manfaat sedangkan saudara seagama dalam kemaksiatan dan kefasikan, maka wajib ke atas Muslim itu meninggalkannya kerana Allah walaupun beliau salah seorang dari kaum keluarga atau taulan. Diriwayatkan dalam hadis sahih bahawa Nabi Muhammad SAW meninggalkan sebahagian isteri Baginda selama sebulan untuk mencegah dan mendidik mereka.

Berdasarkan itu, jelas bahawa memutuskan persaudaraan kerana Allah terbahagi kepada dua bahagian permusuhan sementara dalam tempoh tertentu bertujuan untuk mendidik dan permusuhan yang kekal abadi sehingga ke akhir hayat ke atas insan yang melanggar hukum Allah.

http://www.islamituindah.my/sahabat-jatuh-sakit-jika-lama-tak-jumpa-rasulullah

Isnin, 13 Januari 2014

Banyak selawat rapati Rasulullah s.a.w di akhirat

Banyak selawat rapati Rasulullah s.a.w di akhirat

DARIPADA Ubai bin Kaab, katanya: “Adalah Rasulullah pabila sampai satu pertiga malam, baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) diikuti peristiwa dahsyat, (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?

Baginda menjawab: Seberapa banyak kamu kehendaki. Aku bertanya lagi: Satu perempat? Beliau menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika separuh? Baginda menjawab: Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika dua pertiga? Baginda menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ia menjadi kebajikan kepada kamu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepadamu? Baginda menjawab: Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu.” (Hassan).

Rasulullah mengingatkan umatnya supaya sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian umpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam pelbagai bentuk termasuk berlaku bencana. Malapetaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian ditentukan Allah bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.

Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah sepanjang masa dan berdoa dijauhi daripada bahaya serta bencana menimpa.

Orang yang banyak berselawat adalah yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan akan diperkenankan Allah di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya.

Sesungguhnya arahan Rasulullah supaya umatnya memperbanyakkan selawat juga disertai dengan suruhan tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangan-Nya.

Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan

http://pondoktauhid.blogspot.com/2014/01/banyak-selawat-rapati-rasulullah-saw-di.html

Khamis, 9 Januari 2014

Kontekstualisasi… Ancaman Baru Gejala Murtad

Kontekstualisasi… Ancaman Baru Gejala Murtad

Gerakan Kristianisasi merujuk kepada suatu usaha untuk mengkristiankan penganut Islam. Dalam konteks negara kita yang mana Perlembagaan meskipun memberi kebebasan dalam beragama kepada rakyatnya namun terdapat larangan untuk agama lain mengembangkan agama mereka kepada penganut Islam, gerakan Kristianisasi dipercayai dilakukan secara senyap, licik dan tersembunyi.

Difahamkan, gerakan ini menggunakan pelbagai medium yang secara umumnya boleh diklasifikasikan perkara biasa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Antara yang dipercayai salah satu strategi gerakan ini ialah menuntut kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunakan oleh orang Kristian dalam risalah terbitan gereja.

Bagi memahami strategi gerakan Kritianisasi yang dikhuatiri menjadi satu lagi ancaman kepada akidah umat Islam mutakhir ini, wartawan NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan ZULFADHLI ZAKI menemubual Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), A KARIM OMAR. Dalam temu bual itu A Karim turut mendedahkan strategi terkini Kristianisasi yang disebut ‘kontekstualisasi’. Ikuti penerangannya.

Apa yang dimaksudkan dengan strategi kontekstualisasi?

Menurut J Dudley Woodberry, Profesor Emeritus di Fuller Theological Seminary School of World Missions, Amerika Syarikat, orang Islam yang cuba didakyahkan oleh evangelis Kristian merasakan bentuk penyembahan Kristian, termasuk istilah-istilah yang digunakan, aneh dan ofensif.

Oleh yang demikian, kebanyakan evangelis Kristian bersedia untuk menggugurkan apa saja penyembahan yang aneh dan ofensif kepada orang Islam serta membenarkan mereka yang murtad itu (bertukar kepada agama Kristian) untuk mengekalkan beberapa bentuk dan istilah yang biasa digunakan oleh orang Islam.

Maka kontekstualisasi adalah suatu strategi pendakyahan Kristian dengan cara mengambil guna istilah dan cara beribadat yang biasa digunakan oleh masyarakat Islam setempat.

Dalam satu jurnal Kristian, pada tahun 2004, Harley Talman menulis bahawa pendakyahan kepada orang Islam yang suatu masa dahulu dianggap sebagai usaha yang sia-sia, kini dengan strategi kontekstualisasi ianya telah memberi ruang baru untuk usaha-usaha pendakyahan.

Malah, dalam artikel tersebut, beliau turut menyenaraikan cadangan untuk dilakukan kontekstualisasi yang lebih meluas (comprehensive contextualization) dari pelbagai aspek.

Apakah sebenarnya dimaksudkan dengan gerakan Kristianisasi?

Gerakan Kristianisasi adalah merujuk kepada suatu gerakan untuk mengkristiankan umat manusia. Pada peringkat tertinggi mereka, Pope Alexander VI telah membahagikan dunia ini kepada kerajaan Sepanyol dan kerajaan Portugis dalam Perjanjian Tordesillas pada 7 Jun 1494.

Inilah gerakan terancang Kristian sedunia untuk mengkristiankan umat manusia. Maka bermulalah sejarah kekejaman oleh dua penakluk besar kerajaan Kristian pada ketika itu. Segala bentuk keganasan jelas tercatat di dalam kisah-kisah eksplorasi mereka di atas nama menyebarkan agama Kristian di samping mencari kegemilangan sambil merompak kekayaan dunia baru yang mereka takluki.

Ini disebut sebagai ‘gold, glory and gospel’. Kini gerakan evangelis Kristian masih berterusan dengan agenda yang sama, melalui pelbagai ragam dan rupa serta strategi yang baru.

Laporan Raja Manuel (Portugis) kepada Pope Leo X pada 6 Jun 1513 menyebut bahawa ‘Palang Salib’ telah menang ke atas ‘Bulan Sabit’ di Kota Melaka.

Ini adalah kerana mereka dahulu beranggapan bahawa penaklukan ke atas Tanah Melayu sebagai Perang Salib yang terakhir dan ini merupakan suatu usaha serangan terhadap kubu Islam dari sisi dan belakang.

Bagaimanakah agenda mereka dapat dilaksanakan dalam konteks negara kita?

Gerakan ini dilaksanakan menggunakan beberapa kaedah dan strategi, antaranya melalui pendidikan, ekonomi, kebajikan dan aktiviti sosial.

Melalui pendidikan misalnya, gerakan ini menggunakan tadika, tabika, sekolah mubaligh dan pusat tuisyen serta kelab-kelab belajar untuk mempengaruhi para pelajar.

Mereka juga menggerakkan pelbagai program ekonomi dan kebajikan dalam usaha menarik masyarakat Islam untuk menerima Kristian. Antara kaedah yang mereka gunakan boleh dianggap seumpama rasuah atas nama Jesus.

Mereka juga melakukan aktiviti lawatan hospital, menyediakan rumah kebajikan, bantuan mangsa Aids/HIV dan penagih, bantuan bencana serta khidmat kaunseling.

Melalui hiburan pula, ada yang menggunakan lagu, contohnya sebuah lagu penyanyi popular dari Indonesia, Agnes Monica yang berjudul, ‘ALLAH Peduli’. Kalimah ALLAH dalam lagu tersebut bukanlah merujuk kepada Tuhan Yang Esa tetapi merujuk kepada Jesus seperti lirik terakhirnya,‘Sebab ALLAH Yesusku mengerti’.

Lagu itu sudah diharamkan di negara kita. Itu merupakan salah satu daripada cara bagaimana mereka menggunakan medium hiburan untuk menggerakan misi mereka.

Boleh saudara terangkan kaedah menggunakan helah sukan dalam usaha memurtadkan golongan remaja?

Evangelis Kristian sememangnya mengguna pelbagai helah dan kaedah pemurtadan untuk mengaburi mata umat Islam. Negara kita pernah pada satu ketika dahulu digemparkan oleh satu peristiwa di mana sebuah pusat tuisyen telah melakukan aktiviti untuk memurtadkan anak-anak Islam yang belajar di situ. Selain daripada itu, salah satu kaedah pendakyahan lain yang dikesan ialah melalui sukan termasuk menganjurkan latihan bola sepak.

Terdapat sebuah pusat latihan bola sepak di Lembah Klang yang telah dikesan melakukan aktiviti terancang ini. Malah mereka membawa paderi dari Amerika Latin yang menyamar sebagai jurulatih bola sepak dalam usaha untuk berdakyah.

Mereka memilih sebahagian daripada anak-anak remaja ini untuk menjalani latihan lanjutan di negara mereka dan sebagai salah satu atur cara lawatan di sana, anak-anak ini telah dibawa berkunjung ke gereja-gereja. Walaupun pusat latihan bola sepak tersebut didaftarkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, namun ianya bernaung di bawah sebuah gereja.

Dalam satu dokumen berhubung perjanjian di antara pusat bola sepak tersebut dengan gereja dari Amerika Latin, mereka mencatatkan bahawa bola sepak adalah satu alat penting untuk menyampaikan dakyah Kristianisasi kepada orang Melayu.

Bagaimana cara masyarakat Islam yang sudah murtad menjalani kehidupan seharian mereka?

Sebenarnya kita tidak dapat mengenal pasti mereka yang murtad berdasarkan perilaku luaran seperti mempunyai salib.

Ini kerana mereka melakukkannya secara tersembunyi, malah untuk menutup rahsia mereka, ramai di kalangan mereka yang sudah murtad masih melakukan perkara asas dalam Islam apabila berada di kalangan keluarga atau masyarakat.

Sebagai buktinya, kajian tentang identiti sosio keagamaan dan kehidupan orang-orang Melayu Kristian telah dilakukan dalam kajian peringkat PhD di sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat pada tahun lalu. Kajian tersebut mendedahkan orang-orang Melayu Kristian ini tidak menzahirkan anutan agama mereka seperti:

1 – Tidak ada tanda salib di rumah mereka.
2 – Tidak melakukan sebarang acara keagamaan Kristian di depan orang lain walaupun sudah menganut agama Kristian.
3 – Masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan berpuasa di bulan Ramadan, jika perlu.
4 – Mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di rak buku atau meja di ruang tamu rumah.

Mereka melakukan semua ini bagi mengelak dari diketahui oleh saudara mara atau sahabat handai yang datang ke rumah mereka.

Boleh saudara jelaskan berkaitan tuntutan menggunakan kalimah ALLAH yang sebelum ini saudara katakan kepada saya ‘supaya orang Islam baca tidak terus menolak Bible’?

Tuntutan untuk menggunakan kalimah ALLAH oleh evangelis Kristian adalah satu contoh terbaik bagi menjelaskan strategi Kristian dalam memperdayakan umat Islam. Ianya adalah salah satu strategi kontekstualisasi yang telah kita bicarakan awal tadi.

Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang biasa diguna pakai oleh orang Islam setempat dalam bahan bacaan Kristian, maka usaha pendakyahan dengan menyebarkan Bible atau apa-apa bahan bacaan kepada orang Islam lebih berhasil dan lebih mudah. Orang Islam tidak akan merasakan apa yang dibaca mereka itu asing malah tidak jauh bezanya dengan apa yang meraka amalkan. Oleh itu, mereka tidak akan terus menolak bahanbahan bacaan tersebut.

Sebagai contoh, di Indonesia, terdapat pelbagai rumah agama Kristian yang meletakkan kalimah ALLAH pada bangunan mereka. Adakah kita mahu keadaan seperti ini berlaku di negara kita? Ia kelak akan mewujudkan kekeliruan kepada kita semua. Oleh itu perkara sebegini perlu dielakkan. Begitu juga penggunaan nama ALLAH di dalam lagu Agnes Monica, berjudul, ‘ALLAH peduli’ yang saya jelaskan di atas.

Sejauh mana bahayanya gerakan kristianisasi di negara kita?

Mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam bermakna memurtadkan mereka. Orang Melayu telah didefinisikan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai orang yang beragama Islam. Oleh itu gerakan permurtadan ini terang-terangan
mengancam kedaulatan Perlembagaan.

Apabila seseorang Melayu itu tidak lagi beragama Islam maka ia tidak lagi berstatus Melayu. Malah gerakan mengkristiankan umat Islam di negara ini adalah bertentangan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bahayanya gerakan ini adalah kerana ianya dilakukan dengan penuh tipu helah serta berselindung dengan pelbagai wajah. Hasilnya ramai umat Islam tidak sedar dan tertipu malah menjadikan kita bersengketa sesama sendiri.

Apakah usaha yang boleh kita lakukan bagi mengekang gerakan kristianisasi terus berlaku hingga sampai tahap tidak terkawal?

Pertama, umat Islam mesti ingat tentang pesanan ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 bahawa orang Yahudi dan Kristian tidak akan reda untuk selama-lamanya terhadap umat Islam yang kekal beriman. Mereka akan melakukan pelbagai tipu helah yang terancang sehingga kita sendiri tidak sedar perancangan halus mereka.

Kedua, umat Islam mesti diberi pendedahan dan penerangan tentang segala tipu helah dan perancangan jahat gerakan evangelis yang ingin memurtadkan kita semua.

Pihak berwajib termasuk media harus memainkan peranan mereka dalam memberi kesedaran dan kefahaman ini kepada masyarakat umum.

Malah masyarakat di pelbagai peringkat juga harus mengambil peranan aktif dalam menjalankan tanggugjawab ini. Ketiga, penguatkuasaan yang lebih bersungguh-sungguh dan tegas mesti diambil oleh pihak kerajaan berdasarkan peruntukan yang sedia ada di bawah Pelembagaan Persekutuan dan enakmen negeri masing-masing.

Keempat dan yang paling penting ialah umat Islam sendiri harus bersatu menentang taktik-taktik halus gerakan evangelis Kristian dan bukannya bersengketa sesama sendiri dan menjadi alat mereka.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 yang meletakkan kita sebagai umat terbaik, di mana ianya datang bersama satu tanggungjawab untuk melakukan dakwah serta menyekat agenda pemurtadan umat.

Inilah kaedah fekah yang disepakati iaitu menyekat gejala riddah (pemurtadan) dari segala puncanya. Inilah disebut sebagai sadduz zara‘i.

Sinar Harian
Isnin 21hb Oktober 2013

Selasa, 7 Januari 2014

Sejarah Nusaibah : ibu para Syuhada

Sejarah Nusaibah : ibu para Syuhada
Gambar hiasan

Hari itu Nusaibah tengah berada di dapur. Suaminya, Said tengah beristirahat di kamar tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nusaibah menebak, itu pasti tentara musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.

Dengan bergegas, Nusaibah meninggalkan apa yang tengah dikerjakannya dan masuk ke kamar. Suaminya yang tengah tertidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. "Suamiku tersayang," Nusaibah berkata, "aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barang kali orang-orang kafir telah menyerang."

Said yang masih belum sadar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal mengapa bukan ia yang mendengar suara itu. Malah istrinya. Segera saja ia bangkit dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nusaibah menghampiri. Ia menyodorkan sebilah pedang kepada Said.

"Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang...."

Said memandang wajah istrinya. Setelah mendengar perkataannya seperti itu, tak pernah ada keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan sigap dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Said langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu makin mengobarkan keberanian Said saja.

Di rumah, Nusaibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang pengendara kuda yang nampaknya sangat gugup.

"Ibu, salam dari Rasulullah," berkata si penunggang kuda, "Suami Ibu, Said baru saja gugur di medan perang. Beliau syahid..."

Nusaibhah tertunduk sebentar, "*Inna lillah*....." gumamnya, "Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.

Setelah pemberi kabar itu meninggalkan tempat itu, Nusaibah memanggil Amar. Ia tersenyum kepadanya di tengah tangis yang tertahan, "Amar, kaulihat Ibu menangis? Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah syahid. Aku sedih karena tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan bagi para pejuang Nabi.
Maukah engkau melihat ibumu bahagia?"

Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar.

"Ambilah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terbasmi."

Mata amar bersinar-sinar. "Terima kasih, Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku was-was seandainya Ibu tidak memberi kesempatan kepadaku untuk membela agama Allah."

Putra Nusaibah yang berbadan kurus itu pun segera menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak tampak ketakutan sedikitpun dalam wajahnya. Di depan Rasulullah, ia memperkenalkan diri. "Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayah yang telah gugur."

Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu. "Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu...."

Hari itu pertempuran berlalu cepat. Pertumpahan darah berlangsung sampai sore. Pagi-pagi seorang utusan pasukan islam berangkat dari perkemahan mereka meunuju ke rumah Nusaibah. Setibanya di sana, perempuan yang tabah itu sedang termangu-mangu menunggu berita, "Ada kabar apakah gerangan kiranya?" serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, "apakah
anakku gugur?"

Utusan itu menunduk sedih, "Betul...."

*Inna lillah*...." Nusaibah bergumam kecil. Ia menangis.

"Kau berduka, ya Ummu Amar?"

Nusaibah menggeleng kecil. "Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuberangkatan? Saad masih kanak-kanak."

Mendegar itu, Saad yang tengah berada tepat di samping ibunya, menyela, "Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahwa Saad adalah putra seorang ayah yang gagah berani."

Nusaibah terperanjat. Ia memandangi putranya. "Kau tidak takut, nak?"

Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya. Ketika Nusaibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan itu.

Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan banyak nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menancap di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, "Allahu akbar!"

Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nusaibah. Mendengar berita kematian itu, Nusaibah meremang bulu kuduknya. "Hai utusan," ujarnya, "Kausaksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang."

Sang utusan mengerutkan keningnya. "Tapi engkau perempuan, ya Ibu...."

Nusaibah tersinggung, "Engkau meremehkan aku karena aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk surga melalui jihad?"

Nusaibah tidak menunggu jawaban dari utusan tersebut. Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nusaibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum. "Nusaibah yang dimuliakan Allah. Belum waktunya perempuan
mengangkat senjata. Untuk sementra engkau kumpulkan saja obat-obatan dan rawatlah tentara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur."

Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nusaibah pun segera menenteng tas obat-obatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang luka-luka dengan cermat. Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba terciprat darah di rambutnya. Ia menegok. Kepala seorang tentara Islam menggelinding terbabat senjata orang kafir

Timbul kemarahan Nusaibah menyaksikan kekejaman ini. Apalagi waktu dilihatnya Nabi terjatuh dari kudanya akibat keningnya terserempet anak panah musuh, Nusaibah tidak bisa menahan diri lagi. Ia bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang prajurit yang rubuh itu. Dinaiki kudanya. Lantas bagai
singa betina, ia mengamuk. Musuh banyak yang terbirit-birit menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang. Hingga pada suatu waktu seorang kafir mengendap dari belakang, dan membabat putus lengan kirinya. Ia terjatuh terinjak-injak kuda.

Peperangan terus saja berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga Nusaibah teronggok sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas'ud mengendari kudanya, mengawasi kalau-kalau ada korban yang bisa ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat seonggok tubuh bergerak-gerak dengan payah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas'ud mengenalinya,

"Isteri Said-kah engkau?"

Nusaibah samar-samar memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya, "bagaimana dengan Rasulullah? Selamatkah beliau?"

"Beliau tidak kurang suatu apapun..."

http://skooplangsa.blogspot.com/2013/08/sejarah-nusaibah-ibu-para-syuhada.html

Kisah Suraqah bin Malik

Gambar hiasan
Kisah Suraqah bin Malik

Menuju Arafah dari Jabal Tsaur biasanya banyak orang menyambung cerita kisah penghijrahan Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Kisah yang sangat menyentuh hati kita ialah peristiwa Suraqah bin Malik. Bagaimana kisahnya?

Rasa kecewa, marah dan putus asa berkecamuk dalam dada para pembesar Quraisy. Mereka gagal menghalang langkah Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakar RA yang berhijrah ke Yasrib. Padahal mereka sudah mengepung rumah Rasulullah SAW, bahkan sudah sampai di pintu Gua Tsaur, tempat persembunyian Rasulullah SAW dan sahabatnya, As Siddiq. Akhirnya mereka memutuskan membuat tawaran untuk menangkap keduanya. Agar tidak terlalu berat menanggung malu, tawaran itu diumumkan ke seluruh kabilah yang banyak di sepanjang jalan antara Makkah dan Yasrib.

“Barang siapa yang berhasil membawa Muhammad, hidup atau mati, maka baginya seratus ekor unta betina yang hampir beranak.” Begitulah pengumuman mereka.

Dengan segera berita itu tersebar ke mana-mana. Tak terkecuali ke Madlaj, kampung kecil di pinggiran kota Makkah. Ketika utusan dari Makkah datang membawa berita tawaran itu, beberapa penduduk kampung itu sedangberbincang bincang di tempat pertemuan biasa di kampung itu. Mendengar pengumuman itu, seorang pemuda bernama Suraqah bin Malik Al Madlaji sangat tertarik. Dia bertekad merebut hadiah besar itu. Rasa tamak mendorongnya ingin memenangkan tawaran itu sendirian. Kerana itu, ia tidak memceritakan rencananya kepada orang lain.

Kebetulan, ada seorang lelaki datang ke tempat pertemuan warga kampung itu. Dia bercerita bahwa baru saja dia bertemu dengan tiga orang musafir. Dia merasa, ketiga orang itu adalah Muhammad, Abu Bakar dan seorang penunjuk jalan.

“Tidak mungkin!” bantah Suraqah. “Mereka adalah Bani Fulan yang tadi lalu di sini untuk mencari unta mereka yang hilang,” kata Suraqah untuk menarik perhatian mereka.

“Mungkin saja,” kata yang lain mengiyakan Suraqah. Cerdik Suraqah, siasatnya tak menimbulkan kecurigaan orang-orang kampung itu. Ketika mereka beralih membicarakan isu yang lain, diam-diam Suraqah menyelinap keluar. Ia bergegas pulang. Sampai di rumah, ia menyuruh budaknya menyiapkan kuda dan membawanya ke sebuah lembah yang telah ditentukan dan menambatkannya di sana.

“Keluarlah dari pintu belakang. Hati-hati, jangan sampai dilihat orang! Siapkan juga senjataku,” perintah Suraqah.

Beberapa saat kemudian, Suraqah pergi menyusul. Setelah berjumpa dengan budaknya, segera ia mengenakan baju besi, menyandang pedang dan memasang pelana. Kemudian dia menunggang kudanya selaju-lajunya. Dalam fikirannya terbayang seratus ekor unta akan berada dalam genggamannya.

Suraqah bin Malik terkenal sebagai penunggang kuda yang handal. Sosok badannya tinggi besar, pandangan matanya tajam. Sangat sesuai menjadi pakar pencari jejak. Tidak ada jalan yang sulit baginya. Apalagi kudanya tangkas dan terlatih baik.

Suraqah terus menunggang laju kudanya. Tanpa diduga, tiba-tiba kaki kudanya tersandung sesuatu lalu Suraqah pun jatuh terguling. “Celaka kau kuda!” katanya menyumpah kesal.

Tanpa mempedulikan rasa sakit, ia melompat lagi ke atas kudanya dan terus menunggangnya. Baru beberapa langkah, kudanya terjatuh lagi. Suraqah merasa semakin kesal tetapi. Belum pernah ia mengalami kejadian seperti ini. Sempat terdetik di hatinya untuk kembali saja ke kampungnya. Tapi cita-citanya untuk memiliki seratus ekor unta membakar semangatnya untuk menunggang kembali kudanya.

Tiba-tiba dada Suraqah berombak. Berdebar tetapi gembira. Kegembiraan yang luar biasa menguasai hatinya. Tidak begitu jauh di depan, dia melihat tiga orang sedang berjalan. Dia yakin mereka adalah targetnya. Perlahan-lahan ia mendekati mereka. Bila sampai dalam jarak yang sangat dekat, tangannya bergerak mengambil busur. Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Mukjizat Rasulullah berlaku, tiba-tiba tangannya menjadi kaku, sedikitpun tak dapat digerakkan. Kaki kudanya terbenam pasir. Debu-debu berterbangan di sekitarnya, membuat matanya kabur dan tak dapat melihat. Dicobanya memaksa kudanya tetapi sia-sia saja. Kaki kudanya tertanam di padang pasir seakan dipasak. Dalam keadaan panik, Suraqah akhirnya menjerit, 
“Tolong,tolong berdoalah kepada Tuhan kalian, supaya Dia melepaskan kaki kudaku. Aku berjanji tidak akan mengganggu kalian!”

Rasulullah menoleh, tersenyum, dan berdoa. Sungguh menakjubkan, kaki kuda Suraqah bebas dari cengkaman pasir. Suraqah merasa heran dan kagum. Namun rasa tamak yang telah menguasai dirinya membuatkan ia melupakan janjinya. Secara tiba-tiba ia melaju ke depan untuk mengejar Rasulullah SAW . Malang baginya, kaki kudanya terbenam lagi, bahkan lebih parah dari yang pertama. Rasa takut menguasai hatinya. Ia segera memohon belas kasihan kepada Rasulullah SAW.
“Ambillah bekalanku, harta, dan senjataku. Aku berjanji, demi Allah, tidak akan mengganggu kalian lagi,” ucap Suraqah.

“Kami tidak membutuhkan hartamu. Jika kamu menyuruh setiap orang yang hendak mengejar kami supaya kembali, itu sudah cukup bagi kami,” jawab Rasulullah SAW. Rasulullah lantas berdoa, dan bebaslah Suraqah dan kudanya.

“Demi Tuhan, saya tidak akan mengganggu tuan-tuan lagi. Aku akan menyuruh setiap orang yang berusaha mengejar kalian supaya pulang nanti,” janji Suraqah seraya berbalik untuk pulang.
“Apa yang engkau kehendaki dari kami?” tanya Rasulullah SAW.

“Demi Allah, wahai Muhammad, saya yakin agama yang engkau bawa akan menang dan kekuasaan engkau akan tinggi. Berjanjilah padaku, apabila aku datang menemuimu nanti, sudilah engkau bermurah hati padaku untuk menerimaku.”

“Hai Suraqah, bagaimana jika pada suatu waktu engkau memakai gelang kebesaran Kisra?” tanya Rasulullah SAW.

“Gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz?” cetus Suraqah hairan.
“Ya, gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz!”
“baiklah Tuliskanlah itu untukku.”
Rasulullah menyuruh Saiyidina Abu Bakar RA menulis pada sepotong tulang, lalu beliau memberikan tulang itu kepada Suraqah.

Setelah yakin Rasulullah dapat meneruskan perjalanannya dengan aman, Suraqah kembali pulang. Di tengah jalan ia berpesan kepada orang-orang yang hendak mengejar Rasulullah SAW. “Kembalilah kalian semuanya! Telah kuperiksa seluruh tempat dan jalan-jalan yang mungkin dilaluinya. Namun aku tidak menemukan Muhammad ! dan kalian semua tidak seahli aku dalam mencari jejak!” Jerit Suraqah kepada mereka.

Dengan kecewa, orang-orang itu membatalkan niatnya. Sementara Suraqah tetap merahsiakan pertemuannya dengan Rasulullah SAW. Setelah ia yakin benar Rasulullah SAW telah tiba di Madinah, barulah ia membuka rahsia itu. Mendengar cerita Suraqah, Abu Jahal tersangat marah dan menjerit, “Pengecut! Tak tahu malu! Engkau benar-benar bodoh!” teriak Abu Jahal.
“Hai Abul Hakam! Demi Allah, kalaulah engkau mengalami peristiwa yang kualami ketika kaki kudaku terbenam ke dalam pasir, engkau akan yakin dan tak akan ragu sedikit pun, bahwa Muhammad itu benar-benar utusan Allah. Baiklah, siapa yang sanggup menentangnya, silakan!” sahut Suraqah tak mau mengalah.

Hari terus berganti. 

Sepuluh tahun kemudian, Rasulullah yang dulunya meninggalkan kampung halamannya  kini berhasil menaklukan kota Mekah, kota kelahirannya. Saat itulah, para pembesar Quraisy yang selama ini memusuhinya, datang menghadap dengan kepala tunduk. Rasa takut dan cemas memenuhi hati mereka. Keinginan mereka hanya satu: Mohon belas kasihan dan mengharapkan ampunan Rasulullah SAW dan menyakini baginda bukanlah pendendam, karenanya mereka semua dilepas dan dimaafkan. “Pergilah, kalian semua bebas,” ucap Rasulullah.

Beberapa saat kemudian, datang seorang lelaki dengan menunggang kuda. Ia ingin sekali menemui Rasulullah SAW. Lelaki itu adalah Suraqah yang ingin menyatakan imannya di hadapan Rasulullah SAW langsung. Tidak lupa dia membawa sepotong tulang bertuliskan perjanjian Rasulullah SAW kepadanya sepuluh tahun yang lalu. Suraqah berhasil menemui Rasulullah SAW di Ja’ranah, di perkemahan pasukan berkuda bersama kaum Ansar. Tetapi orang-orang yang ada di sekeliling perkemahan itu tidak mengizinkan Suraqah untuk menghampiri baginda.

“Berhenti! Berhenti! Hendak ke mana engkau?” Halang mereka.
Suraqah diam saja. Pukulan dan usaha para sahabat untuk menghalanginya tidak dihiraukan. Ia terus melaju sehingga dekat dengan Rasulullah SAW yang sedang duduk di atas unta. Saat itupun Rasulullah SAW melihatnya, Suraqah segera mengangkat tulang yang dipegangnya.
“Wahai Rasulullah, saya Suraqah bin Malik. Dan inilah tulang bertuliskan perjanjian engkau kepadaku dahulu.”

“Mari ke sini wahai Suraqah! Hari ini adalah hari menepati janji!” sahut Rasulullah SAW.
Di hadapan Rasulullah, Suraqah mengikrarkan keislamannya. Tak lama kemudian, hanya dalam waktu lebih kurang sembilan bulan sesudah keislamannya, Rasulullah SAW kembali menemui ilahi. Semua sahabat bersedih, begitu Suraqah. Bayangan masa lalunya muncul, ketika ia hendak membunuh Rasulullah SAW yang mulia, hanya karena tamakkan seratus ekor unta. Sedangkan sekarang andaikata seluruh unta di muka bumi dikumpulkan untuknya, tiadalah berharga dibanding ujung kuku . Tanpa disedarinya, dia mengulangi ucapan Rasulullah SAW kepadanya, 
“Bagaimana, hai Suraqah, jika engkau memakai gelang kebesaran Kisra?”

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, umat Islam dipimpin oleh Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Tetapi, hingga Saiyidina Abu Bakar wafat Suraqah belum memperolehi janji Rasulullah SAW kepadanya karena memang persia  belum ditakluki. Namun Suraqah tidak pernah ragu, suatu waktu janji itu pasti terbukti. Ya, diakhir zaman Khalifah Saiyidina Umar bin Khattab, tentera Islam berhasil menaklukan kerajaan Persia.

Beberapa utusan panglima Sa’ad bin Abi Waqqash yang telah menakluk Persia tiba di Madinah. Selain melaporkan kemenangan-kemenangan yang dicapai tentera Muslim, mereka juga menyimpan seperlima harta rampasan perang yang diperolehi selama mereka berjuang menegakkan kalimatullah.

Khalifah Umar terpegun melihat timbunan rampasan perang itu. Ada mahkota raja-raja, pakaian kebesaran kerajaan bersulam, dan lain-lain harta benda yang sangat indah. Khalifah mengais ngais timbunan harta itu dengan tongkatnya. Kemudian berpaling kepada orang-orang yang berada di sekitarnya lalu berkata, “Alangkah jujurnya orang-orang yang menyimpan semua ini.”

Ali bin Abi Thalib yang turut ada ketika itu menyahut, “Wahai Amirul Mukminin, oleh kerana engkau jujur maka rakyat pun jujur juga. Tetapi jika engkau khianat, maka rakyat akan khianat pula.”

Ketika itu, Khalifah Umar mengambil dua gelang kebesaran Kisra dan menyerahkannya kepada Suraqah bin Malik. Saat itulah Suraqah teringat kembali janji Rasulullah kepadanya. Setelah menanti sekian lama, janji itu terbukti akhirnya...

KisAh AGUNG ISKANDAR ZULKARNAIN

 Kisah agung nabi Iskandar Zulkarnain
Gambar hiasan
Dialah Raja Muslim yang sangat berkuasa namun soleh. Daerah taklukannya membentang dari bumi bahagian barat sampai timur. Ia mendapat gelaran Iskandar "Zulkarnain". "Zul", ertinya "mempunyai", Qarnain, artinya "Dua Tanduk". Maksudnya, Iskandar yang mempunyai kuasa antara timur dan barat.

Dia juga telah membina dinding besar berteknologi tinggi untuk saiz saat itu , diantara dua Gunung . Para ahli sejarah meyakini , dinding tersebut diperbuat daripada besi yang dicampur dengan tembaga itu terletak tepat di pengunungan Kaukasus . Daerah itu kini disebut Georgia , negara pecahan Uni Soviet .

Secara topografis , deretan pegunungan Kaukasus itu memang terlihat memanjang dari laut Hitam sampai ke laut Kaspia sepanjang 1,200 kilometer tanpa celah . Kecuali pada bahagian kecil sempit yang disebut celah Darial sepanjang 100 Meter kurang lebih . Pada bahagian celah itulah Zulkarnain membina tembok penghalang dari Ya'juj dan Ma'juj .

Kisah ketokohan Iskandar Zulkarnain ini juga tertulis dalam catatan sejarah orang - orang barat . Dalam catatan tersebut diceritakan bagaimana ia berjaya meluaskan daerah taklukannya dalam masa yang sangat singkat . Oleh kerana kejayaannya ini , ia diberi gelar " Alexander The Great " , Alexander Yang Agung " . Belakangan cerita ini diadaptasi ke filem skrin lebar oleh Pengarah Amerika Syarikat , Oliver Stone , dengan judul Alexander The Great .

Namun cerita dari orang - orang barat tersebut sangat bertentangan dengan yang disebutkan dalam Al - Qur'an . Para Mufasir menyatakan , " Alexander The Great " adalah orang yang berbeza dengan tokoh yang di tulis dalam Al - Qur'an , Yakni , Iskandar Zulkarnain . Alexander Thr Great itu dalam sejarahnya tidak diberitakan pernah membina sebuah dinding besar berteknologi tinggi untuk saiz saat itu , yang dibuat dari besi bercampur tembaga . Bahkan , ia adalah seorang musyrik . Sejarah tidak mencatatnya sebagai seorang Raja Muslim yang taat kepada agama Tauhid .

Sejarawan Muslim yang juga ahli tafsir , Ibnu Katsir , dalam kitabnya Al - Bidayah Wan Nihayah menjelaskan , meski punya nama yang sama dan plot cerita yang sama , iaitu kekuasaannya membentang dari Barat sampai ke Timur , kedua-duanya adalah sosok yang berbeza . Antara mereka terbentang jarak dan waktu sampai 2000 tahun . " Hanya mereka yang tidak memahami sejarah yang boleh diperbodohkan oleh identiti kedua orang itu , " katanya .

Ibnu Kathir lebih jauh menjelaskan , Zulkarnain adalah nama gelar atau nama samaran seorang panglima penakluk sekaligus Raja soleh . Kerana kesalehannya ia selalu mengajak manusia untuk menyembah Allah . Namun mereka ingkar , malah memukul tanduknya - Qarnun , yaitu rambut kepala yang di ikat - sebelah kanan , hingga ia mati . Lalu Allah menghidupkannya kembali , dan ia pun kembali berdakwah . Tetapi sekali lagi tanduknya yang kiri dipukul , sehingga ia mati lagi . Allah SWT menghidupkan kembali dan menggelarnya Zulkarnain , pemilik duaTanduk , serta memberinya kuasa .

Cerita yang sama juga di jumpai dalam kitab Jami Al - Bayan fi Tafsir Al - Qur'an , karangan Syeikh Al - Aiji Asy - Syafi'i . Dalam kitab tersebut disebutkan , Zulkarnain adalah seorang hamba yang taat kepada Allah dan mengajak kaumnya menyembah Allah . Lalu mereka memukul tanduknya yang kanan hingga mati . Kemudian Allah menghidupkannya lagi , dan dia kembali mengajak kaumnya mengesakan Allah . Tetapi mereka malah memukul tanduknya yang kiri hingga mati lagi . Lalu Allah menghidupkannya lagi dan menganugrahinya kuasa yang tak tertandingi . Oleh kerana itu ia digelar Zulkarnain .

Di samping kedua kitab tersebut , Mufassir Muslim Ibnu Jarir At-Tabari juga mengisahkannya dalam kitab tafsir Ath - Thabari . Dikatakan , Iskandar Zulkarnain adalah seorang laki - laki yang berasal dari Romawi , ia anak tunggal seorang yang paling miskin di antara penduduk bandar . Namun dalam pergaulan sehari - hari , ia hidup dalam lingkungan kerajaan , bergaul dengan para perwira dan berkawan dengan wanita - wanita yang baik dan berbudi serta berakhlak mulia .

Imam Al - Qurtubi dalam kitab tafsir Al - Qur'annya yang popular , Tafsir Al - Qurtubi , menceritakan , sejak masih kecil dan masa pertumbuhannya Iskandar berakhlak mulia . Melakukan hal - hal yang baik sehingga terangkat nama baiknya . Ia juga menjadi mulia di kalangan kaumnya , sehingga Allah berkenan memberinya kewibawaan .

Selepas mencapai usia akil baligh , Iskandar menjadi seorang hamba yang soleh , sehingga Allah berfirman , " Wahai Zulkarnain , Sesungguhnya aku mengutusmu kepada umat - umat di bumi . Mereka adalah umat yang berbeza - beza bahasanya dan mereka adalah umat yang berada disegala penjuru bumi . Mereka terbahagi dalam beberapa golongan . "

Mendapat amanat tersebut , Zulkarnain lalu berkata , " Wahai Tuhanku , Engkau telah menugasiku melakukan seuatu perkara yang aku tidak kuasa melakukannya kecuali engkau sendiri , maka beritahukan kepadaku tentang umat - umat itu , dengan kekuatan apa aku boleh melawan mereka ? Dengan kesabaran apa aku boleh menahan mereka ? Dan dengan bahasa apa aku harus bicara dengan mereka ? Bagaimana pula aku boleh memahami bahasa mereka sedangkan aku tidak mempunyai kemampuan . "

Kemudian Allah SWT berfirman " Aku membebanimu sesuatu yang kamu mampu melakukannya , aku akan melapangkan pendengaran dan dadamu hingga kamu boleh mendengar dan memperhatikan segala sesuatu . Memudahkan pemahamanmu sehingga kamu boleh memahami segala sesuatu , meudahkan lidahmu , hingga kamu boleh bercakap tentang sesuatu , membukakan penglihatanmu , sehingga kamu boleh melihat segala sesuatu , melipatgandakan kekuatanmu hingga tak terkalahkan oleh sesuatu apapun , menyingsingkan tangan kamu , sehingga tidak ada sesuatu pun yang berani meyerangmu , menguatkan hatimu , sehingga kamu tidak takut pada apapun , menguatkan kedua tanganmu hingga kamu boleh menguasai segala sesuatu , menguatkan pijakanmu hingga kamu boleh mengatasi segala sesuatu , memberi kemuliaan hingga tidak ada apa-apa yang menakutimu , menundukkan untukmu cahaya dan kegelapan dan menjadikan salah satu tentaramu . Cahaya itu akan menjadi petunjuk di depanmu , dan kegelapan itu akan berkeliling di belakangmu .

Sejak kecil , Iskandar sudah tidak senang melihat peperangan antara timur , yaitu kerajaan Parsi , dan Barat , Kerajaan Romawi . Perang itu tak ada henti dari tahun ke tahun , malah dari abad ke abad . Ribuan manusia tewas , kerugian harta benda tak terhitung lagi jumlahnya , apalagi kerosakan lingkungan hidup , merugikan manusia itu sendiri .

Untuk menghentikan permusuhan antara timur dan barat , Iskandar bercita - cita mendirikan sebuah kerajaan yang dapat menyatukan wilayah timur dan barat .
Iskandar pun tumbuh menjadi manusia dewasa yang soleh , berakhlak dan berbudi tinggi . Atas segala kesalehannya itu , Allah mengaruniakan kepadanya segala kelebihan yang dimiliki oleh seorang pemimpin , lalu Allah memerintahkan untuk menyeru manusia kepada agama tauhid .

Mula - mula dengan tentaranya yang lengkap dan kuat , dia menuju ke barat wilaya Maghribi , tempat terbenamnya matahari . Dilihatnya matahari itu terbenam di mata air yang berlumpur , lautan Atlantik sekarang ini .

Di situ ia bertemu dengan bangsa yang senantiasa berbuat kerosakan dan kejahatan . Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya , tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang - orang yang tidak bersalah sekalipun . Bahkan mereka tidak beragama .

Sebelum melakukan tindakan , terlebih dahulu Iskandar menadahkan tangannya ke langit , memohon petunjuk kepada Allah , tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam , apakah bangsa itu akan digempurnya habis - habisan , atau akan dibiarkan begitu sahaja ?

Allah lalu memberinya dua pilihan : digempur habis - habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka , atau di ajar dan didik agar mereka kembali kepada kebenaran dan menyembah Allah serta meninggalkan segala kejahatan .

Iskandar Zulkarnain memutuskan menggempur mereka yang derhaka dan jahat , sedangkan orang yang baik akan dilindungi . Sebelumnya ia berkata kepada bangsa tersebut , " Siapa yang aniaya , akan kami siksa dan dikembalikan kepada Tuhan , agar Tuhan memberikan siksa yang lebih pedih lagi . Adapun orang - orang yang soleh dan baik , akan kami lindungi , dan kepadanya kami hanya akan memerintahkan kewajiban - kewajiban yang ringan . "

Kemudian tenteranya bergerak menewaskan setiap orang yang kejam , melindungi setiap orang yang baik . Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan di tentramkan serta di atur sebaik - sebaiknya , penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur ,
Setelah selesai menunaikan kewajiban terhadap bangsa dan negeri itu , Iskandar dengan tentaranya menuju ke arah timur , India . Dilihatnya matahari di atas bangsa yang musyrik , yang menyembah banyak tuhan , yaitu bangsa Hindustan .

Bangsa dan negeri itu pun dapat ditaklukkan , diamankan dan ditentramkannya , serta diatur sebaik - baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman , tenteram dan bahagia . Bangsa itu juga dapat dikeluarkan dari lembah kesesatan .

Selesailah sudah kewajibannya terhadap bangsa dan negeri itu . Ia lalu menuju ke utara , negeri Armenia , melalui Parsi dan Azarbaijan . Kemenangan demi kemenangan dicapainya selama dalam perjalanan itu , akhirnya sampailah di suatu tempat , di sana ia bertemu dengan suatu bangsa yang selalu dalam ketakutan dan ke khawatiran , kerana ternyata negeri itu berbatasan dengan bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang terkenal kuat dan kejam . Bukan sekali dua kali saja , tetapi seringkali bangsa Ya'juj dan Ma ; juj itu datang menyerang mereka , menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya .

Kedatangan Iskandar ini , mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan , kerana mereka tahu dari kabar yang beredar bahawa Iskandar adalah Raja yang kuat dan paling adil di muka bumi ini .

Lalu mereka meminta bantuan kepada Iskandar , agar dilindungi dari serangan Ya'juj dan Ma'juj . Mereka memohon supaya antara negeri mereka dan negeri Ya'juj dan Ma'juj dibangun dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi . Sebagai balasan mereka sanggup membayar mahal Iskandar .

    Mendengar permohonan itu , Iskandar Zulkarnain menjawab , " Saya tidak mengharapkan upah dari kalian , nikmat dan pemberian Tuhanku lebih berharga daripada upah itu . Hanya kepada kalian saya minta kaum pekerja dan alat - alatnya : besi , tembaga , arang batu dan kayu . "

Setelah semuanya terkumpul , ia mula bekerja dengan bantuan para pekerja . Mula - mula menyalakan api dengan kayu dan arang batu , diambilnya besi , lalu dileburkannya dengan api , selepas besi itu cair , dituangkannya tembaga , dan dikacau menjadi satu . Dengan bahan campuran inilah di dirikan dinding raksasa antara negeri itu dan negeri Ya'juj dan Ma'juj . Dinding besi raksasa itu tidak dapat di tembus dan di lubangi oleh sesiapa dan oleh apapun .

    " Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepada kalian , hanya tuhanlah yang dapat menembus dinding ini , jika dikehendakinya , " kata Iskandar . Maka aman dan tentramlah negeri tersebut .

Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri - negeri yang terbentang antara timur dan barat . Dengan demikian cita - citanya untuk menyatukan kerajaan di timur dan barat tercapai . Negeri yang berada di bawah kekuasaannya , antara lain Maghribi , Rom , Yunani , Mesir , Parsi dan India.

Berkat ilmu dan pengetahuannya yang luas , serta dasar ketuhanan yang selalu dipagang teguh dalam mendirikan kerajaan yang besar itu . Penduduknya hidup dengan aman , tentrem dan makmur . Kebesaran dan kejayaan itu tidak membuatnya buta dan lupa akan nikmat yang diberikan Allah SWT .

Menurut Khair Ramdhan Yusuf , dalam bukunya Iskandar Zulkarnain , Panglima Perang , penakluk dan pemerintah yang saleh , kajian terperinci menurut Al - Qur'an , Sunah dan Sejarah , terbitan Malaysia , ada empat sosok yang berkaitan dengan nama Iskandar Zulkarnain . Yaitu , Iskandar Macedonia , Zulkarnain Al - Hamiri , Raja Himyar , seorang lelaki soleh pada zaman Nabi Ibrahim , dan Kursh Al - Akhmini Al - Farisi .

Walaupun begitu kita dapat membaca dengan jelas kisah Iskandar Zulkarnain ini dalam Al - Qur'an Surah Al - Kahfi ayat 83 hingga 98 , yang bermaksud , " Mereka akan bertanya kepadamu Muhammad , tentang Zulkarnain . Katakanlah , " Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya . "
" Sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi , dan kami telah menberikan kepadanya jalan untuk mencapai segala sesuatu , maka ia pun menempuh jalan tersebut . Hingga apabila telah sampai ke tempat terbenamnya matahari , ia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam , dan ia mendapatinya di situ segolongan umat " .

    Kami berkata , " Hai Zulkarnain kamu boleh menyiksa atau berbuat kebaikan terhadap mereka . "
Berkata Zulkarnain , " Adapun orang yang aniaya , kami kelak akan mengazabnya , kemudian ia kembali kepada Tuhannya , lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tiada taranya . Adapun orang yang beriman dan beramal soleh , baginya pahala yang terbaik sebagai balasan , dan akan kami titahkan kepadanya yang mudah dari perintah - perintah kami . "

Kemudian ia menempuh jalan lagi , hingga apabila telah sampai ke tempat terbitnya matahari ia mendapati matahari yang menyinari segolongan umat yang kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari matahari itu . "

Demikianlah , dan sesungguhnya ilmu kami meliputi segala apa yang ada padanya , Zulkarnain . Kemudian ia menempuh suatu jalan lagi , sehingga apabila telah sampai di antara dua buah gunung ia mendapati kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan .

Mereka berkata , " Hai , Zulkarnain sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang - orang yang membuat kerosakan di muka bumi , maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu , supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka ? "

Zulkarnain berkata , " apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku adalah lebih baik , maka tolonglah aku dengan kekuatan agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka , berilah aku potongan - potongan besi . "

Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua gunung itu , berkatalah Zulkarnain ," Tiuplah dan katika besi itu sudah menjadi api , ia pun berkata , berilah aku tembaga untuk aku tuangkan ke atas besi panas itu . "

Maka mereka , Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat memanjat tembok itu , dan mereka tidak boleh melubanginya .

Zulkarnain berkata , " Ini adalah rahmat dari Tuhanku . Maka apabila sudah datang janji Tuhanku , dia akan menjadikannya hancur luluh , dan janji Tuhanku itu adalah benar . "

Sungguhpun kuasa dan keperkasaannya tak tertandingi , akhlak dan hatinya selembut sutera , hingga karenanya ia mudah menyerap bukti kebenaran Ilahi . Imam Al - Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin , menceritakan , suatu ketika Iskandar Zulkarnain mendatangi suatu kaum yang tidak mempunyai harta benda apapun yang boleh di nikmati . Lalu ia menghantar surat kepada Raja mereka dan berpesan agar Raja bersedia membalas suratnya .

Namun Raja itu menolak permintaan Zulkarnain , malah sebaliknya , ia berkata , jika Zulkarnain merasa ada kepentingan dengannya , sebaiknya dialah yang datang menemuinya .

    Maka Zulkarnain pun pergi menemui Raja mareka , " Aku telah menghantar surat kepadamu dan memintamu datang kepadaku , tetapi kamu menolak , maka aku datang kepadamu , " kata Zulkarnain setelah sampai di istana Raja .

    Sang Raja pun berkata , " Seandainya aku memerlukanmu , aku pasti akan datang kepadamu . "
Sebagaimana jika aku melihatmu berada dalam suatu keadaan yang tak pernah dialami oleh sesiapa ? " Tanya Zulkarnain .

" Apa itu ? " Sang Raja balik bertanya . " Kalian tidak memiliki harta dunia apapun . Kenapa kalian tidak mempunyai emas dan perak hingga kalian boleh menikmatinya ? " Balas Zulkarnain .
" Tetapi kami membenci dua hal tersebut , kerana seorang tidak mendapat apa-apa dari emas dan perak itu , kecuali hanya mahu lebih dari itu , " jawab raja itu dengan tangkas .

Zulkarnain melanjutkan pertanyaannya , " Apa maksud kalian menggali kuburan lalu setelah itu kalian menjaganya , membersihkannya , dan sembahyang di sana ? "

Raja itu kembali menjawab , " Kami ingin , jika kami memandang kuburan - kuburan itu dan mengharapkan dunia , kubur - kubur itu akan menghalang kami dari harapan itu . "
Zulkarnain bertanya lagi , " Aku melihat kalian tidak mempunyai makanan kecuali sayur sayuran , kenapa kalian tidak mempunyai haiwan ternakan , hingga kalian dapat memerah susunya , menungganginya dan menikmatinya ? "

Mereka menjawab , " Kami tidak suka menjadikan perut kami sebagai kuburan bagi binatang itu . Dan kami melihat di dalam tumbuh - tumbuhan itu faedah yang besar . Cukuplah anak adam mempunyai kehidupan yang rendah kerana makanan . Dan makanan apa saja yang melewati rahang bawah kami rasanya sama saja seperti makanan yang pernah kami makan sebelumnya . "
Selepas Zulkarnain meninggalkan raja itu dengan kagum dan menjadikan penjelasannya sebagai sebuah nasihat yang berharga .

Dalam setiap perjalananya, Zulkarnain selalu memperlakukan bangsa dan suku yang ditaklukkannya dengan amat baik dan santun . Tak menghairankan jika ia menuai kejayaan dan selalu mendapatkan sokongan dari kawasan yang telah di kuasainya.

Selain itu , Zulkarnain juga didampingi seorang penasihat kerajaan yang baik dan sangat luas pengetahuannya , yang tiada lain adalah Nabi Khidir AS .

Sebahagian ulama menyebut , Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Khidir AS , lalu mengajarkan Wahyu tersebut kepada Zulkarnain .

Seorang mufassir lain , Al - Alusi , dalam kitab tafsirnya Ruhul Ma'ani , berkata , " Mungkin Khidir adalah salah satu pembesar kerajaan , seperti perdana mentrinya , kerana tidak tertutup kemungkinan bahawa Zulkarnain bermusyawarah dengan orang lain saat menghadapi suatu masalah . Sebab pada saat itu , istilah yang dikenal untuk menyebut orang pandai , termasuk Nabi , adalah " Ahli Hikmah " . selain itu , pada masa - masa dahulu , para Nabi juga sering disebut dengan istilah " Orang bijak , " atau " Hakim " .

Wahab bin Munabbah dalam kitabnya At - Tijan mengisahkan , pada suatu ketika Nabi Khidir AS berkata kepada Zulkarnain , Wahai Tuanku , tuan membawa suatu amanat yang seandainya diberikan kepada langit , langit itu akan runtuh , jika diberikan kepada Gunung , maka Gunung itu akan roboh , dan jika diberikan kepada bumi , maka bumi itu akan terbelah . Tuanku telah diberi kesabaran dan kemenangan . Tuanku akan melihat suatu kaum yang menyembah sesama manusia dan mereka adalah musuh - musuh Allah , yaitu Ya'juj dan Ma'juj . Allah adalah penuntut tidak akan terkelabui oleh orang - orang yang melarikan diri , dan tidak akan dikalahkan oleh orang yang " Menang " .

    Kata Nabi Khidir lagi , " Wahai tuanku , ambillah apa yang telah diberikan Allah SWT kepada tuan dengan keteguhan hati dan sungguh - sungguh . Jadikanlah kesabaran sebagai pakaian , kebenaran sebagai pegangan hidup , dan takut kepada Allah sebagai perlindungan yang menumbuhkan amal pada tuan , dan tuan akan tenang dari ketakutan akan datangnya ajal . 

Ambillah pedang Allah dengan tangan tuan , kerana tidak ada orang yang dapat menolong dan tidak ada orang yang dapat mencegah kemenangan . Cukuplah bagi tuan , Allah sebagai penolong tuan . "
Dalam Almuhadlarah al - Awali , kitab yang dikutip Ibnu Katsir , disebutkan , suatu ketika Nabi Ibrahim AS bertemu dengan Zulkarnain di Mekah . Nabi Ibrahim Memeluk dan menjabat tangan Zulkarnain serta memberinya bendera . Lalu ia mengikuti syariat yang dibawa oleh Nabi itu dan menyeru kepada manusia agar berpegang teguh pada syariat tersebut .

Hal ini dikuatkan kembali oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh salah seorang sahabat Nabi SAW , Ubaid bin Umair dan anaknya , Abdullah , yang menyatakan , selama masa jayanya , Iskandar Zulkarnain pernah melaksanakan haji dengan berjalan kaki . ketika Nabi Ibrahim mendengar berita tersebut , beliau menemuinya seraya menyeru kepada agama Tauhid dan memberikan beberapa nasihat . Nabi Ibrahim juga membawakan Zulkarnain seekor kuda agar dinaikinya . Akan tetapi Zulkarnain menolak , seraya berkata , " Saya tidak akan menaiki suatu kenderaan di suatu tempat yang di dalamnya ada Ibrahim Al - Khalil , yang dikasihi Allah.

http://skooplangsa.blogspot.com/2010/07/kisah-agung-nabi-iskandar-zulkarnain.html

Sabtu, 4 Januari 2014

Runtuhnya Kaabah di akhir zaman

Runtuhnya Kaabah di akhir zaman -Detik Islam

Banyak riwayat yang menguatkan tentang akan runtuhnya Kaabah di akhir zaman. Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berkaki bengkok berbangsa Habsyah”.

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra, bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Perbanyaklah melakukan thawaf di Baitullah semampu kalian sebelum kalian dihalangi untuk melakukannya, seolah-olah aku melihatnya sedang melakukan hal tersebut. Tanda-tandanya: berkepala dan bertelinga kecil, dia menghancurkan Kaabah dengan beliungnya”.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu'anhu bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda, "Tandanya orang tersebut berkulit hitam, kakinya bengkok, dia meruntuhkan batu dinding Kaabah satu per satu”.

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Sam'an ra, bahawa dia mendengar Abu Hurairah radhiallahu'anhu bercerita kepada Abu Qatadah ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Seorang lelaki (Imam Mahdi) akan dibai'at di antara sudut (tempat Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim dan Kaabah tidak akan dirosakkan kehormatannya melainkan oleh orang Arab sendiri, dan bila mereka telah merosakkan kehormatan Kaabah, maka itulah saatnya kehancuran bangsa Arab, kemudian datang orang-orang Habasyah meruntuhkan Kaabah yang selepas itu tidak pernah dibina kembali selama-lamanya dan merekalah yang menggali harta yang terpendam di dalamnya".

Hadis di atas tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, bahawa Nabi shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Sebuah pasukan hendak menyerang Kaabah, hingga ketika mereka berada di sebuah padang pasir, semua pasukan ditenggelamkan Allah Subhanahu wa Ta'ala ke dalam bumi".

Ibnu Hajar dalam bukunya "Fath al-Bari" dalam bab: runtuhnya Kaabah, berkata: "Hadis-hadis di atas menjelaskan akan berlakunya serangan terhadap Kaabah. Penyerang pertama dimusnahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebelum mereka sampai ke Kaabah dan penyerangan kedua dibiarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, sepertinya penyerang yang dimusnahkan berlaku lebih awal."

Dan jangan sampai timbul pertanyaan: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menggagalkan serangan tentera bergajah terhadap Kaabah padahal saat itu Kaabah belum menjadi kiblatnya umat Islam, maka mana mungkin Allah Subhanahu wa Ta'ala membiarkan bangsa Habasyah memusnahkan setelah Kaabah menjadi kiblatnya umat Islam?

Soalan ini tidak akan muncul andai dijelaskan bahawa peristiwa runtuhnya Kaabah akan berlaku nanti di akhir zaman menjelang kiamat. Di waktu itu tidak ada seorang pun di permukaan bumi yang mengucapkan, "Allah! Allah", seperti yang disebutkan dalam sahih Muslim: "Kiamat tidak akan terjadi hingga tidak ada lagi orang yang mengucapkan, "Allah ! Allah." [ Sumber: Sejarah Kota Mekah oleh Syaikh Syaifurrahman Mubarakfury]

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...